Peningkatan kadar jenayah di negara ini yang semakin bertambah memerlukan
komitmen semua pihak bagi menanganinya. Ketenteraman kehidupan masyarakat
tergugat akibat kejadian jenayah yang semakin mengancam ini. Jenayah penculikan
kanak-kanak merupakan antara kes jenayah yang kian meningkat. Hilangnya perasaan
kasih sayang dan belas kasihan menyebabkan perkara ini berlaku. Kecuaian ibu
bapa atau penjaga kanak-kanak dan sikap orang awam yang tidak mempedulikan
perkara yang berlaku di sekeliling mereka menyebabkan jenayah ini semakin
bertambah. Pelbagai pihak perlu mencari jalan penyelesaian agar jenayah yang
meragut kebahagiaan dan keharmonian rakyat ini dibanteras dengan secepatnya.
Antara pihak yang seharusnya memainkan peranan dalam usaha membanteras
jenayah ini ialah ibu bapa. Hal ini demikian kerana ibu bapalah insan yang
terdekat dengan anak-anak. Institusi kekeluargaan perlu diteguhkan dengan ibu
bapa mengambil sikap sentiasa berwaspada terhadap setiap pergerakan anak-anak
mereka. Selain mendidik anak-anak dengan sahsiah yang terpuji, ibu bapa perlu
mengingatkan anak-anak tentang musibah yang akan berlaku akibat kecuaian diri
sendiri. Anak-anak perlu didedahkan dengan keselamatan diri, bukan sahaja di
jalan raya, bahkan sentiasa berwaspada dengan gejala penculikan. Ibu bapa juga
bertanaggungjawab untuk sentiasa memerhatikan anak-anak dan bersama-sama mereka
apabila berada di luar kawasan rumah. Kanak-kanak memang mudah terpengaruh oleh
persekitaran di sekeliling mereka.
Saranan kerajaan kepada pihak sekolah
agar memasang televisyen litar tertutup dapat memantau pergerakan kanak-kanak di
sekolah dan di kawasan sekitar sekolah. Pihak sekolah,terutamanya guru-guru
perlu sentiasa peka dan memerhatikan murid-murid di luar kawasan sekolah,
terutamanya sewaktu mereka pulang dari sekolah agar masalah penculikan tidak
berlaku. Pesanan dan nasihat daripada guru-guru perlu sering diperingatkan
kepada murid-murid agar mereka tidak alpa akan keselamatan diri sendiri.
Murid-murid hendaklah menunggu ketibaan ibu bapa di kawasan yang selamat seperti
di dalam kawasan sekolah dan di kawasan yang mudah dilihat oleh orang ramai.
Selain itu, murid-murid dinasihatkan agar bergerak di dalam kumpulan dan tidak
mendekati orang yang tidak dikenali.
Di samping itu, pertubuhan rukun
tetangga juga dapat menolong dalam usaha mengatasi jenayah penculikan
kanak-kanak dengan membantu pihak polis memantau kawasan sekitar daripada
berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Rukun tetangga yang tidak aktif
perlu dihidupkan semula. Kini ahli rukun tetangga mencecah kepada 80 000 orang
di seluruh negara. Pelbagai inisiatif seperti cuti dan elaun rondaan diberikan
kepada ahli rukun tetangga yang bertugas. Masyarakat harus berperanan menjaga
keselamatan bukan sahaja kanak-kanak, malahan keselamatan keseluruhan ahli
masyarakat dalam sesuatu kawasan yang dikawal oleh ahli rukun tetangga tersebut.
Meskipun kebanyakan aktiviti rukun tetangga tidak memberikan apa-apa ganjaran
dalam bentuk kewangan, namun kesannya amat besar dalam menjaga keselamatan
penduduk setempat. Kerjasama semua anggota masyarakat dapat menjamin suasana
kehidupan yang lebih harmonis.
Kejadian jenayah dalam apa-apa bentuk
sekalipun perlu ditangani dengan segera. Bantuan orang ramai dengan memberikan
maklumat kepada polis akan memudahkan penjenayah dikesan dan diambil tindakan
yang sewajarnya. Undang-undang negara yang telah diperuntukkan sudah mencukupi
untuk mengatasi masalah ini. Namun, undang-undang sahaja tidak dapat
dilaksanakan sekiranya penjenayah tidak dapat ditangkap untuk diadili.
