Sunday 12 August 2012

PERHATIAN : 6 RENDAH

Kepada semua pelajar 6 rendah, sila beri perhatian tajuk-tajuk esei dalam blog ini. Ianya sangat bermanfaat untuk  test anda!

Saturday 4 August 2012

BERITA:RASUAH

SPRM: Pegawai awam makin berani lapor rasuah
Skala gaji yang rendah dan kos sara hidup yang tinggi bukanlah merupakan faktor utama berlakunya rasuah di kalangan kakitangan kumpulan sokongan perkhidmatan awam, menurut kajian yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebaliknya kajian itu mendapati amalan rasuah lebih berpunca akibat kelemahan dalam diri individu sendiri seperti sikap tamak, ingin cepat kaya, berbelanja melebihi pendapatan dan mengamalkan gaya hidup mewah.

Selain itu, kelemahan dalaman sesebuah organisasi akibat kepimpinan yang lemah, sistem dan prosedur yang tidak telus, kerenah birokrasi serta kuasa budi bicara yang luas menyebabkan ruang dan peluang rasuah semakin terbuka.

Apakah benar wujudnya peningkatan kes-kes rasuah di kalangan penjawat awam?

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahaya berkata berdasarkan perangkaan tangkapan ke atas penjawat awam bagi tahun 2007, 2008 dan 2009, kes-kes rasuah yang melibatkan golongan itu didapati semakin menurun.

Beliau berkata ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa tahap integriti serta kesedaran penjawat awam terhadap kesalahan rasuah semakin meningkat.

Pada 2007, katanya, daripada sejumlah 591 orang yang ditangkap atas kesalahan rasuah, seramai 303 atau 51 peratus daripada mereka adalah penjawat awam.

Bilangan itu menurun pada tahun 2008, iaitu hanya 282 orang atau 47 peratus berbanding keseluruhan tangkapan sebanyak 605 orang.

80 tampil setiap tahun

Penurunan jelas ketara dalam tahun 2009 apabila hanya 194 penjawat awam yang ditangkap iaitu 39 peratus daripada jumlah tangkapan seramai 500 orang.

Daripada segi perangkaan jumlah pertuduhan kes-kes rasuah terhadap penjawat awam juga menunjukkan trend penurunan yang ketara bagi tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Pada 2007, terdapat 133 pertuduhan ke atas penjawat awam, menurun kepada 104 pertuduhan dalam tahun 2008 dan menurun lagi kepada hanya 90 pertuduhan dalam tahun 2009.

Ini jelas memperlihatkan bahawa tahap kesedaran penjawat awam terhadap kesalahan rasuah dan tanggungjawab memerangi jenayah itu semakin meningkat.

Faktor-faktor yang membawa kepada peningkatan itu adalah berasaskan kepada program-program yang diperkenalkan kerajaan termasuk aktiviti kesedaran yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

Selain itu, pelaksanaan Modul Pencegahan Rasuah dalam kursus-kursus induksi dan kenaikan pangkat pegawai-pegawai awam, dasar-dasar semasa kerajaan termasuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan serta penubuhan Jawatankuasa Tadbir Urus Terbaik (JKTU).

Di atas peningkatan dalam tahap kesedaran ini, pegawai-pegawai awam sendiri telah berani tampil melaporkan tawaran rasuah sehingga membawa kepada tangkapan ke atas pemberi-pemberi rasuah, kata Ahmad Khusairi.

Ahmad Khusairi berkata sebagai contoh pada 2007, seramai 89 penjawat awam tampil melaporkan tawaran rasuah, 81 orang (2008) dan 79 orang pada tahun lepas.

Kempen antirasuah besar-besaran

Beliau berkata sepanjang tiga bulan tahun ini, seramai 14 penjawat awam telah tampil membuat aduan terhadap tawaran rasuah.

"Ini menunjukkan satu trend yang amat membanggakan di mana tahap integriti yang dilaung-laungkan kerajaan selama ini telah semakin menjadi kenyataan," katanya.

Selaras dengan perkembangan ini juga, beliau berkata SPRM akan melaksanakan kempen anti-rasuah secara besar-besaran bagi menangkap pemberi-pemberi rasuah yang cuba menawarkan suapan rasuah kepada penjawat awam.

Pegawai awam juga sentiasa diingatkan mengenai kewajipan mereka melaporkan apa-apa suapan rasuah sebagaimana yang diperuntukkan mengikut Seksyen 25(1) Akta SPRM.

Jika gagal berbuat demikian boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya, kata Ahmad Khusairi.

Sehubungan itu, beliau berkata SPRM memberi amaran tegas kepada orang ramai agar menjauhi amalan menyogok kakitangan awam.

"Sekiranya tertangkap, hukuman berat pasti menanti anda termasuk dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi," katanya.

Secara kesimpulannya, rasuah adalah nadi kepada kebinasaan sesuatu bangsa dan amalan tidak bermoral itu adalah "ibu" kepada kejatuhan sesebuah negara.

Selaras dengan aspirasi SPRM untuk meningkatkan keyakinan dan memperbaiki persepsi masyarakat Malaysia dan antarabangsa ke atas keberkesanan SPRM dalam pencegahan rasuah berasaskan prinsip ketelusan, kebebasan dan profesionalisme marilah semua masyarakat bersatu melakukan perubahan dan memerangi jenayah
rasuah.

Kelewatan dalam perkhidmatan boleh sebabkan rasuah

Kelewatan dalam perkhidmatan boleh sebabkan rasuah: Tun Mahathir


 
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kelewatan dalam melaksanakan sesuatu perkhidmatan oleh kerajaan boleh menyebabkan berlaku rasuah.
Justeru kata beliau, semua jabatan kerajaan harus menetapkan jangka waktu bagi pegawainya menyiapkan sesuatu tugas, kerana tempoh masa yang diambil akan menentukan sama ada tugas itu dilaksana dengan baik atau tidak.
"Jangan ada kelewatan. Saya takut kelewatan akan menyebabkan rasuah. Jika suatu perkara boleh dilaksana dalam satu hari, pastikan perkara itu siap dalam sehari. Jika tidak, panggil pegawai itu dan tanya mengapa dia tidak boleh lakukan dalam sehari," katanya pada jamuan tengah hari bersama Tun Dr Mahathir Mohamad sempena Persidangan Digital Kebangsaan 2012, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec) Datuk Badlisham Ghazali mengenai perkhidmatan yang diidamkan beliau selaku orang awam di negara ini.


Dr Mahathir juga menasihati semua penjawat awam agar mencintai negara ini lebih daripada diri sendiri.

"Apabila anda mencintai negara anda, anda akan memberi perkhidmatan yang baik. Tetapi jika anda (lebih) cintai diri sendiri, anda cuma fikir apa yang aku dapat daripada ini, (dan) anda akan menyeleweng. Justeru sayangilah negara anda lebih daripada diri sendiri," katanya.

Kepada satu lagi soalan daripada wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengenai masalah suruhanjaya itu dalam mendapatkan maklumat daripada agensi lain untuk tujuan siasatan, beliau berkata maklumat dalam kerajaan bukan sentiasa boleh dikongsi dengan mudah.

"Mesti ada klasifikasi maklumat yang mana boleh dikongsi dan yang mana tidak. Kebanyakan negara ada klasifikasi maklumat yang tidak boleh dikongsi dengan sesiapa.

"Akan tetapi dalam kes di antara agensi kerajaan, kalau ada keperluan untuk perkongsian maklumat maka perlu jelas maklumat mana yang boleh dikongsi kerana tidak semua boleh dikongsi memandangkan perbuatan sedemikian boleh menimbulkan masalah kepada ramai orang," katanya. - Bernama

ARTIKEL:RASUAH

Memerangi Rasuah Perlu Komitmen Semua Sektor



Utusan Malaysia
Oleh MOHD. AYOP ABD. RAZID
SEPERTI najis dadah, rasuah juga musuh utama negara yang wajib diperangi. Dalam konteks ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai tanggungjawab yang cukup besar dan mencabar dalam memerangi rasuah di negara ini. Rasuah boleh berlaku di mana-mana sahaja, tidak kira dalam agensi kerajaan mahupun swasta. Rasuah ada pemberi dan penerimanya.

Ia tidak akan berlaku jika salah satu pihak menolak amalan yang menjijikkan itu. Kaedah memberi rasuah juga pelbagai dan semakin licik sifatnya. Justeru, ia bukan perkara yang mudah bagi SPRM untuk membendungnya.

Namun, dengan iltizam dan kekentalan semangat yang tinggi, SPRM bersedia mendepani segala cabaran dan rintangan untuk menjadikan Malaysia negara yang bebas dan bersih daripada gejala rasuah. Melalui aspirasi dan slogan SPRM 2010, iaitu 'Bersama Lakukan Perubahan, Perangi Rasuah' yang dilancarkan oleh Ketua Pesuruhjaya, Datuk Abu Kassim Mohamed sempena ulang tahun pertama penubuhannya pada 9 Mac lalu, ia telah meningkatkan kesedaran di kalangan penjawat awam dan masyarakat tentang kesan dan bahaya rasuah.

SPRM ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2009 bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Pada 26 April lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah merasmikan kempen 'Hindar Menerima, Perangi Pemberi Rasuah'. Kempen itu bertujuan mencetuskan motivasi dan meningkatkan integriti penjawat awam dengan menolak amalan rasuah, di samping melakukan perubahan minda ke arah pencapaian agenda transformasi negara.

Seperti yang disebut Mohd Sidek, mesej dan matlamat kempen itu adalah mudah, iaitu penjawat awam tidak boleh dirasuah. Kempen itu juga bertujuan menyedarkan orang awam bahawa pemberi rasuah juga tidak terlepas daripada tindakan undang-undang. Dalam ucapan perasmian kempen tersebut, beliau menyebut bahawa pelaksanaan dan kejayaan kempen ini banyak bergantung kepada komitmen dan kerjasama semua ketua agensi.

Kesedaran yang tinggi di kalangan pegawai dan anggota perkhidmatan awam mengenai 'najis' dan jenayah rasuah akan menjadikan mereka lebih tegas dan berani menolak pujukan serta godaan pemberi rasuah. Peningkatan tahap integriti ini amat selari dengan komitmen kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu mewujudkan sebuah pentadbiran yang 'mendahulukan rakyat' dan 'mengutamakan pencapaian' seperti yang terkandung dalam gagasan '1Malaysia'.

Justeru, usaha memerangi rasuah menjadi agenda utama pentadbiran beliau supaya aspirasi dan kehendak rakyat benar-benar menjadi kenyataan.

