Mutakhir ini, masalah-masalah
jenayah yang berlaku di negara ini kian menjadi-jadi “bagai cendawan tumbuh
selepas hujan”. Kes-kes jenayah seperti gengsterisme, vandalisme, bunuh, rogol,
ragut, pengedaran dadah, rasuah, pelacuran dan sebagainya kerap menghiasi
dada-dada akhbar, majalah dan lain-lain. Sebenarnya, kes jenayah dapat
dibahagikan kepada enam kategori, jenayah berat yang melibatkan senjata, jenayah
ringan seperti gengsterisme dan vandalisme, jenayah narkotik yang melibatkan kes
pengedaran dan penyeludupan dadah, jenayah komersial seperti kes maksiat,
pelacuran dan perjudian, jenayah perdagangan yang merangkumi isu rasuah dan
korupsi serta jenayah kolar putih yang melibatkan jenayah oleh golongan
profesional. Pihak kerajaan telah bertungkus lumus memerah otak untuk mencari
mekanisme yang lebih efektif dalam menangani masalah jenayah yang menular dalam
kalangan masyarakat hari ini, namun kes-kes jenayah dilaporkan semakin
meningkat, terutamanya jenayah berat seolah-olah dasar yang diambil kerajaan
seperti kurang berkesan. Justeru, langkah-langkah yang drastik perlu diambil
bagi mengelakkan masalah jenayah daripada berleluasa di negara kita.
Pada
hemat saya, pihak kerajaan merupakan tonggak utama dalam usaha membanteras
masalah jenayah yang kian meruncing ini. Bermula dari aspek pentadbiran, pihak
kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada dengan tegas.
Selain itu, pindaan akta-akta yang sedia ada juga wajip dilaksanakan
berlandaskan kategori jenayah masing-masing. Bagi individu yang terlibat dalam
jenayah berat seperti membunuh, meragut, dan terlibat dalam penggunaan senjata,
harus dijatuhkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup. Akta Dadah
Berbahaya 1952 yang digubal oleh pihak kerajaan bagi memperuntuk hukuman mati
mandatori kepada pengedar dadah merupakan salah satu undang-undang yang berat
bagi meminimumkan jenayah narkotik di negara kita. Langkah penguatkuasaan
undang-undang dan penggubalan akta yang bakal mengenakan hukuman setimpal
terhadap pesalah narkotik akan menyebabkan mereka takut untuk melakukan
kesalahan jenayah dan hal ini diyakini akan dapat menangani masalah jenayah di
negara ini. Pendek kata, penguatkuasaan undang-undang dan penggubalan akta yang
baru harus dilaksanakan oleh pihak kerajaan sebagai cara terbaik untuk
mengurangkan masalah jenayah.
Sementelahan itu, Perdana Menteri yang menggalakkan pihak polis meningkatkan pemasangan
kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berisiko tinggi juga merupakan cara
efektif untuk mengawal kes jenayah yang sering berlaku di Malaysia. Kes
pembunuhan yang menimpa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S
Krishnasamy, di bangunan MIC merupakan penggerak
utama kepada pelaksanaan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di negara kita.
Mengikut ulasan pihak polis, mangsa dipercayai ditembak di kening kiri dalam
lift bangunan MIC. Malangnya, suspek utama tidak dapat dikesan disebabkan
ketiadaan CCTV di tempat kejadian. Realitinya, terdapat banyak kes pembunuhan
yang melibatkan pembunuh-pembunuh upahan yang semakin berleluasa di negara kita
dan tidak dapat dikesan. Sekiranya dibandingkan dengan negara maju seperti
Amerika Syarikat (AS), Jepun, Australia, Singapura, China dan lain-lain, sudah
tentu kes yang tidak mempunyai “jalan keluar” ini dapat diselesaikan. Oleh yang
demikian, pihak berkuasa tempatan patut menempatkan CCTV di kawasan berisiko
tinggi seperti bank, kawasan perumahan, sekolah, taman permainan, dan banyak
lagi. Hal ini demikian supaya pihak polis dapat mengecam muka penjenayah,
merakan semula kejadian jenayah tersebu, serta membuat analisis secara
terperinci yang dapat membantu menyelesaikan kes jenayah sehingga tertangkapnya
penjenayah terbabit. Oleh itu, CCTV patut ditempatkan di kawasan berisiko tinggi
supaya masalah jenayah di negara kita dapat dikurangkan.
Tidak dapat
disangkal bahawa pendidikan merupakan wahana penting dalam usaha mencegah
masalah jenayah yang berlaku di negara kita. Selain langkah drastik, kerajaan
turut menggunakan pendekatan psikologisebagai alternatif dalam mengurangkan
masalah jenayah, khasnya dalam kalangan remaja. Walaupun pendorong kepada
peningkatan jenayah berat merupakan golongan dewasa seperti pembunuh upahan dan
seumpamanya, golongan remaja juga perlu disuntik dan ditanam dengan ajaran moral
dan pegengan akidah yang utuh untuk memastikan agar mereka tidak cenderung ke
arah melakukan jenayah, bak kata pepatah, “melentur rebung biarlah dari
rebungnya”. Penerapan nilai-nilai murni dalam mata pelajaran Pendidikan Moral
dan Pendidikan Islam di peringkat sekolah akan dapat mendedahkan para pelajar
tentang norma hidup masyarakat yang berkiblatkan kasih sayang dan perpaduan. Hal
ini secara implisitnya dapat menyemai nilai murni dan ajaran agama yang kukuh
dalam jiwa pelajar agar mengelakkan diri daripada terjebak dalam kes jenayah.
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan sejak tahun 2004 oleh
pihak kerajjan, yang berobjektifkan melahirkan modal insan yang berintegriti
juga merupakan langkah yang efisien dalam memupuk semangat kekitaan dan
perpaduan dalam kalangan generasi muda. Dengan adanya pendekatan psikologi ini,
pelajar akan meletakkan perpaduan dan keamanan negara sebagai keutamaan. Hal ini
penting dalam mengurangkan masalah jenayah dalam kalangan
masyarakat.
Secara tuntasnya, masalah jenayah yang semakin menjadi-jadi
perlu diatasi sebelum nasi menjadi bubur. Berleluasanya kes jenayah seperti
pembunuhan kejam adik Nurul Jazlin Jazimin, 8 tahun yang mati akibat didera
secara seksual dan fizikal serta kes kehilangan adik Sharlinie Mohamad Nasyar
hanya akan menggugat dan menjejaskan imej Malaysia sebagai negara yang aman dan
sejahtera. Justeru, rakyat perlu lebih proaktif dan berganding bahu dengan pihak
kerajaan bagi aur dengan tebing bagi membanteras jenayah di negara kita.
merit casino【Malaysia】best no deposit bonus codes
ReplyDeletemerit 메리트 카지노 주소 casino,【WG98.vip】⚡,best no deposit bonus codes,best no deposit bonus codes,best no deposit bonus 샌즈카지노 codes,latest no deposit free bet casinos. starvegad