Seharusnya, penjenayah yang melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak yang tidak
berdosa ini dihukum dengan sewajarnya.
Friday, 20 July 2012
ARTIKEL:PENCULIKAN KANAK KANAK
Remaja Malaysia bersama UNICEF untuk kempen A.S.A.P 4 Children
Para remaja berkempen untuk menjadikan kawasan Lembah Klang lebih selamat untuk kanak-kanak.
KUALA LUMPUR, 3 Mac 2008 – Satu pasukan dinamik yang terdiri daripada remaja-remaja Malaysia kini menggunakan bakat dan komitmen mereka dengan Tabung Kanak-kanak Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) untuk Kempen A.S.A.P. 4 Children yang membawa mesej-mesej keselamatan kanak-kanak di sekitar kawasan Lembah Klang.
Ia marupakan hasil pemikiran 31 orang pelajar semester ke-empat dari Kolej Taylor, Fakulti Kewartawanan, Pengiklanan, dan Hubungan Awam, iaitu “Abduction: Social Alert Project 4 Children” merupakan sabuah kempen yang telah diadakan selama sebulan setengah sebagai maklumbalas terhadap peningkatan kes-kes penculikan kanak-kanak yang telah memberi kejutan kepada negara ini.
“Kita telah memilih tema 'Penculikan Kanak-kanak' kerana terdapatnya peningkatan keganasan yang mendadak terhadap kanak-kanak di dalam masyarakat. Ibu bapa bukan sahaja merasa bimbang terhadap keselamatan anak-anak mereka, tetapi masyarakat secara keseluruhan amat bimbang dengan peningkatan keganasan di kawasan di mana kanak-kanak bermain dan tinggal,” kata pengurus kempen ini, iaitu Fareeza Ilyana, 20 tahun yang mengambil kursus hubungan awam.
Tidak lama dulu, mayat Nurin Jazlin yang telah didera, yang berumur lapan tahun telah ditemui di dalam sebuah beg. Gadis kecil yang cantik ini telah diculik kepada berjalan di sekitar pasar malam berdekatan dengan rumahnya. Nasib malang yang ditimpa Nurin ini bukanlah yang pertama, seperti yang telah terbukti tidak berapa lama selepas itu, dan bukannya yang terakhir dari beberapa siri penculikan kanak-kanak yang telah memberi kejutan di negara ini.
Pada awal bulan Januari 2008, seorang budak perempuan yang berumur enam tahun telah diculik berdekatan dengan rumahnya di Taman Medan setelah berjaya dipujuk dengan janji-janji untuk bermain dengan kucing dan burung oleh seorang lelaki yang bermotosikal. Tetapi dia bernasib baik, kerana dia telah dilepaskan tiga jam kemudian di kawasan Wangsa Maju. Namun begitu, Sharlinie Mohd Nashar pula yang telah diculik selepas itu dan kini masih hilang.
Wakil UNICEF Malaysia En. Youssouf Oomar mengalu-alukan inisiatif remaja ini sebagai maklumbalas yang amat berharga untuk mengatakan tidak kepada keganasan terhadap kanak-kanak.
“Kempen ini amat penting, terutama sekali kepada UNICEF dan kerja-kerja yang kami lakukan untuk kanak-kanak. Ia memang suatu yang membanggakan apabila golongan muda sendiri telah mengambil langkah untuk bersuara dan bertindak untuk program-program bagi diri mereka sendiri dan kanak-kanak,” terang En. Oomar. “Tidak ada yang lebih bermakna kepada UNICEF daripada melihat golongan muda melibatkan diri di dalam isu-isu yang memberi kesan kepada mereka.”.
Kempen A:S.A.P. 4 Children akan menggunakan sepenuhnya aktiviti-aktiviti yang interaktif dan seronok untuk mendidik kanak-kanak tentang keselamatan diri yang asas serta pada masa yang sama meningkatkan kesedaran dikalangan keluarga tentang kepentingan tahap keselamatan yang lebih tinggi untuk kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kempen ini termasuklah:
- Buku cerita mewarna “Bahaya Orang yang Tidak Dikenali” (Stranger Danger) untuk mengajar kanak-kanak tentang keselamatan diri mereka. Buku ini akan diedarkan di pameran Smart Kids di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 21 – 23 Mac 2008.