Ini terbukti apabila usaha membanteras rasuah turut dijadikan salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diberikan perhatian penting di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP). Warga perkhidmatan awam dikehendaki memberi fokus kepada penyampaian perkhidmatan yang efisien dan efektif dengan menampilkan nilai etika kerja dan tahap integriti yang tinggi.

GTP yang telah dilancarkan oleh Najib pada 28 Januari lalu bertujuan membawa perubahan perkhidmatan awam ke arah menyediakan perkhidmatan yang melangkaui jangkaan semua segmen rakyat dan pelanggan. Ini membuktikan bahawa gagasan '1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' adalah gagasan serius yang menuntut warga perkhidmatan awam melakukan transformasi minda, etika kerja dan kaedah penyampaian perkhidmatan bagi mendukung agenda dan aspirasi negara.

Sektor perkhidmatan awam hari ini lebih menjurus kepada memudah dan mempercepat urusan pelanggan, sama ada urusan orang ramai ataupun sektor swasta tanpa banyak proses dan prosedur serta kerenah birokrasi. Cara ini didapati berupaya membendung berleluasanya amalan rasuah dalam perkhidmatan yang diberikan. Penubuhan Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (Pemudah) telah berjaya membentuk kerjasama sektor awam dan sektor swasta. Melalui Pemudah, banyak proses dan prosedur lapuk dan menyukarkan telah dapat dihapuskan atau dikurangkan.

Hasilnya, tempoh masa kelulusan sesuatu permohonan itu dipendekkan apabila berurusan di jabatan dan agensi kerajaan. Keputusan perniagaan seperti pemberian kontrak, perolehan, dan sebagainya dapat dilakukan dengan lebih efisien tanpa melalui 'jalan belakang'. Hakikatnya, banyak kemajuan sudah dirasai oleh mereka yang berurusan dengan sektor awam hari ini.

Misalnya, pendaftaran perniagaan boleh selesai dalam tempoh tiga hari, permohonan pasport selesai dalam tempoh dua jam dan pendaftaran hartanah dilakukan dalam tempoh dua hari.

Begitu juga dengan penggunaan MyID untuk semua urusan individu dengan pelbagai agensi kerajaan amat memudahkan kerana kita perlu mengingati satu nombor sahaja. Penggunaan MyCOID untuk semua urusan perniagaan telah menjadikan kerajaan lebih mesra perniagaan.

Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) turut dimanfaatkan oleh kerajaan melalui talian dalam banyak urusan. Melalui Internet, pembayaran dan transaksi boleh dilaksanakan pada bila-bila masa dan di mana-mana. Kini, terdapat 1,277 perkhidmatan dalam talian di pelbagai agensi perkhidmatan awam bagi memudahkan urusan orang ramai menggunakannya.

Kesimpulan, pelbagai pembaharuan yang dilakukan dalam perkhidmatan awam itu mampu menutup ruang dan peluang berlakunya rasuah di kalangan penjawat awam. Rakyat kini semakin yakin dengan agensi kerajaan, terutamanya agensi pengawalseliaan dan penguatkuasaan. Melalui peningkatan integriti ini, maka hasrat kerajaan untuk mempertingkat daya saing negara di persada antarabangsa akan menjadi realiti.

RASUAH

ANCAMAN RASUAH DAN CABARAN MENANGGANINYA
Oleh MOHAMAD YUSOFF AKOPE
(SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA-SPRM)

PENDAHULUAN

Integriti atau Keutuhan merupakan satu istilah keramat yang menjulang nama sesebuah tamaddun peradaban manusia dahulu kala sehingga disegani dan disanjungi sehingga kini. Tamaddun Greek, Rom, Parsi, Turki, Empayar-Empayar Kerajaan Islam, Kerajaan Kesultanan Melaka antara contoh terdekat, berkembang pesat atas asas yang kukuh iaitu ketinggian integriti institusi-institusi pemerintahannya dan budaya hidup masyarakat yang berteraskan nilai murni yang tinggi. Kejatuhan tamaddun berkenaan juga kerana masalah krisis integriti.
Integriti ditakrifkan oleh Dewan Bahasa sebagai Kejujuran. Manakala Oxford Dictionary merumuskan integriti sebagai HONESTY, WHOLENESS, SOUNDNESS, QUALITY OF BEING HONEST.

Maka dengan itu, keutuhan menuntut kepada ketinggian budi pekerti dan nilai murni. Keutuhan pengurusan pula merujuk kepada kualiti diri setiap individu yang berada dalam sistem sesebuah organisasi, samada ia seorang pemimpin atau seorang pekerja bawahan. Tidak mungkin sesebuah organisasi boleh mengecapi pencapaian terbaik tanpa kualiti yang ada pada setiap diri individu yang mendokongnya. Perkara inilah yang tersirat di sebalik

konsep TQM yang menegaskan “Qualiti Performance Come Only From Quality People”, . Pekerja berkualiti bukan sekadar “do the right thing, at the rihgt time, at all the time” tetapi memiliki maruah dan nilai diri yang tinggi dengan ciri-ciri seperti adil, jujur, amanah, benar, telus dan bersyukur.


1.4. Namun kini dunia dilanda dengan isu-isu yang menyentuh integriti samada terhadap individu mahupun sistem pentadbiran sesebuah negara. Antara isu integriti ialah masalah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Malaysia tidak terkecuali dari gejala rasuah. Sistem pentadbiran kerajaan kini dilanda rasuah di semua sektor. Tentunya Perkhidmatan Awam Malaysia juga tidak terkecuali malah menjadi fokus perbincangan masyarakat tempatan dan antarabangsa.


2. RASUAH DI MALAYSIA



2.1. PERSEPSI ANTARABANGSA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA


Transparency International iaitu satu badan NGO yang prihatin terhadap rasuah di peringkat antarabangsa telah mengeluarkan corruption perception index (CPI). Index rasuah terhadap Malaysia yang dikeluarkan sejak dari tahun 1995 menunjukkan kedudukan Malaysia tidak berubah dalam tempoh 5 tahun yang lepas iaitu dari 5.28 (1995), 5.32 (1996), 5.01 (1997), 5.3 (1998) dan 5.1 (1999)


Sebaliknya negara seperti Denmark dan Hong Kong umpamanya menunjukkan peningkatan mata dalam index tersebut dari tahun ke tahun. Contohnya Denmark, dari mata 9.33 (1996) kepada mata 10 (1999). Hong Kong dari mata 7.01(1996) kepada 7.7 (1999) dan Singapora dari mata 8.80 (1996) kepada 9.1 (1999) (mata 10 merupakan tahap tertinggi dalam CPI yang bermaksud negara tersebut bebas daripada rasuah dan sebaliknya semakin rendah mata semakin tinggi rasuah dalam negara berkenaan).

Kajian SPRM
Berdasarkan perangkaan BPR dalam tempoh 20 tahun kebelakangan (1978 – 1997), menunjukkan kadar rasuah meningkat dan membimbangkan.

2.2.1. Maklumat

Jumlah maklumat dalam tahun 1978 adalah 6,139 tetapi telah meningkat kepada 10,096 pada tahun 1997 atau pertambahan 64.5%, iaitu peningkatan purata 3.2% setahun.

Siasatan Terbuka

Jumlah siasatan terbuka pula menunjukkan peningkatan sebanyak 143 kes atau 40.9% dalam tempoh yang sama, iaitu 350 siasatan dalam tahun 1977, meningkat kepada 493 siasatan dalam tahun 1997. Secara purata, bilangan kes siasatan telah meningkat sebanyak 2.0% setahun.

2.2.3. Tangkapan
Dari segi tangkapan, perangkaan 10 tahun pertama (1978-1987) seramai 1,949 orang, berbanding dengan jumlah tangkapan bagi tempoh 10 tahun kedua (1988-1997) di mana seramai 3,298 orang. Perangkaan ini menunjukkan peningkatan tangkapan sebanyak 1,349 atau 69.2%.

2.2.4. Laporan BPR (Tatatertib)

Berhubung dengan Laporan BPR (Tatatertib) terhadap pegawai awam, perangkaan bagi 10 tahun pertama (1978-1987) ialah sebanyak 987 laporan berbanding dengan jumlah laporan sebanyak 1,369 bagi tempoh 10 tahun kedua (1988 -1997), menunjukkan peningkatan sebanyak 382 atau 38.7%.

Kajian ahli-ahli kriminologi mendapati daripada 10 jenayah yang dilakukan hanya satu kes sahaja yang dilaporkan.

3. TAKRIF RASUAH

Perkataan “rasuah” berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi “al-risywah”. Dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Dalam masyarakat tempatan telah wujud beberapa simpulan bahasa yang memberi makna rasuah seperti “tumbuk rusuk” dan “makan suap”. Sejajar dengan perubahan masa dan peredaran zaman, istilah-istilah baru telah digunakan bagi menggambarkan pengertian rasuah seperti “wang kopi”, “undercounter payment” dan “duit pelincir.”

Dalam pengertian sosiologi pula, rasuah dianggap sebagai suatu perlakuan yang bertentangan atau menyeleweng daripada corak atau standard perlakuan kehidupan yang menjadi kebiasaan, yang tidak syak lagi bertentangan dengan nilai-nilai moral dan akhlak serta kod etika yang baik.

Dalam sebuah kamus yang terkenal, Webster’s Third New International Dictionary (1961) mendefinisikan rasuah
sebagai:

“ an inducement [as if a public official] by means of improper considerations (as bribery) to commit a violation of duty.”

M.McMullan - Theory of Corruption (Article) mendefinasikan rasuah sebagai ‘Seorang pegawai kerajaan adalah melakukan rasuah apabila beliau menerima wang atau apa-apa (barangan atau perkhidmatan) bernilai wang kerana melakukan sesuatu yang berkaitan urusan tugasnya, iaitu mengabaikan tanggungjawabnya atau tidak mematuhi panduan yang ditetapkan atas alasan yang tidak wajar’ (a public officer is corrupt if he accepts money or money’s worth for doing something that he is under duty to do anyway, that he is under a duty not to do, or to exercise a legitimate discretion for improper reasons).

Jacob Van Kleveren dalam artikalnya “the Concept Of Corruption” mengatakan ‘Penjawat Awam menyalahguna kuasanya untuk mendapat pendapatan tambahan daripada orang awam’ (a civil servant abuses his authourity in order to obtain an extra income from the public ) adalah melakukan rasuah.

