Dunia yang semakin maju pada hari ini menuntut bidang terknologi turut
berkembang. Internet mejadi suatu kemestian dalam kehidupan masyarakat moden.
Pelbagai faedah boleh diperoleh daripada penggunaan internet. Sebagai contoh,
pelbagai maklumat, informasi dan berita dapat diperoleh dengan melayari
internet. Sesuatu maklumat itu bukan sahaja boleh diperoleh dalam beberapa saat
sahaja malah hanya dengan sekali klik. Bagaimanapun, disebalik manfaat internet
ini masih terdapat sesetengah pihak menjadikan internet sebagai medan untuk
melakukan jenayah. Perbuatan jenayah di alam maya ini dikenali sebagai jenayah
siber.
Penipuan merupakan salah satu jenayah siber. Penipuan di alam maya
berlaku apabila seseorang memalsukan atau menciplak sesuatu maklumat tertentu.
Misalnya, terdapat pihak – pihak yang mengambil kesempatan dengan menciplak
laman web perbankan. Penipuan siber ini cukup mudah kerana hanya memerlukan
internet dan perisian pelayar sahaja. Oleh itu, tidak hairanlah penipuan melalui
internet ini boleh mencecah jutaan ringgit nilainya.
Selain itu,
perjudian secara maya juga merupakan satu jenayah. Tidak seperti perjudian yang
biasa, perjudian secara maya menjadi jenayah siber kerana tidak berdaftar.
Apabila hal ini terjadi maka risiko hilang wang pertaruhan dan penipuan adalah
tinggi.
Kecurian maklumat, lebih- lebih lagi maklumat peribadi boleh
terjadi di alam siber. Hal ini boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada
bahaya. Kes kecurian maklumat seperti ini terjadi apabila pengguna internet
tidak berhati – hati dengan maklumat peribadi mereka.
Salinan data secara
tidak sah kerap berlaku dalam alam maya. Apabila sesuatu itu dilakukan secara
tidak sah maka secara automatiknya perbuatan ini diklasifikasikan sebagai
jenayah. Kebenaran bagi menyalin data daripada sumber internet adalah perlu dari
segi undang – undang. Sekiranya tiada kebenaran yang diperoleh, maka perbuatan
ini dianggap sebagai jenayah kerana menyalin data tanpa
kebenaran.
Pornografi turut dikelaskan sebagai jenayah siber. Malah,
sebarang perbuatan pornografi adalah dilarang dan melaggar undang – undang. Hal
ini disebabkan pornografi tidak sesuai dengan masyarakat dan budaya Timur.
Pornografi siber berlaku apabila foto – foto yang melampau seperti gambar bogel
dimasukkan dalam internet untuk paparan umum. Walaupun pemilik foto meletakkan
gambar tersebut dengan kerelaan hati namun tindakan ini tetap dianggap jenayah.
Bagaimanapun, dalam sesetengah kes foto – foto pornografi ini dimasukkan tanpa
pengetahuan pemiliknya. Oleh itu, timbul pula isu
penganiayaan.
Pengintipan berlaku apabila hak peribadi seseorang
diceroboh dan perbuatan ini dilakukan tanpa pengetahuan orang yang diintip.
Pengintipan siber boleh dilakukan dengan alat berteknologi tinggi. Kebiasaannya,
pengintip adalah seorang yang professional dan mahir dengan alat berteknologi
canggih seperti kamera litar tertutup.
Bagi mendapatkan talian internet
atau memasuki sesuatu sistem, kadang – kala seseorang itu sanggup mendapatkan
capaian yang tidak sah. Hal ini terjadi apabila seseorang itu cuba memasuki
sistem tanpa megikut prosedur yang ditetapkan. Kebiasaannya, system seperti ini
telah dipaten dan sah dari segi undang – undang. Oleh itu, sebarang perbuatan
mendapatkan capaian secara tidak sah adalah salah di sisi undang –
undang.
Mengganggu atau merosakkan sesuatu sistem juga merupakan jenyah
siber. Hal ini disebabkan perbuatan seumpama ini dianggap penganiayaan atau
sabotaj terhadap sistem yang sah. Gangguan atau kerosakan sistem akan
menhakibatkan sistem tersebut lumpuh dan seterusnya gagal untuk berfungsi.
Skim cepat kaya juga wujud secara maya. Skim seperti ini sangat licik
dalam menipu orang ramai. Tawaran hebat dan menarik menjadi aset untuk menarik
perhatian orang ramai. Oleh yang demikian, skim ini dianggap jenayah siber.
Penyebaran virus merupakan jenayah siber yang paling terkenal. Hal ini
disebabkan penyebaran virus dalam internet kerap berlaku. Pelbagai cara diambil
bagi mengatasi masalah ini seperti memperbaharui anti - virus. Bagaimanapun,
penyebaran virus juga sentiasa ada yang terbaru.
Di samping itu,
penggodam juga merupakan jenayah siber yang sangat terkenal dikalangan pengguna
internet. Menggodam adalah memasuki sesuatu sistem tanpa melalui kod
keselamatan. Perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang mahir dan
pakar tentang komputer dan internet kerana bukan mudah untuk menggodam sesuatu
sistem. Perbuatan ini boleh menjadi sesuatu yang bahaya kerana penggodam bukan
sahaja boleh mengetahui maklumat sulit sesebuah syarikat malah maklumat sulit
orang perseorangan.
Kesimpulannya, jenayah siber juga merupakan masalah
sosial kerana berkaitan dengan tingkah laku manusia. Bagaimanapun, perbuatan ini
sukar dibendung kerana kesukaran mengenal pasti penjenayahnya. Sungguhpun
begitu, usaha kerajaan dalam mengekang perbuatan ini dapat dilihat dengan
penguatkuasaan undang – undang seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan
1984.
No comments:
Post a Comment