- Program The Kindergarten Adoption akan membawa ‘roadshow’ keselamatan kanak-kanak di lima buah taman didikan kanak-kanak di daerah Petaling Jaya.
- Blog rasmi A:S.A.P 4 Children (http://www.asap4children.blogspot.com/) adalah bertujuan untuk menggerakkan maklumbalas yang positif daripada orang ramai untuk menghentikan keganasan terhadap kanak-kanak di dalam masyarakat.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Utusan Malaysia telah memberi sokongan kepada acara ini sehingga kini dengan menerbitkan 1,000 buah naskhah buku cerita mewarna tersebut secara percuma untuk diedarkan kepada orang ramai.
Fareeza yang amat bimbang dengan situasi ini percaya bahawa semua orang, termasuklah golongan muda mempunyai peranan yang boleh dimainkan di dalam menghentikan sikap tidak peduli terhadap keselamatan kanak-kanak yang mungkin masih wujud di dalam masyarakat masa kini.
“Kita tidak boleh mengambil ringan terhadap keselamatan kanak-kanak. Kita perlu mendidik orang ramai tentang amalan asas keselamatan kanak-kanak dengan segera.Ini termasuklah mengetahui di mana anak anda berada setiap masa, begitu juga dengan mereka yang berhubungan dengan anak anda,” tambah Fareeza.
CONTOH ESEI:GEJALA RASUAH
Rasuah dilihat semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat Malaysia kini. Ia
dilihat sebagai masalah sosial yang semakin hari semakin parah. Setiap hari ada
sahaja berita yang melaporkan tentang gejala rasuah ini. Perkataan rasuah
berasal daripada perkataan Arab iaitu l-risywah. Di dalam al-Quran, rasuah
digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain
seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Dalam al-Quran sendiri telah
mendifinisikan perkataan rasuah ini adalah berkaitan dengan sesuatu yang tidak
baik dan dilaknat.
Secara amnya, rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah bagi kepentingan dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperolehi kehendaknya itu. Ini bermaksud, kuasa yang telah diberikan kepadanya akan disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri. Mereka juga lebih cenderung bersikap pilih kasih dan bermuka-muka dalam setiap tindakan bagi mengelak daripada perbuatannya di ketahui umum.
Di Malaysia, dari segi undang-undang, segala perkataan yang membawa maksud kepada memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Kes-kes rasuah biasanya membabitkan pihak-pihak yang mempunyai kuasa untuk menentukan atau meluluskan sesuatu perkara. Masalah rasuah di Malaysia sememangnya semakin menjadi-jadi. Banyak kes-kes dilaporkan yang membabitkan rasuah. International Transparency telah mendedahkan indeks persepsi rasuah global pada tahun 2009. Mengikut laporan berkenaan, kedudukan Malaysia adalah ditangga ke 56 berbanding 180 negara. Ini dapat membuktikan betapa parahnya masalah rasuah di negara kita.
Punca penglibatan
Terdapat pelbagai punca yang membolehkan seseorang cenderung untuk melakukan jenayah ini. Antaranya adalah disebabkan oleh individu itu sendiri. Maksudnya, individu yang mempunyai keperibadian yang lemah seperti kurangnya iman dan bersifat meterialistik. Secara logiknya, seseorang itu sememangnya mengetahui bahawa rasuah adalah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi sanggup melakukannya dengan seribu satu alasan peribadi.. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.
Selain itu, rasuah ini disebabkan daripada kelemahan kepimpinan dalam sesebuah organisasi. Sesebuah organisasi seharusnya mempunyai pemimpin yang tegas, telus dan adil dalam menjalankankan segala operasi organisasinya. Ini bagi memastikan organisasi dapat menghindari masalah dalaman yang berpunca dari pucuk pimpinan itu sendiri. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lambat dalam menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya gejala rasuah ini
Rasuah juga berpunca daripada sosial dan budaya yang telah diterapkan dalam masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, masyarakat majmuk di Malaysia sering mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Jadi, mereka yang memberi dan menerima rasuah akan merasakan kegiatan mereka adalah sesuatu perkara biasa atau perkara normal di mata masyarakat.