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed (di petik dari Kertas Kerja Prof. Madya Dr. Syed Arabi Idid: Pencegahan Rasuah Dari Perspektif Komunikasi) mengatakan ‘Umumnya, rasuah difahami sebagai memberi sesuatu supaya seseorang akan menyalahgunakan kuasanya dan bertindak memihak kepada pemberi’ (generally, corruption is understood as giving something so that he will abuse his power and act favouring the giver ) dan beliau juga mengatakan rasuah lebih dikenali sebagai amalan yang membolehkan seseorang memperolehi ganjaran melalui cara-cara yang tidak halal ( Corruption is better known as a practice which enables someone to obtain remuneration through illegitimate mean).

McKee M.H., dalam The Transparency International Source Book 1996 mengatakan rasuah:

“…involves behavior on the part of officials in the public sector, whether politicians or civil servants, in which they improperly and unlawfully enrich themselves, or those close to them, by the misuse of power entrusted to them.”

4. BENTUK KESALAHAN RASUAH

Secara umumnya bentuk kesalahan rasuah yang sering dilakukan mencakupi perlakuan-perlakuan yang boleh dikelaskan dalam tiga kategori berikut:

4.1 Menerima dan Memberi Sogokan sama ada secara :

Rasuah Spontan

Sogokan berbentuk spontan ini biasanya melibatkan mereka yang tidak mengenali antara satu sama lain dan biasanya perbuatan ini berlaku tanpa dirancang. Sebagai contoh, pegawai penguatkuasa undang-undang jalan raya yang meminta "kertas biru" supaya boleh melepaskan seorang pemandu yang melanggar had laju.

Rasuah Bersindiket

Sogokan dalam bentuk ini berlaku selalunya setelah ada persetujuan bersama. Biasanya pemberi dan penerima telah saling kenal mengenali. Perbuatan jenayah mereka ini telah dirancang terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada dikesan oleh orang lain. Contoh, pegawai penguatkuasa undang-undang menerima rasuah secara bulanan daripada taukeh syarikat pengangkutan, Contoh lain ialah kes Lesen terbang dan lesen gerenti lulus.

4.2 Menyalahgunakan kuasa atau kedudukan

4.2.1. Satu lagi jenis kesalahan yang membimbangkan ialah kesalahan menyalahgunakan kuasa, iaitu menggunakan kedudukan atau jawatan rasmi untuk kepentingan diri. Kesalahan menyalahgunakan kuasa ini dilakukan oleh Anggota Pentadbiran, Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dan juga pegawai awam. Kesalahan ini diperuntukkan di bawah seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997 iaitu kerana menggunakan kedudukan awamnya bagi mendapatkan suapan, seperti yang ditafsirkan dalam seksyen 2 APR 1997. Contohnya memberikan projek perumahan atau tanah kepada sanak saudara terdekat tanpa mengistiharkan kepentingan.

4.2.2.Seksyen 15 ini sebenarnya adalah ubahsuai dari seksyen 2 Ordinan Dharurat No. 22 Tahun 1970 yang masih terpakai sekarang. Di bawah Ordinan 22, seseorang itu adalah bersalah jika terlibat dengan corrupt practice. Corrupt practice bermaksud menggunakan kedudukannya untuk faedah kewangan atau faedah-faedah lain bagi diri sendiri, saudara-mara atau sahabat handainya (using his position for his pecuniary or other advantage) .


4.2.3.Terdapat anggapan di bawah seksyen 15(2) Akta ini yang menyatakan, sesiapa yang membuat sesuatu keputusan atau apa-apa tindakan di mana dirinya, saudara atau sekutu mempunyai kepentingan adalah dianggapkan telah menggunakan kedudukannya untuk mendapat suapan.

4.3 Mengemukakan Dokumen Palsu
Kesalahan ini adalah sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997. Secara ringkasnya seksyen ini bermaksud, mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipalnya, suatu dokumen yang diketahuinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipalnya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengelirukan prinsipalnya.Contohnya tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran bayaran penginapan dan perbatuan yang palsu; butir-butir resit bayaran atau invoice bekalan yang palsu; dan seumpamanya.

5. SEBAB-SEBAB BERLAKU RASUAH

5.1. Rasuah berlaku kerana wujud tiga unsur utama iaitu kuasa, kelemahan dalaman dan peluang:

Kuasa

Memiliki kuasa melalui pelantikan jawatan
Kuasa Pentadbiran melalui pilihanraya

Kelemahan Dalaman

Kawalan Dalam Organisasi
Kawalan Diri - Moral dan Etika (Keimanan)

Peluang

Menggunakan peluang atau kesempatan yang ada untuk kepentingan diri ketika memiliki kuasa dan tiada kawalan dalaman.

5.2. Disamping itu, beberapa faktor berkaitan juga telah dikenalpasti menjurus kepada perlakuan rasuah:

a. Faktor Kelemahan Individu

Sikap ingin hidup mewah melebihi punca pendapatan rasmi
Perasaan tamak untuk membuat harta dan cepat kaya
Sikap suka berjudi dan berhutang serta boros.

Faktor Sosial dan Kebudayaan

Kemerosotan penghayatan nilai murni dan etika
Keadaan masyarakat yang buta huruf
Amalan tradisi seperti pemberian ang-pow dan buah tangan
Keperluan perkhidmatan asas dan sosial melebihi kemudahan yang sedia ada seperti penambahan aksesori kenderaan yang berlebihan dan sering melancong.

Faktor Kepimpinan dan Pentadbiran

Kelemahan pemimpin sesuatu organisasi
Melambatkan-lambatkan urusan pejabat
Overgrown bureaucracy
Terlampau banyak penurunan kuasa.

Faktor Pembangunan Ekonomi dan Modenisasi

Perlaksanaan projek-projek pembangunan tanpa kawalan
Tekanan modesasi untuk hidup berlumba-lumba.

Faktor Politik

Mencari kekayaan melalui politik
Menyalahgunakan kuasa dan nepotisme.

6. KESAN-KESAN RASUAH

Rasuah dan penyalahgunaan kuasa memberi pelbagai kesan. Antara kesan-kesan yang dikenalpasti ialah :

Ketidakadilan Sosial

Jenayah rasuah juga secara jelas mengakibatkan ketidakadilan sosial, yang mana berlaku penindasan ke atas golongan miskin dan menafikan hak golongan tertentu. Mereka yang miskin dan tidak berpengaruh akan lebih tertindas kerana tidak mampu membuat bayaran rasuah dan dinafikan hak-hak mereka sebagai warganegara.

Meninggikan kos hidup

Para peniaga yang memberikan rasuah terpaksa meninggikan harga barangan dan perkhidmatan bagi menampung kos tambahan ini. Ini boleh menyebabkan inflasi dan kos hidup meningkat. Kajian mendapati rasuah menyebabkan peningkatan harga barang dan perkhidmatan antara 10% hingga 20%. Kesan rasuah terhadap ekonomi telah dijelaskan oleh Dieter Frisch, bekas Director-General of Development at the European Commision di mana beliau mengatakan:

“corruption raises the cost of goods and services; it increases the debt of the country (and carries with it recurring debt-servicing cost in the future; it leads to lowing of standards, as sub-standards goods are provided and inappropriate or unnecessary technology is acquired; and its result in project choices being made based more on capital (because it is more rewarding for the perperator of corruption) than on manpower, which would be more useful for development.

Membahayakan nyawa

Pemaju dan kontraktor yang memberi sogokan kepada mereka yang terlibat terpaksa mengurangkan kualiti bahan binaan dan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Ini akan menyebabkan bangunan atau jalan raya yang boleh membahayakan nyawa orang ramai.

Mengancam keselamatan negara

Membocorkan rahsia kerajaan, penjualan senjata api secara haram, membiarkan kebanjiran pendatang asing tanpa izin kerana menerima rasuah boleh mengancam keselamatan negara.

Kelemahan Penguatkuasaan Undang-undang

Kerana rasuah, penguatkuasaan peraturan dan undang-undang dilaksanakan secara tidak adil dan pilih kasih atau selective enforcement dan double standard berlaku. Yang menjadi mangsa adalah mereka yang tidak mampu memberi sogokan.

6.6. Pengaliran Keluar Modal

Wang yang diperolehi secara rasuah selalunya disimpan di bank pesisir pantai bagi mengelakkan daripada dikesan. Keadaan ini menyebabkan banyak wang mengalir keluar. P. E. Pedersen dalam artikelnya bertajuk The Search for the Smoking Gun (Euromoney, September 1996, muka surat 49) mengatakan sehingga US$30 billion bantuan yang diberikan kepada Africa berakhir dalam akaun-akaun individu tertentu di Bank Swiss. Jumlah ini adalah dua kali ganda Keluaran Dalam Negara Kasar tahunan bagi negara-negara Ghana, Kenya dan Uganda disatukan.

6.7. Mempengaruhi Dasar Pembangunan

Akibat jenayah rasuah, keputusan untuk pelaburan dan pembangunan akan lebih dipengaruhi oleh keuntungan peribadi pihak-pihak atau individu tertentu daripada kepentingan dan keperluan masyarakat.

6.8. Mempengaruhi Kadar Pelaburan dan Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

Jenayah rasuah juga memberi kesan kepada kadar pelaburan dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar. Paolo Mauro, ahli ekonomi IMF mendapati bahawa "rasuah mempunyai kaitan negatif yang kuat dengan pertumbuhan kadar pelaburan, tanpa mengira keadaan red tape yang dihadapi. Model Mauro ini menunjukkan bahawa satu sisihan piawai (standard deviation) pembaikan dalam "indeks rasuah" akan menunjukkan kepada peningkatan sebanyak 2.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menjual Maruah Diri :pegawai atau pemimpin yang menerima rasuah sebenarnya menjual kuasa dan juga menggadai maruah diri kepada pemberi rasuah.

7. LARANGAN-LARANGAN MELAKUKAN RASUAH

7.1 Perundangan

Akta Pencegahan Rasuah 1997 menetapkan pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang perantaraan/orang tengah adalah melakukan kesalahan di bawah akta ini. Kesalahan-kesalahan rasuah juga terdapat dalam Kanun Kesiksaan, Akta Kesalahan Piliharaya, 1954 dan Akta Kastam, 1967.

7.2. Hukum Islam Terhadap Rasuah

Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :-

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”.
(Surah Al-Baqarah: 188)


Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya:-

“Dikutuk (dilaknat oleh Allah) orang yang memberi dan menerima sogokan (rasuah) dalam hukum”.
(Riwayat Imam At-Tarmizi)

AJARAN CHRISTIAN

Jesus said to tax collectors, “Collect no more than the amount presribed for you.”

And to soldiers
“Do not extort money from anyone … be satisfied with your wages.”

Zacchaeus, a chief tax collector, said to Jesus after inviting him home, “If I have defrauded anuone … I will pay back four times as much ”.

And Jesus replied, “ Today salvation has come to this house … For the Son of Man came to seek out and to save the lost ”

Confucian

Confucius, about – 500 CE
“debated whether an emphasis on virtue would make officials too benevolent and hence corrupt.”

Hsiao Ching, - 145 CE parts of an Imperial edict
“Anyone arresting or informing on a person guilty of bribery would be given the bribe received by the accused”
“Some officials … make a business of presents and bribes.”

Wang an Shih, about 1050 CE
“attribute corruption to bad men and bad laws and referred to a multitute of minute and harassing prohibition.

(Confucius, as desribed in Syed Hussein Alatas, “Corruption: Its Nature, Causes and Function,” Aldershot, Hong Kong (ect) Avebury, 1990, page 54 ;
Hsiao Ching, Syed Hussein Alatas, op cit, page 44 – quoting Pan Ku, “The History of the Former Han Dynasty, Vol. 1, translated Homer M Dubs, Baltimore, Waverly press, 1988, page 306;
Wang an Shih, quoted by Syed Hussein Alatas, op cit, pages 72-74).

The teachings of Buddha –
About – 585 CE

“If an important minister neglects his duties, works for his duties, works for his own profit or accepts bribes, it will cause a rapid decay of public morals. People will cheat one another … take advantage of the poor, and there will be no justice for anyone.”

“ … only flatterers will find government position, and they will enrich themselves with no thought for the sufferings of the people”

“Unjust officials are the thieves of people’s happiness … they defraud both ruler and people and are the cause of the nation’s troubles.”

(Buddha. “The teaching of Buddha”, Tokyo, Bukkyo Dendo Kyokai, 630th revised edition, 1990, pages 468, 470.)

Hindu Writings

Men who are appointed by king to protect his subjects generally become hypocrites who take the property of others, and he must protect those subjects from them.
The king should banish and confiscate all the property of those evil-minded men who take the money from parties to lawsuits.

Law of Manu. About 600 CE (in written form probably later) . Chapter 7, sections 123, 124, translated by Wendy Doniger and Brian K Smith, London, Penguin Classics, 1991, page 14 (indebted to Syed Hussein Alatas, op cit, page 14, for locating reference)

Ancient Greece

Plato’s “Law”, about – 300 CE
“The servants of the nations are to render their service without taking any present…
The disobedient shall, if convicted, die without ceremony”

8. USAHA-USAHA PENCEGAHAN RASUAH

Sebenarnya kerajaan memandang berat terhadap masalah rasuah dan telah mengambil langkah-langkah bagi mebanteras gejala rasuah di Malaysia. Antara langkah-langkah yang diambil ialah :

Memperkemaskan Undang-Undang Pencegahan Rasuah iaitu dengan menggubal Akta Pencegahan Rasuah 1997 - Akta ini sebenarnya adalah gabungan dari tiga undang-undang rasuah yang terpakai sebelum ini iaitu Akta Pencegahan Rasuah 1961, Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 dan Ordinan (kuasa-Kuasa Perlu) Dharurat, No. 22 Tahun 1970. Empat perubahan ketara dalam akta ini ialah mengadakan peruntukan kesalahan-kesalahan baru, tambahan kuasa kepada pendakwaraya dan BPR, perubahan dari segi kaedah undang-undang (prinsiples of the law) dan juga dari segi undang-undang keterangan. Selain daripada itu menambah hukuman penjara mandatori 14 hari dan tidak lebih 20 tahun. Selain daripada itu ia juga boleh dikenakan denda tidak kurang dari 5 kali nilai suapan rasuah atau RM10,000 mana yang lebih tinggi.

Meluaskan fungsi BPR sebagaimana dalam peruntukan Seksyen 8 APR 1997 iaitu dipertanggunjawabkan di bawah undang-undang untuk meneliti amalan, sistem dan prosedur kerja badan awam bagi mengurangkan ruang dan peluang perlakuan rasuah. Dalam pelaksanaan kajian ini BPR boleh mengarah, menasihati dan membantu ketua-ketua badan awam ke arah pembaikan sistem dan prosedur kerja yang lebih berkesan bagi mengurang kemungkinan berlakunya rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Melancarkan Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia melalui penubuhan dan fungsi Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Pentadbiran Kerajaan (JKP) di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah. Semua Menteri Besar, Ketua Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-ketua Jabatan dan agensi kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan daerah dikehendaki menubuhkan JKP masing-masing. Objektifnya ialah untuk mengwujudkan pentadbiran Kerajaan dan Perkhidmatan Awam yang cekap, berdisiplin serta integriti paling tinggi dengan mempertingkatkan amalan nilai-nilai murni serta mengatasi masalah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. Terdapat lapan (8) Terma Rujukannya bagi jawatankuasa berkenaan mengambil perhatian dalam mencapai objektif tersebut iaitu:

Perundangan
Sistem dan Prosedur
Nilai-Nilai Murni
Kod Etika
Pengiktirafan
Tindakan Pengesanan dan Punitif
Kawalan Dalaman
Tindakan Pemulihan

Di samping usaha besar itu, BPR juga di pertanggung jawabkan di bawah undang-undang (butiran f dan g,seksyen 8, APR 1997 supaya menjalankan aktiviti yang boleh mendidik orang ramai untuk menentang rasuah; dan mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah.

MASALAH DALAM MEMERANGI RASUAH

Ciri Rasuah Yang Unik - Perbuatan rasuah merupakan suatu perlakuan jenayah yang unik kerana dalam kebanyakan keadaan pelaku dan mangsanya, sebenarnya adalah dua pihak yang berkepentingan (interested party). Dengan sebab itu, perlakuan jenayah rasuah sukar dikesan.

Faham Materialistik Yang Semakin Menebal - Terlalu menumpukan perhatian terhadap pembangunan dan mengutamakan keuntungan dan kurang memberi perhatian kepada aspek-aspek nilai muni, kawalan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.

Pegangan Agama / Nilai Murni Semakin Longgar – Tekanan hidup untuk berlumba-lumba mengumpul kekayaan daripada pembangunan yang pesat menyebabkan manusia lupa daratan dan melihat agama dan nilai murni tidak releven lagi dan lama kelamaan sensitiviti terhadap ajaran agama dan nilai murni semakin kurang. “The end Justified The Mean” menjadi pegangan dan cara hidup mereka.

Ikatan Sosial Yang Rapuh - hubungan sesama individu lebih bersifat materialistik atau ukuran benda, kepentingan perniagaan dan kekayaan. Hubungan kejiranan semakin renggang, rasa tanggungjawab terhadap orang lain yang tiada hubungan sudah malap. Makan tindakan yang diambil tidak diambil hirau risikonya kepada orang lain, persekitaran, masa depan bangsa, agama dan negara.

Penguatkuasaan Undang-Undang Terbatas - Ciri rasuah yang unik menyukarkan mereka yang melakukan jenayah rasuah di bawa ke pengadilan. Jika pun dibawa, masalah-masalah lain pula yang timbul seperti saksi enggan bekerjasama, keterangan tidak mencukupi dan seumpamanya.

Iltizam Kepimpinan Yang Lemah - Tidak ramai pemimpin yang sanggup bercakap melarang pengikut dari amalan rasuah. Apatah lagi untuk bergiat aktif mencegah jenayah rasuah. Mungkin kerana kurang kredibiliti atau takut dipulaukan. Keadaan ini bukan sahaja berlaku dalam kepimpinan jabatan atau organisasi kerajaan sahaja tapi juga dikalangan pimpinan NGO dan kepimpinan Politik negara.

CABARAN MENANGANI GEJALA RASUAH

Apabila kita berbicara mengenai keutuhan atau integriti dalam Perkhidmatan Awam, gejala rasuah, penyelewengan, salahgunakuasa dan salahlaku jenayah seperti pecah amanah adalah antara anasir buruk atau elemen negatif yang tidak boleh dipandang ringan atau dipandang remeh. Masalah rasuah, penyelewengan, dan salahgunakuasa tersebut perlu ditangani segera dan secara bersungguh-sungguh, dengan pendekatan yang terancang, bersepadu, bersistematik dan menyeluruh. Antara cabaran yang perlu dihadapi untuk mebanteras gejala rasuah:-

Menggerakan Kesedaran Rakyat supaya anti rasuah dan penyelewengan. Semua pihak, kursusnya semua peringkat kepimpinan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan seharusnya memainkan peranan yang aktif untuk menyedarkan rakyat mengikut keupayaan dan bidang kuasa atau bidang pengaruh yang ada.

Meningkatkan Mutu Perkhidmatan Awam - Dari segi mekanismanya sudah pun ada iaitu dengan penubuhan JKP disemua peringkat pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Apa yang dibimbangkan ialah samada ia akan berfungsi dengan baik atau tidak. Sekali lagi ia bergantung kepada daya usaha dan kegigihan ketua-ketua organisasi berkenaan.

Negara Tanpa Rasuah – sebagaimana dalam cabaran ke empat Wawasan 2020, iaitu mengwujudkan masyarakat yang penoh bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dengan nilai agama, kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi. Mungkinkah tercapai jika rasuah tidak dibenteras.

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH


11.1. PERANAN PEMIMPIN DAN KETUA JABATAN

a) Melahirkan Budaya Organisasi Cemerlang

Isu-isu disiplin dan masalah moral dan akhlak di kalangan warga organisasi seharusnya ditangani secara tegas dan bijaksana. Nilai-nilai murni sebagaimana disarankan oleh Konvensyen JKP iaitu nilai teras dan kembangan hendaklah disemaikan dan bajai supaya ia subur menjiwai setiap warga organisasi. Kesebokan dengan projek-projek pembangunan hendaknya tidak menjadi alasan untuk lari dari tanggungjawab ini. Menggerakan JKP merupakan satu cabaran untuk melahirkan Budaya Kerja Cemerlang yang perlu dilakukan oleh ketua-ketua organisasi.

b) Pemimpin sebagai "role model"

Dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat, fungsi kepimpinan itu amat besar dan mutlak sekali. Pemimpin adalah merupakan role model dan "motor penggerak" untuk mencapai tujuan kewujudannya. Berjaya atau tidaknya sesebuah organisasi atau masyarakat dalam mencapai tujuan mereka, sebahagian besarnya ditentukan oleh cara-cara pemimpin dalam membimbing orang-orang yang dipimpinnya. Seseorang ketua atau pemimpin itu perlulah menjadi role model bagi warga organisasi yang diterajuinya. Jika sifat keperibadian dan nilai integriti yang tinggi menjadi asas kepimpinan, maka nilai-nilai yang sama dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, berkesan dan berterusan di kalangan anggota-anggotanya.