Disamping itu, arus permodenan yang berlaku kini juga menjadi antara penyebab utama gejala rasuah ini semakin berleluasa. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan menyebabkan masyarakat memandang mudah terhadap masalah rasuah ini. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya. Contohnya adalah kontraktor- kontraktor sanggup melakukan jenayah rasuah ini bagi mendapatkan tender sesuatu projek.
Kesan penyalahgunaan rasuah
Rasuah sememangnya akan mendatangkan banyak masalah. Bukan sahaja terhadap individu yang melakukannya, bahkan kepada masyarakat sekeliling dan lebih parah apabila mula melibatkan negara kita. Kegiatan rasuah boleh melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Pentadbiran sesebuah negara juga boleh menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia boleh menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Akhirnya boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. Contohnya, di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak dapat dikawal lagi.
Langkah_langkah mengatasi
Melihat kepada akibat daripada amalan rasuah ini, langkah-langkah membanteras perlu dilakukan dengan tegas dan konsisten. Semua pihak harus bekerjasama bagi menjayakan langkah pencegahan ini. Antaranya adalah dengan komitment masyarakat. Masyarakat perlu peka terhadap masalah rasuah yang berlaku di negara ini. Masyarakat perlu ada jatidiri yang kuat untuk menghindarkan diri dari melakukan rasuah. Selain itu, Peranan ibubapa dalam didikan agama dan moral tentang keburukan terhadap perlakuan rasuah perlu diterapkan ke dalam diri anak-anak sejak kecil lagi supaya gejala rasuah ini tidak wujud dalam generasi akan datang.
Kerajaan juga memperlihatkan kesungguhan untuk membanteras gejala rasuah ini. Kerajaan telah mewujudkan sebuah badan untuk membanteras masalah rasuah ini yang dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) bagi membuat siasatan yang lebih mendalam atau membanteras masalah ini hingga ke akar umbi. Kerajaan juga telah meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman bagi sesiapa yang terlibat dalam rasuah ini. Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara.
Kesimpulan
Kesimpulannya, masyarakat perlu sedar akan bahaya serangan penyakit sosial yang telah melanda dunia sejak sekian lama ini. Malah penularan penyakit ini dilihat semakin menjadi-jadi dinegara kita. Tanpa sedar, masalah ini boleh menyebabkan negara menjadi huru-hara dan timbul banyak masalah. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama dalam membanteras masalah ini supaya dapat memupuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab, amanah dan ikhlas. Akhirnya, kita dapat membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

ISU SEMASA:Wabak Acute Gastroenteritis (AGE)
Wabak Acute Gastroenteritis (AGE)
Sebanyak 2,236 kes dengan dua kematian dilaporkan berlaku akibat cirit-birit atau wabak acute gastroenteritis (AGE) yang menyerang daerah Hilir Perak dan Batang Padang dalam tempoh dua minggu lalu.
Katanya sehingga semalam, seramai 19 pesakit AGE dari Hilir Perak masih dirawat di Hospital Teluk Intan dan tujuh orang dari Batang Padang dirawat di Hospital Tapah. Keadaan mereka kini dilaporkan stabil. Kematian dipercayai berpunca daripada renjatan akibat kekurangan air dalam badan.
Beliau berkata, Jabatan Kesihatan negeri memandang serius wabak itu dan telah mengambil langkah-langkah pencegahan dan pengawalan yang berterusan untuk memastikan kes cirit-birit tersebut dapat dibendung.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, kedua-dua kes kematian itu berlaku di daerah Hilir Perak yang melibatkan bayi berusia 10 bulan dan dua bulan.
Katanya, daerah tersebut juga mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,397 kes dan selebihnya di Batang Padang khususnya di Tapah dan Bidor.Katanya sehingga semalam, seramai 19 pesakit AGE dari Hilir Perak masih dirawat di Hospital Teluk Intan dan tujuh orang dari Batang Padang dirawat di Hospital Tapah. Keadaan mereka kini dilaporkan stabil. Kematian dipercayai berpunca daripada renjatan akibat kekurangan air dalam badan.