Dalam buku The Tao of Leadership, di zaman Dinasti Han China, pengaruh pemimpin dikatakan sebagai mempunyai ripple effect iaitu:

“Your behavior influences others through a ripple effect. A ripple effect works because everyone influences everyone else. Powerful people are powerful influences... Remember that your influence begins with you and ripples outward. So be sure that your influence is both potent and wholesome.”

Sabda Rasullullah s.a.w.:

“Mana-mana pemimpin yang menguruskan urusan umat Islam sedangkan dia tidak mengambil berat dan tidak memperdulikan mereka, nescaya ia tidak akan masuk syurga bersama mereka.”
(Riwayat Muslim)

11.2. Peranan Individu (Pekerja)

a) Keazaman untuk menghindarkan diri dari terjerumus dalam kancah rasuah dan penyelewengan diri hendaklah sentiasa ada dalam setiap diri individu samada ia seorang pekerja biasa atau pemimpin dalam sesebuah jabatan. Bagi maksud ini renungilah petikan-petikan berikut:-

Allah s.w.t. berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan rasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya).”

Al-Anfal ayat 27,
Sabda Rasulullah s.a.w.;

“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah, dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji." (Riwayat Muslim)

“Amanah itu membawa rezeki dan khianat itu menyebabkan kefakiran (kemiskinan dan kehinaan).
(Riwayat al-Dailami)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Manusia yang paling dukacita (kerana azab) dihari Kiamat ialah seseorang yang berusaha mencari harta (kekayaan) secara tidak halal, maka harta itu akan membawanya ke Neraka.”
(Riwayat al-Bukhari)

Atas kesedaran itu, diharap setiap individu yang menjadi penjawat awam bolehlah berperanan mencegah rasuah yang antaranya dalah seperti berikut:-

Berpegang kepada prinsip agama dan nilai murni;
Tegas berlandaskan undang-undang dan peraturan ketika membuat keputusan;
Bebaskan diri daripada hutang berlebihan dan bina gaya hidup yang sepadan dengan pendapatan;
Utamakan perkhidmatan dari kepentingan diri
Teliti dalam setiap urusan
Ikhlas bekerja tanpa harapkan balasan
Segera membuat laporan percubaan meyogok
Muhasabah diri.

12. PENUTUP

Rasuah adalah suatu gejala dan jenayah yang amat berbahaya. Ia wujud akibat perilaku manusia yang tipis imannya, rendah asas akhlak, dhaif akal-budi, tamak, pilih kasih, dorongan nafsu dan cita-cita melulu demi kepentingan peribadi yang secara rakus mengumpul kekayaan material dan merebut pangkat atau kedudukan melalui jalan tidak sah. Justeru itulah, semua pihak khususnya penjawat awam seharusnya perlu prihatin untuk terus membanteras dan memerangi jenayah rasuah secara apa jua yang boleh dan termampu samada melalui perundangan, peraturan dan pendidikan. Dengan cara ini sahaja bukan sahaja keutuhan Perkhidmatan Awam dapat dipertahankan, malahan negara akan bebas dari gejala rasuah.

PENTING:RASUAH

Perkhidmatan Awam Dan Rasuah:

Lantaran itu, analisis ini berpendapat bahawa rasuah hanya boleh dihapuskan menerusi tiga kaedah utama. Pertama, menerusi sistem perundangan yang tegas, penguatkuasaan undang-undang yang berkesan, dan penalti undang-undang yang berat.

Bagaimanapun, pastikan pihak penguatkuasa undang-undang itu sendiri tidak terlibat dengan rasuah. Benveniste (1997:119) yang menitikberatkan masalah ini menegaskan ”rasuah hanya akan terhapus jika pihak berkuasa yang bertanggungjawab membanteras rasuah tidak boleh dirasuah oleh sesiapa. Situasi seperti ini wujud jika badan berkuasa berkenaan mempunyai komitmen kepada ideologi perjuangan negara dan komitmen kepada profesionalisme kerjaya.”

Kedua, rasuah boleh dihapuskan menerusi pelaksanaan dasar, konsep serta program anti-rasuah yang berterusan, program yang menerima iltizam politik yang jujur, serta program yang digandingi oleh strategi penjernihan minda menerusi ajaran agama dan pemupukan norma-norma masyarakat yang positif. Ini penting kerana sasaran utama program, konsep dan dasar anti-rasuah adalah individu dalam perkhidmatan awam dan swasta.

Dalam konteks ini, Caiden et. al. (2001:253) menegaskan, ”warga perkhidmatan awam perlu mengamalkan sistem etika dan tanggungjawab moral yang murni. Mereka boleh mengamalkannya jika mereka menginsafi bahawa mereka berkhidmat untuk negara dan kesejahteraan rakyat. Amalan ini sangat diutamakan dalam negara yang demokratik kerana jika tidak, warga perkhidmatan awam akan dituduh mengamalkan birokrasi ala-Nazi yang mengorbankan kepentingan rakyat demi memenuhi matlamat birokrasi yang kejam.”

Dobel (1999:95) pula menyatakan ”jika penjawat awam tidak menjunjung nilai-nilai demokrasi, mereka akan dijebak dilema moral. Jika mereka hanya menentingkan keselesaan peribadi, mereka akan berleluasa tanpa mengambilkira hak-hak rakyat serta integriti perlembagaan negaranya.”
Ketiga, jenayah rasuah boleh dihapuskan menerusi kebangkitan serta kewujudan masyarakat sivil yang berani bersuara dan bertindak secara berwibawa dalam soal-soal anti-rasuah. Hakikat ini signifiken kerana di kebanyakan negara, jenayah rasuah berleluasa sebab rakyat jelatanya tidak peduli, takut atau berasa terancam jika mereka berbicara tentang rasuah.
Johnston (2007:197) menegaskan, “penyertaan masyarakat sivil diperlukan dalam pembanterasan rasuah kerana jenayah ini adalah sistemik. Oleh sebab itulah reformasi menghapuskan rasuah perlukan dukungan minat serta tenaga masyarakat.”

Kesemua pra-syarat di atas wujud di Malaysia. Negara ini mempunyai institusi serta undang-undang anti-rasuah yang berwibawa. Tetapi, kredibiliti penguatkuasaan yang lahir daripada institusi dan undang-undang itu masih diragui dan dipertikaikan oleh rakyat.
Malaysia mempunyai dasar, konsep serta program anti-rasuah yang dilaksanakan secara berterusan. Tetapi, sesetengah program berkenaan terlalu dibelenggu oleh kewujudan institusi birokrasi yang tidak fokus terhadap misi membanteras rasuah. Pada waktu yang sama, program-program keagamaan dan ketatanegaraan yang disasarkan khusus terhadap aspek anti-rasuah juga masih berkurangan.
Akhir sekali, Malaysia mempunyai pelbagai pertubuhan masyarakat sivil untuk menjana minat serta tumpuan umum kepada kegiatan membanteras dan membenci rasuah. Bagaimanapun, sebilangan pertubuhan ini jelas terikat kepada parti-parti politik tertentu. Oleh sebab itu, suara dan tindakan organisasi ini lebih disorot daripada perpektif politik. Itulah sebabnya suara dan tindakan mereka hanya menerima respons yang sinis daripada pemerintah.

Oleh sebab itu, Kerajaan Malaysia tidak perlu menjadikan pentadbiran awam yang cekap sebagai indikator untuk mengukur tahap rasuah di kalangan warga perkhidmatan awam ataupun pemimpin kerajaan. Sebaliknya, di samping kewujudan dan pematuhan kepada seluruh peraturan, arahan, prosidur dan undang-undang untuk meningkatkan mutu, kecekapan, dan sikap membenci rasuah, kerajaan perlu memberikan emfasis secara konsisten kepada usaha penjernihan minda dan pengukuhan iman dan moral menerusi pendekatan agama dan ketatanegaraan.
Seterusnya, kewujudan organisasi masyarakat sivil yang anti-rasuah dan bebas daripada naungan atau kongkongan politik perlu digalakkan. Moga-moga dengan cara ini rasuah dapat diminimumkan dan lama kelamaan berjaya dihapuskan.

Dengan itu, pentadbiran awam yang cekap adalah tidak bebas dari rasuah. Tetapi, pentadbiran awam yang cekap dan mempunyai warganya yang jijik dan benci kepada rasuah adalah ideal uuntuk membebaskan organisasi berkenaan, kerajaan dan negara daripada belenggu gejala rasuah.

MAKLUMAT TAMBAHAN:PATI

PENDATANG ASING TANPA IZIN



Kini, negara Malaysia sedang mengalami kemelut ekoran kedatangan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang semakin ramai. PATI telah memilih Malaysia sebagai tempat tumpuan mereka untuk mencari rezeki dan jalan penyelesaian bagi mengubah kehidupan dengan berhijrah dari negara mereka sendiri. Menurut kamus dewan edisi keempat, pendatang asing tanpa izin (PATI) dapat didefinisikan sebagai orang yang bukan warganegara Malaysia tetapi telah masuk ke Malaysia sama ada secara pendaftaran mahupun secara haram. Kebanyakan PATI yang datang ke Malaysia ialah orang yang datang dari negara luar seperti Myanmar, India , Indonesia dan sebagainya.

Kedatangan pendatang asing juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada masa akan datang juga terbantut. Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang.

Kebanjiran pendatang asing tanpa izin juga turut menyebabkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor khususnya sektor pembuatan dimonopoli oleh pendatang tersebut. Tidak dinafikan migrasi pendatang asing ini ke negara kita adalah berpunca daripada kurang peluang pekerjaan di negara mereka. Kesanggupan mereka untuk bekerja di negara ini terbukti apabila banyak sektor pembinaan yang menawarkan mereka pekerjaan sebagai buruh binaan yang memenatkan. Walaupun begitu, seperti kata peribahasa, "Alah bisa tegal biasa", kesusahan tersebut tidak menghalang mereka untuk terus bekerja, tidak sama seperti rakyat negara ini yang tidak tahan dengan pekerjaan berat tersebut.

Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula.

Salah satu langkah utama menangani kedatangan pendatang asing ialah mengehadkan pergantungan kepada buruh asing. Melalui kaedah baru pengambilan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu mengikut negara sumber yang diluluskan kerajaan, kita berharap selepas ini pihak berkuasa akan mampu memantau kehadiran dan pergerakan warga asing di negara ini. Jelasnya, pihak ejen dan majikan yang mengambil pekerja asing perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan. Tanggungjawab mereka adalah untuk mengingatkan para pekerja asing di bawah jagaan mereka tentang sistem budaya bermasyarakat dan mematuhi undang-undang negara ini kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Masalah yang turut melibatkan hubungan antara dua negara ini seharusnya diselesaikan secara diplomatik antara kedua-duanya, misalnya negara Indonesia perlu menyokong dan mempersetujui tindakan kerajaan Malaysia untuk menghantar sebilangan besar rakyat negara tersebut yang tidak memiliki permit pekerjaan yang sah di negara ini tanpa mengenakan tindakan berat kepada mereka. Negara Indonesia juga perlu menerima keputusan jika Malaysia terpaksa mengenakan hukuman kepada sebahagian rakyat negara jiran yang berkeras untuk tidak menyerah diri pada tarikh yang ditetapkan. Kerjasama antara kedua-dua pihak ini pasti akan mengurangkan masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin ke negara ini, seterusnya hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara juga tidak akan terjejas.

Pelbagai usaha dan tindakan tegas telah diambil oleh pihak berkuasa, misalnya pihak imigresen yang mengetatkan pengawasan di sempadan negara dan tidak kurang juga tindakan kerajaan untuk mengembalikan sebilangan besar pendatang asing yang tiada permit ke negara mereka. Ekoran daripada tindakan tersebut, usaha pendatang asing tanpa izin yang berniat untuk datang ke negara ini dapat dibanteras. Oleh hal yang demikian, usaha itu haruslah diteruskan agar keamanan dapat dikekalkan di negara kita.

Kesimpulannya, kita memang memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran mereka, terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri. Masalah ini sudah tentu akan menjadi lebih serius jika tidak ditangani segera. Selain itu kerjasama antara pihak berkuasa tempatan serta pihak kerajaan kita dengan kerajaan negara jiran perlu ditingkatkan agar masalah rasuah dalam kalangan pihak berkuasa tidak berlaku. Hal ini perlu dibanteras agar tidak memburukkan keadaan lagi. Jika masalah tersebut dapat ditangani, sudah tentu hal ini tidak akan menjejaskan hubungan diplomatik antara negara yang sudah sekian lama terjalin.

KERATAN AKHBAR:PATI

Kerajaan optimis tangani isu pendatang asing secara holistik

 

KEMAKMURAN dan mudahnya meraih kekayaan   punca warga asing mengambil kesempatan untuk terus tinggal di Malaysia. KEMAKMURAN dan mudahnya meraih kekayaan punca warga asing mengambil kesempatan untuk terus tinggal di Malaysia.
Lambakan warga asing kian meresahkan rakyat tempatan selain soal kebimbangan terhadap ancaman serta membebankan negara

MENEMPATKAN pekerja asing khususnya dalam sektor pembinaan, pembuatan, perkhidmatan dan pembantu rumah masih menjadi keperluan majikan di negara ini bagi melicinkan operasi perjalanan sektor terbabit. Kebergantungan negara kepada tenaga kerja warga asing sehingga Februari lalu dalam pelbagai sektor dianggarkan berjumlah 1.8 juta orang.

Secara keseluruhan, seramai 26.1 juta warga asing memasuki negara ini termasuk status sebagai pelancong, pekerja, diplomat, pemegang pas pekerja jangka pendek, pemastautin, pelajar dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). Daripada jumlah itu, 2.4 juta adalah warga asing lain yang tinggal untuk tempoh jangka panjang.
Seberapa banyak jumlah statistik yang dicatatkan setiap tahun mengenai kehadiran pendatang asing itu sama ada yang bekerja atau melancong, tetap memberikan implikasi positif dan negatif terhadap Malaysia. Cuma, apabila kelonggaran kerajaan terhadap kebenaran kemasukan rakyat asing ke negara ini khususnya bagi tujuan bekerja, ada pula kalangan mereka yang mengambil kesempatan terus tinggal selesa di sini berikutan kemakmuran dan mudahnya meraih kekayaan.

Justeru, ramai juga pendatang yang sanggup bergadai nyawa untuk tinggal secara haram dan terus bekerja di sini sehingga jumlahnya amat ramai dan akhirnya menimbulkan keresahan warga tempatan selain soal kebimbangan, ancaman serta membebankan negara.

Mereka turut dikaitkan dengan bebanan ekonomi kepada negara dan pencabulan hak asasi manusia jika tindakan diambil sewenang-wenangnya.

Apa yang jelas, kemasukan pekerja asing juga boleh mendatangkan implikasi negatif kepada negara seperti ancaman keselamatan, bebanan ekonomi dan pencabulan hak asasi manusia. Justeru, dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 22 Februari lalu memutuskan untuk menubuhkan Makmal Pengurusan Warga Asing. Ia bertujuan mencari kaedah penyelesaian secara holistik untuk menangani isu berhubung warga asing di Malaysia khususnya mengelakkan lambakan pendatang asing tanpa izin daripada terus berleluasa.

Susulan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia akan terus bekerjasama dalam isu berkaitan isu pendatang asing dan pendatang asing tanpa izin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketika mesyuarat khas Pengurusan Warga Asing Peringkat Menteri, kelmarin optimis mahu isu pendatang asing dan pendatang asing tanpa izin di negara ini dapat ditangani dengan lebih berkesan untuk mengelak kesan jangka panjang kepada negara.

Katanya, lazimnya, kehadiran warga asing khususnya pelancong, pelajar dan pekerja asing hanya dilihat dalam konteks manfaat ekonomi yang diperoleh negara semata-mata, sebaliknya juga memberi implikasi negatif lain.

Kerajaan juga terus berusaha untuk memastikan permasalahan berkaitan pekerja asing khususnya yang tinggal secara haram dapat ditangani dengan efektif. Permasalahan lain, umpamanya isu pencabulan hak asasi manusia seperti aspek kebajikan dan layanan kepada pekerja asing yang berada di negara ini perlu juga diberi perhatian selain mengatasi pemerdagangan orang.

“Dalam hal ini, kerajaan memutuskan mengambil tindakan serta-merta memeriksa ke premis majikan yang mengaji pekerja asing di sektor terbabit untuk memastikan majikan menjaga kebajikan dari aspek pembayaran gaji, tempat tinggal, kesihatan dan persekitaran tempat kerja.

“Pada masa sama, majikan juga perlu mematuhi standard perburuhan dan langkah perlindungan di dasar dan undang-undang buruh. Pemeriksaan itu akan membabitkan Jabatan Tenaga Kerja (JTK), polis, Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Mengenai makmal Pengurusan Warga Asing, Hishamuddin berkata, pelaksanaannya bermula 23 Mac ini hingga 23 April depan di KDN membabitkan kerjasama 14 kementerian dan 11 jabatan serta agensi.

“Kita juga mengenal pasti 33 organisasi dan pertubuhan untuk menyertai makmal itu sebagai ‘syndication partner’,” katanya sambil mempelawa semua pihak mempunyai kepentingan dalam isu warga asing dijemput menawarkan diri menyertai makmal itu.

“Saya yakin penubuhan makmal itu yang dianggotai setiap kementerian dan agensi kerajaan dengan pengurusan warga asing, mampu menjadi platform bagi mencari strategi penambahbaikan serta memperhalusi tanggungjawab masing-masing dengan lebih berkesan dan tersusun,” katanya.

Pada masa sama, kerajaan pada peringkat akhir kajian berkaitan pelaksanaan pindaan Akta Pemerdagangan Orang 2007 (Atip) untuk memasukkan elemen penyeludupan manusia dan sekali gus dapat melengkapkan Pelan Tindakan Nasional berkenaan.

Maklum balas Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mengenai langkah terbaru itu, menyifatkan tindakan itu bagus untuk memastikan isu majikan dan pekerja asing diletakkan di landasan betul.

Bagaimanapun, MEF mencadangkan supaya kerajaan memberikan fokus lebih khusus untuk menangani pelbagai isu berkaitan permasalahan warga asing terutama berkaitan dengan kebanjiran pekerja asing tanpa izin daripada membuat pemeriksaan di semua premis untuk mengesan majikan menjaga kebajikan pekerja asing.

MEF berpendapat, tugas pemeriksaan terhadap premis yang menggaji pekerja asing untuk memastikan majikan mematuhi terma termasuk persekitaran kesihatan di tempat kerja sudah mencukupi jika dilakukan oleh JTK.

Gerakan penguatkuasaan bersepadu membabitkan agensi lain seperti polis, Jabatan Imigresen dan PBT dianggap kurang sesuai hanya untuk memeriksa majikan mematuhi prosedur atau sebaliknya.

Adalah lebih bermanfaat sekiranya gerakan penguatkuasaan bersepadu membabitkan pelbagai agensi dilakukan untuk mengesan isu lebih berat membabitkan pendatang asing.

Ketua Eksekutifnya, Shamsuddin Bardan, berkata, pihaknya berpendapat fokus utama negara sekarang adalah untuk menangani pekerja asing tanpa izin, memperketatkan pemantauan kemasukan pekerja asing, memeriksa pekerja asing yang sudah tamat tempoh, tetapi tinggal lama lama secara haram.

Katanya, semua permasalahan isu di atas sebenarnya yang mengheret segala punca membabitkan pekerja asing seperti terbabit dengan jenayah, pemerdagangan orang, keruntuhan moral mereka dan majikan mengambil kesempatan ke atas pekerja.

“Jika ingin melihat sama ada majikan tidak bayar gaji atau gagal patuhi terma lain, tidak perlu babitkan operasi bersepadu kerana itu adalah di bawah bidang kuasa JTK.

“Saya bimbang operasi membabitkan pelbagai agensi itu tidak akan mencapai matlamatnya. Bagi saya operasi dengan agensi lain itu lebih sesuai dilakukan bagi misi memeriksa kebanjiran pekerja asing tanpa izin,” katanya.

Malah, operasi besar-besaran membabitkan pelbagai agensi itu perlu dilakukan secara agresif dan berterusan, bukannya mengikut musim.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Ahli Majlis Pengguna Negara, Datuk Nadzim Johan, mahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta agensi berkaitan melaksanakan penguatkuasaan dengan lebih aktif untuk mengesan majikan yang menggunakan taktik pemakaian tudung atau songkok kepada pekerja asing berkhidmat di sektor perkhidmatan seperti di restoran dan kedai kopi untuk memberi keyakinan bahawa premis mereka halal.

Katanya, tindakan majikan itu sah tidak bertanggungjawab untuk mengelirukan orang ramai khususnya orang Islam bahawa premis mereka ditanggung halal selain meletakkan sijil halal yang ada kalanya tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Kita mahu kerajaan menguatkuasakan Akta Perihal Dagangan (Perbahasaan Halal) yang boleh mensabitkan terhadap majikan yang mengambil kesempatan mengabui mata masyarakat terhadap istilah halal itu,” katanya.