Menurut Hang Soon, berdasarkan kajian yang dijalankan, hampir separuh daripada kes tersebut melibatkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
Ujian makmal yang dijalankan ke atas pesakit menerusi pengambilan sampel najis bagi menguji kehadiran virus dan bakteria pula mendapati hampir semua virus tidak mengandungi bakteria tetapi 18 daripada 39 sampel yang diuji mengandungi Rotavirus.Beliau berkata, Jabatan Kesihatan negeri memandang serius wabak itu dan telah mengambil langkah-langkah pencegahan dan pengawalan yang berterusan untuk memastikan kes cirit-birit tersebut dapat dibendung.
Antara langkah pencegahan termasuklah melakukan pemeriksaan di premis menjual makanan dan minuman di sekitar daerah berkenaan, mengadakan pendidikan kesihatan melalui risalah dan poster selain pemantauan berterusan kualiti air minuman bersama Lembaga Air Perak (LAP).
Dia ingin menjelaskan, walaupun mempunyai simptom jangkitan yang sama iaitu cirit-birit, wabak AGE tidak sama dengan wabak kolera.
Hang Soon turut menasihatkan orang ramai supaya mengutamakan kebersihan khususnya dalam penyediaan makanan sebagai langkah pencegahan. Selain itu, bagi individu yang mengalami simptom seperti cirit-birit, muntah, sakit perut dan sakit kepala diminta segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di hospital.
Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak berasa panik kerana penularan wabak tersebut masih berada pada tahap terkawal.
Sumber: Berita Harian
CONTOH ESEI:JENAYAH SIBER
Dunia yang semakin maju pada hari ini menuntut bidang terknologi turut
berkembang. Internet mejadi suatu kemestian dalam kehidupan masyarakat moden.
Pelbagai faedah boleh diperoleh daripada penggunaan internet. Sebagai contoh,
pelbagai maklumat, informasi dan berita dapat diperoleh dengan melayari
internet. Sesuatu maklumat itu bukan sahaja boleh diperoleh dalam beberapa saat
sahaja malah hanya dengan sekali klik. Bagaimanapun, disebalik manfaat internet
ini masih terdapat sesetengah pihak menjadikan internet sebagai medan untuk
melakukan jenayah. Perbuatan jenayah di alam maya ini dikenali sebagai jenayah
siber.
Penipuan merupakan salah satu jenayah siber. Penipuan di alam maya berlaku apabila seseorang memalsukan atau menciplak sesuatu maklumat tertentu. Misalnya, terdapat pihak – pihak yang mengambil kesempatan dengan menciplak laman web perbankan. Penipuan siber ini cukup mudah kerana hanya memerlukan internet dan perisian pelayar sahaja. Oleh itu, tidak hairanlah penipuan melalui internet ini boleh mencecah jutaan ringgit nilainya.
Selain itu, perjudian secara maya juga merupakan satu jenayah. Tidak seperti perjudian yang biasa, perjudian secara maya menjadi jenayah siber kerana tidak berdaftar. Apabila hal ini terjadi maka risiko hilang wang pertaruhan dan penipuan adalah tinggi.
Kecurian maklumat, lebih- lebih lagi maklumat peribadi boleh terjadi di alam siber. Hal ini boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada bahaya. Kes kecurian maklumat seperti ini terjadi apabila pengguna internet tidak berhati – hati dengan maklumat peribadi mereka.
Salinan data secara tidak sah kerap berlaku dalam alam maya. Apabila sesuatu itu dilakukan secara tidak sah maka secara automatiknya perbuatan ini diklasifikasikan sebagai jenayah. Kebenaran bagi menyalin data daripada sumber internet adalah perlu dari segi undang – undang. Sekiranya tiada kebenaran yang diperoleh, maka perbuatan ini dianggap sebagai jenayah kerana menyalin data tanpa kebenaran.
Pornografi turut dikelaskan sebagai jenayah siber. Malah, sebarang perbuatan pornografi adalah dilarang dan melaggar undang – undang. Hal ini disebabkan pornografi tidak sesuai dengan masyarakat dan budaya Timur. Pornografi siber berlaku apabila foto – foto yang melampau seperti gambar bogel dimasukkan dalam internet untuk paparan umum. Walaupun pemilik foto meletakkan gambar tersebut dengan kerelaan hati namun tindakan ini tetap dianggap jenayah. Bagaimanapun, dalam sesetengah kes foto – foto pornografi ini dimasukkan tanpa pengetahuan pemiliknya. Oleh itu, timbul pula isu penganiayaan.