PENTING:LANGKAH MENGATASI ISU PATI

Pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara kita telah meningkatkan keperluan buruh asing dalam pelbagai bidang utama. Lantas, ratusan ribu penduduk dari negara jiran mengambil kesempatan memasuki negara kita secara beramai-ramai. Kehadiran mereka telah mencetuskan kebimbangan di kalangan pemimpin dan rakyat tempatan. Oleh yang demikian, kehadiran mereka perlu dibendung dan diawasi.

Dalam usaha membendung kehadiran PATI, pihak berkuasa wajar meningkatkan kawalan dan pengawasan di sepanjang pantai dan sempadan negara kita. Pihak polis marin, imigresen dan tentera laut hendaklah bergabung tenaga dan bertindak secara bersepadu. Pihak-pihak tersebut harus lebih giat mengesan tempat-tempat pencerobohan untuk menyekat kemasukan PATI. Mereka hendaklah menjalankan pemeriksaan lebih kerap di kawasan sempadan yang mudah dicerobohi. Usaha seumpama ini akan menyukarkan kemasukan pendatang tanpa izin lalu mengurangkan jumlah PATI di negara kita.

Seterusnya pihak polis perlu meningkatkan penguatkuasaan undang-undang berhubung pekerja asing, terutamanya yang masuk tanpa izin. Pihak berkuasa hendaklah sentiasa mengawasi dalang dan sindiket yang menguruskan kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Mereka yang diberkas seharusnya dijatuhi hukuman yang berat termasuk hukuman mandatori. Para pendatang asing yang ditahan ini harus dikenakan tindakan undang-undang yang tegas agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.

Di samping itu, semua pihak yang berkuasa wajar melipatgandakan operasi-operasi mengesan, menahan dan menghantar semula pekerjapekerja tanpa izin. Pelancaran operasi kerajaan seperti Operasi Pemutihan dan Operasi Nyah amat berkesan dalam usaha membendung limpahan pendatang asing tanpa izin. Operasioperasi seperti ini akan mengurangkan kecenderungan kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita. Walau bagaimanapun, kejayaan dan keberkesanan operasi seumpama ini amat bergantung kepada kerjasama dan sokongan orang ramai dan ketegasan pihak kerajaan.
Usaha-usaha menghalang limpahan pekerja asing tanpa izin tidak akan mendatangkan kejayaan yang memberangsangkan jika tidak disertai kerjasama masyarakat, terutamanya pihak majikan. Sesungguhnya sikap majikan yang acuh tak acuh terhadap seruan kerajaan berhubung masalah pendatang asing tanpa izin telah memburukkan keadaan. Golongan ini seharusnya mengubah sikap demi kepentingan negara dan rakyat. Majikan hendaklah menggaji pekerja asing yang memiliki visa dan permit kerja yang sah sahaja.

Kerjasama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan negara jiran yang terbabit amat penting untuk membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin. Pihak kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri, perlu menganjurkan rundingan tentang kawalan sempadan. Malahan adalah perlu untuk mewujudkan pasukan bertindak bersama bagi menjamin kawalan sempadan yang lebih efektif Selain itu, ejen-ejen yang sah perlu dilantik untuk mengendalikan kemasukan pekerja asing secara lebih teratur dan terkawal.

Kesimpulannya, keperluan dan peranan pekerja asing dalam pembangunan ekonomi negara kita memang tidak dapat dinafikan. Namun demikian, limpahan pekerja asing terutamanya pendatang tanpa izin yang tidak dikawal dan berterusan sudah tentu akan memudaratkan kesejahteraan rakyat kita.

PENTING:PENDATANG ASING TANPA IZIN

Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunan raksasa berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah menimbulkan pelbagai masalah.

Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan asing juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin.

Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari.

Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS.

Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada mas a akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.

Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat kita.

Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran mereka, terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri.

Wednesday 25 July 2012

CONTOH ESEI:PERPADUAN

USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK PERPADUAN KAUM

Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, kita sayugia memperkasakan keeratan serta perpaduan kaum di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya rusuhan kaum. Justeru, variasi kaum haruslah bergerak sederap bagai aur dengan tebing sebagai satu sinergi menjurus ke wawasan 2020. Menurut kata Perdana Menteri yang keenam, keakraban rencaman kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah’ bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat’. Selain itu, sinergi daripada semua pihak berganding bahu melakukan usaha-usaha yang proaktif dan efektif dalam merealisasikan aspirasi rakyat seantero Malaysia.

Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan bagi memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia?
Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harus ditangani untuk membentuk perpaduan kaum di negara kita. Pihak keraajaan mempunyai peranan dalam merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaan mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia amat dialu-alukan. Menurut Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis sebegini. Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, sarwajagat negara kita yang tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah ‘bersatu teguh, bercerai roboh’.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.

Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari Keluarga, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Agenda program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan membendung sikap diskriminasi. Serentak dengan itu, menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga. Di samping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untuk kakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan kaum di Malysia boleh direalisasikan dengan program Hari keluarga yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita.
Seiring dengan itu, system pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang pintas untuk merealisasikan hasrat ini. Pengenalan satu system pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan perpaduan kaun. Selain itu, sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepat proses perpaduan kaum. Sebagai contoh, aktiviti kumpulan yang dijalankan dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat sekolah. Selain itu, penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa. Izharnya, memang tidak boleh kita nafikan bahwa sistem pendidikan negara kita menjadi pemangkin dalam proses memperkasa hubungan sesama kaum.

Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan salah satu langkahh dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita dalam mencapai perpaduan kaum. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yakni Melayu, Cina dan India. Rakyat boleh mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek pemakanan, pemakaian, dan peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum lain. Sebagai contoh, semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah. Makanan India seperti roti canai dan tose juga semakin diminati oleh kaum yang lain. Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.

Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak harus bergerak sederap, seia sekata dalam iltizam mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan negara bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai dalam pembinaan negara yang berbilang kaum demi visi Wawasam 2020.

 

RENCANA:PERPADUAN

Isu Perpaduan Kaum Di Malaysia

Dr Rahmat Ghazali

Usaha kerajaan untuk mewujudkan ‘sistem amaran konflik perkauman’ sebagaimana yang dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha menyemarakkan perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian usaha perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem indikator bagi mengesan konflik perkauman.

Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama juga telah dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks ini klausa-klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa kaum minoriti, telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali kita rujuk sebagai ‘kontrak sosial’ antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di Malaysia.

Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-negara Dunia Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi ‘pecah dan perintah’. Polisi sedemikian juga amat lumayan diamalkan oleh pihak British ke atas datuk nenek kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian menguntungkan pihak penjajah. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang ‘they mix but do not combine’ atau dalam bahasa ibunda, ‘mereka bercampur tetapi tidak bersatu.’ Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara. Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan ‘fungsional daripada hubungan empatetik’. Makudnya kita sekadar berhubungan di pejabat, di pasar dan di tempat kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui sempadan-sempadan persekitaran tersebut.

Sebaliknya kita juga sedar bahawa ‘perpaduan kaum’ adalah pemboleh ubah penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial, malah ekonomi. Perpaduan kaum itu menuntut hubungan ‘empatetik’ sebagaimana disarankan oleh Dr Chandra. Mana-mana kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh Furnival, memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti. Malah dalam konteks Malaysia, kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga toleransi dalam konsep pluralisme itu, tanpa disedari, sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang kepada benih-benih perkauman sesama kita.

Pada suatu ektrim tertentu saya melihat bahawa usaha jitu kerajaan untuk memakmurkan dan menyuburkan perpaduan kaum melalui program perpaduan kaum antara masyarakat berbilang etnik telah banyak terganggu dan kadangkala terbantut pada kadar yang tidak sanggup kita perakui. Tanpa niat mencabar Perlembagaan, melalui falsafah yang didokong oleh Artikel 152 (memberi hak kepenggunaan bahasa minoriti), saya melihat seakan-akan wujud konflik dengan falsafah yang didokong oleh Artikel 153 (menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi).
Saya juga terlihat Artikel 152 telah menyuburkan kewujudan sekolah-sekolah monoetnik, dan media massa monoetnik yang memberikan tumpuan kepada etnik-etnik yang diperwakilkan melalui bahasa ibunda masing-masing. Malah kita lihat papan tanda iklan kedai-kedai di mana-mana bandar di Malaysia lebih mengutamakan bahasa ibunda masing-masing daripada mengangkat falsafah Artikel 153.

Dalam persekitaran yang keterasingan sedemikian saya lihat aliran dan hala tuju perpaduan kaum tidak menggalakkan pertembungan budaya yang dibawa oleh sistem sekolah monoetknik, dan begitu juga media massa monoetnik. Hal ini menjadi semakin rumit apabila institusi politik kita juga di lihat tertegak atas falsafah monoetnik yang turut memakmurkan konsep pluralisme Furnival.
Profesor Hamdan Adnan, bekas Pesuruhjaya Suhakam, pernah mencatatkan bahawa daripada tahun 1945 hingga 1969 sejumlah dua puluh dua insiden pergeseran etnik telah berlaku, dengan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai insiden yang paling dahsyat. Saya gusar dan sangsi jika statistik sedemikian menurun kerana kadangkala diri kita sendiri seringkali menutup sebelah mata untuk mendedahkan secara serius isu-isu sedemikian.

Misalnya Malaysia tidak sunyi daripada peristiwa yang condong kepada perbalahan etnik seperti peristiwa penentangan Dong Jiao Zhong terhadap dasar kementeraian pendidikan pada tahun 1987 yang membawa kepada pelaksanaan ‘Operasi Lalang’, yang menurut beberapa pemerhati politik, hampir sahaja mengulangi peristiwa 13 Mei. Perbalahan pengurusan sebuah kuil Hindu dan masjid di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada tahun 1998, tragedi Kampung Medan pada tahun 2001, peristiwa pergaduhan etnik antara peserta PLKN, dan isu mahasiswa UM (malah di semua universiti di Malaysia secara amnya) yang tidak mesra dalam bentuk hubungan silang-etnik, mungkin mengundang kita untuk sama-sama memikirkan tentang kejayaan dasar dan modus operandi perpaduan kaum negara.

Mungkin juga pada suatu ekstrim yang lain, peristiwa-peristiwa berkenaan hanya sekadar kes-kes terpinggir yang tidak harus dilihat sebagai perbalahan etnik tetapi sebaliknya hanyalah perbalahan dua pihak yang boleh saja berlaku dalam kandang intraetnik itu sendiri, dan bukan sekadar dalam persepsi silang-etnik. Sebagaimana lunaknya peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa ‘sedangkan lidah lagi tergigit’ apatah lagi situasi iklim kepelbagaian etnik di Malaysia yang bersandar kepada perbezaan bahasa, budaya dan agama sebagai komponen sensitif yang menuntut toleransi tinggi sesama kita.

Walau bagaimanapun kita tidak boleh memandang ringan pada perkembangan hubungan ethnik kontemporari sebagaimana terpancar daripada usaha kerajaan untuk menubuhkan ‘sistem amaran konflik perkauman’ yang akan berpusat di Putrajaya. Nampaknya dengan tertubuhnya sistem sedemikian, kerajaan telah mencari pendekatan ‘adhoc’ iaitu mencegah perbalahan etnik daripada mencambahkan dan menyuburkan benih-benih hubungan mesra antara kaum. Mungkin persepsi saya salah, kerana sebenarnya kerajaan mengutamakan kedua-duanya sekali.
Meninjau realiti politik dan sosial di Malaysia, saya melihat bahawa terdapat elemen-elemen pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam hal membina perpaduan kaum, agak berbeza dengan pendekatan yang dianggap sebagai arus perdana di Barat. Pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan Malaysia dalam beberapa aspek berada dalam ekstrim yang bersongsangan berbanding dengan teori perpaduan kaum yang disarankan oleh pemikir-pemikir Barat dan yang diamalkan di sebelah sana.

Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis misalnya menggunakan konsep ‘melting pot’ atau ‘acuan pelebur’ dalam pendekatan mereka untuk menyatukan pelbagai etnik minoriti, etnik peribumi, dan etnik dominan dalam negara. Dalam proses peleburan itu budaya etnik minoriti terlebur, tercerna, teradun malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan. Namun di Malaysia kita lihat konsep ‘acuan pelebur’ itu tidak wujud, sebaliknya yang wujud ialah konsep ‘salad bowl’ atau ‘mangkuk sayur-mayur’ yang tidak meleburkan mana-mana unsur etnik tetapi mempersatukan kepelbagaian warna kulit dan budaya dalam satu persekitaran ynag sama.

Dalam konteks yang sama di Britain, sama ada mereka bersetuju atau tidak, juga telah berlaku proses asimilasi budaya yang kadangkala terpaksa mengorbankan malah melenyapkan bahasa dan budaya nenek moyang golongan minoriti tertentu.
Bagi sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat pendekatan ini sebagai satu bentuk ‘penjajahan dalaman’ kerana dalam proses ini berlaku eksploitasi golongan majoriti terhadap golongan minoriti. Namun dalam banyak contoh di sebelah Barat, golongan majoriti itu adalah juga merupakan pihak pemerintah yang melaksanakan dasar memperlemahkan budaya dan bahasa minoriti atas nama perpaduan kaum.

Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat yang mempertegaskan penggunaan bahasa rasmi sebagai satu-satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik dalam urusan perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Demi mewujudkan perpaduan kaum, ada kerajaan yang mengharamkan penggunaan dan pengajaran bahasa ibunda golongan minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman ke atas para pelajar yang berkomunikasi antara mereka dalam bahasa minoriti di dalam kawasan dan persekitaran sekolah. Kerajaan Perancis misalnya telah hampir mengharamkan terus penggunaan bahasa Breton, kerajaan British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah melenyapkan bahasa Gaelic di bumi Scotland. Berbeda dengan Malaysia, kebanyakan kerajaan Barat menolak sama sekali kewujudan sekolah-sekolah monoetnik dan media massa monoetnik.

Dalam konteks perpaduan kaum, Malaysia juga menghadapi banyak masalah kerana kepercayaan dan perbezaan agama tidak memungkinkan proses asimilasi berlaku. Asimilasi dalam konteks budaya juga tidak berjalan lancar kerana setiap kaum melihat bahawa budaya dan tamadun bangsa mereka masing-masing lebih dominan daripada yang lain. Orang-orang India melihat keagungan tamadun Indus yang bermula pada 2500 S.M. lebih agung daripada tamadun Melayu yang mereka lihat hanya bermula pada kira-kira lima ratus tahun dahulu (jika Kesultanan Melaka menjadi tanda aras). Kaum Cina pula melihat ketamadunan China yang bermula kira-kira 2000 S.M. di Peking jauh lebih hebat daripada tamadun Melayu. Banyaklah elemen-elemen ketamadunan ini yang boleh mereka rasionalkan untuk menyokong kelangsungan budaya mereka masing-masing.

Dengan perkiraan sebegini kadangkala saya lihat bahawa kerajaan juga menjadi serba salah dalam hal menentukan halatuju kebudayaan nasional. Misalnya, pada tahun 1982, Tun Mahathir pernah menyatakan bahawa ‘Budaya Melayu harus menjadi ciri-ciri utama budaya nasional, supaya diterima dan diamalkan oleh semua kaum. Malah terdapat juga yang mahukan budaya Melayu dijadikan satu-satunya elemen budaya nasional’ (dipetik daripada Munro-Kua 1996).
Walau bagaimanapun pada tahun 1995, Tun Mahathir dengan jelas menyatakan bahawa konsep perpaduan kaum tidak lagi bertunjangkan kepada konsep yang berasaskan budaya Melayu. Menurut Tun, ‘Bangsa Malaysia membawa maksud rakyat yang dikenali sebagai membawa identiti Malaysia, menuturkan bahasa Melayu dan meluhurkan Perlembagaan. Untuk merialisasikan bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima kewujudan masing-masing seada-adanya, tanpa mengira kaum dan agama’ (dipetik daripada Francis Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik 2002). Ertinya rakyat Malaysia harus dilihat sebagai Melayu, Cina dan India sebagimana terpancar melalui amalan budaya masing-masing. Konsep ini condong kepada konsep pluralisme Furnival.

Namun pendirian kerajaan yang sedemikian terhadap perpaduan kaum seperti berdiri atas platform yang berbeza pula jika dilihat pada matlamat yang didokong oleh Wawasan 2020, kerana ia diangkat sebagai suatu ‘Bangsa Malaysia’ tanpa melihat perbedaan warna kulit dan amalan budaya. Secara idealnya tidak akan wujud lagi Melayu, Cina atau India jika Wawasan 2020 direalisasikan. Konsep ini condong pula kepada konsep asimilasi.
Jelaslah bahawa di Malaysia pendekatan asimilasi dirujuk semula kerana saya kira pendekatan inilah dilihat sebagai yang terbaik untuk membina perpaduan kaum yang utuh dan tulen, sekurang-kurangnya dalam konteks peleburan bahasa ibunda etnik minoriti. Pendekatan sedemikian telah lama dibuktikan terbaik bagi Malaysia, misalnya dalam konteks golongan Baba Nyonya di Melaka dan juga di Pulau Pinang, golongan India peranakan atau Mami di Pulau Pinang, dan Arab Peranakan telah meleburkan sehingga mengorbankan bahasa nenek moyang mereka. Malah di kalangan golongan Baba Nyonya tercipta bahasa ‘kreol’ mereka yang tersendiri yang pastinya terbina daripada improvisasi bahasa ibunda golongan majoriti Melayu yang lebih dominan.

Amat jelas juga kita lihat bahawa budaya golongan minoriti dalam konteks asimilasi sosial teradun dalam acuan budaya Melayu meskipun secara halusnya terdapat perbezaan di sana-sini. Namun, jika budaya nasional Malaysia boleh diterjemahkan sebagai budaya etnik peribumi Melayu sebagai asasnya, maka saya lihat bahawa budaya Baba Nyonya, India Peranakan dan Arab Peranakan ini telah menjelmakan satu proses perpaduan kaum yang utuh dan tulen.
Namun realitinya dalam konteks kontemporari, dasar perpaduan kaum Kerajaan Malaysia amat mesra dan bertoleransi terhadap bahasa etnik minoriti. Penggunaan bahasa etnik minoriti tidak pernah dikenakan hukuman malah tidak pernah dilarang digunakan di mana-mana sekolah di Malaysia, meskipun di sekolah-sekolah kebangsaan. Malah diwujudkan pula sekolah-sekolah jenis kebangsaan dengan memberikan hak mutlak kepada etnik minoriti untuk menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengajaran.

Dengan ekstrim pendekatan pluralisme atau konsep ‘mangkuk sayur-mayur’ seperti di Malaysia kita lihat bahawa dalam situasi tertentu bahasa rasmi menjadi bahasa rojak, malah dicampuradukkan pula dengan bahasa Inggeris mungkin untuk menyuntik ciri-ciri lenggok komunikasi antarabangsa. Bahasa Melayu lisan telor Cina dan telor India menjadi tegar diamalkan bukan sahaja apabila golongan ini berkomunikasi sesama mereka, malah disokong dan disuburkan oleh golongan Melayu sendiri ketika berkomunikasi dengan kaum India dan Cina.

Saya percaya bahawa untuk menjaga martabat bahasa rasmi, penggunaannya mesti juga terlaksana dalam situasi yang tidak formal, bukan sekadar dalam kandang situasi yang rasmi dan formal sahaja. Hanya golongan yang amat sensitif dan insaf sahaja yang beria-ia berjuang untuk mempertahankan gaya dan hukum-hukum tatabahasa bahasa rasmi negara, tetapi malangnya golongan ini seperti Tan Sri Profesor Ameritus Dr Awang Had Salleh, Tan Sri Profesor Dr Ismail Hussien, Profesor Dr Nik Safiah Karim, Dr Awang Sariyan, Dr Chandra Muzaffar, YB Dr Rais Yatim, dan SN A Samad Said, (sekadar menyebut beberapa nama) sudah seperti kehilangan golongan pelapis. Adakah ini suatu kepincangan dalam proses perpaduan kaum yang dicita-citakan Malaysia atau ia suatu kelebihan dan kekuatan pendekatan ‘mangkuk sayur-mayur’ Malaysia?

Akhir-akhir ini pula, kita lihat DBP mahu dinobatkan secara legitimasinya sebagai ‘polis bahasa’. Saya tidak tahu bagaimana polis ini akan melaksanakan tanggungjawabnya apabila melihat di kebanyakan bandar di Malaysia, papan-papan iklan seringkali mengabaikan penggunaan dan pengutamaan bahasa Melayu. Malah bahasa rojak yang haru-biru dan celaru sudah menjadi identiti yang tegar di papan-papan tanda kedai. Namun pada sudut yang amat jauh dalam hati kecil ini, saya optimistik bahawa DBP akan berjaya walaupun terpaksa mengambil masa yang panjang yang penuh onak dan duri, dan sekali gus menyuburkan perpaduan kaum. Saya juga yakin bahawa kejayaan tersebut haruslah dimulakan dengan semangat kecintaan yang tinggi setiap rakyat terhadap negara ini.