Pengintipan berlaku apabila hak peribadi seseorang diceroboh dan perbuatan ini dilakukan tanpa pengetahuan orang yang diintip. Pengintipan siber boleh dilakukan dengan alat berteknologi tinggi. Kebiasaannya, pengintip adalah seorang yang professional dan mahir dengan alat berteknologi canggih seperti kamera litar tertutup.
Bagi mendapatkan talian internet atau memasuki sesuatu sistem, kadang – kala seseorang itu sanggup mendapatkan capaian yang tidak sah. Hal ini terjadi apabila seseorang itu cuba memasuki sistem tanpa megikut prosedur yang ditetapkan. Kebiasaannya, system seperti ini telah dipaten dan sah dari segi undang – undang. Oleh itu, sebarang perbuatan mendapatkan capaian secara tidak sah adalah salah di sisi undang – undang.
Mengganggu atau merosakkan sesuatu sistem juga merupakan jenyah siber. Hal ini disebabkan perbuatan seumpama ini dianggap penganiayaan atau sabotaj terhadap sistem yang sah. Gangguan atau kerosakan sistem akan menhakibatkan sistem tersebut lumpuh dan seterusnya gagal untuk berfungsi.
Skim cepat kaya juga wujud secara maya. Skim seperti ini sangat licik dalam menipu orang ramai. Tawaran hebat dan menarik menjadi aset untuk menarik perhatian orang ramai. Oleh yang demikian, skim ini dianggap jenayah siber.
Penyebaran virus merupakan jenayah siber yang paling terkenal. Hal ini disebabkan penyebaran virus dalam internet kerap berlaku. Pelbagai cara diambil bagi mengatasi masalah ini seperti memperbaharui anti - virus. Bagaimanapun, penyebaran virus juga sentiasa ada yang terbaru.
Di samping itu, penggodam juga merupakan jenayah siber yang sangat terkenal dikalangan pengguna internet. Menggodam adalah memasuki sesuatu sistem tanpa melalui kod keselamatan. Perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang mahir dan pakar tentang komputer dan internet kerana bukan mudah untuk menggodam sesuatu sistem. Perbuatan ini boleh menjadi sesuatu yang bahaya kerana penggodam bukan sahaja boleh mengetahui maklumat sulit sesebuah syarikat malah maklumat sulit orang perseorangan.
Kesimpulannya, jenayah siber juga merupakan masalah sosial kerana berkaitan dengan tingkah laku manusia. Bagaimanapun, perbuatan ini sukar dibendung kerana kesukaran mengenal pasti penjenayahnya. Sungguhpun begitu, usaha kerajaan dalam mengekang perbuatan ini dapat dilihat dengan penguatkuasaan undang – undang seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984.

KERATAN AKHBAR:JENAYAH SIBER
Perkongsian Maklumat Kukuhkan Pertahanan Siber Malaysia
Bagaimanapun dalam era perkembangan pesat teknologi siber dewasa ini, senjata terhebat dan tentera terbaik masih belum mampu memastikan sesebuah negara itu kebal daripada serangan penjenayah siber.
Mahu atau tidak mahu, kerjasama antara negara adalah perlu bagi mengekang perbuatan dangkal penjenayah siber dan satu daripada bentuk kerjasama paling penting ialah perkongsian maklumat antara negara-negara di dunia.
'Jika berkongsi tentu maklumat bocor dan diketahui orang lain,' adalah persepsi biasa orang ramai berhubung perkongsian maklumat ini tetapi pendapat pakar teknologi maklumat adalah sebaliknya.
Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Ramlan Mahmod berkata, perkongsian itu penting kerana bilangan negara yang kecil menghadkan maklumat diperoleh bagi pencarian dan pengesanan penjenayah siber.
MENGUKUHKAN PERTAHANAN SIBER
"Asasnya adalah pertahanan siber sama seperti pertahanan ketenteraan, melibatkan banyak aspek pengoperasian seperti pencegahan, pertahanan, pengesanan, pengintipan dan penyerangan," katanya dalam satu temubual eksklusif.
Beliau berkata pertahanan siber adalah satu sistem tersendiri yang berfungsi sama dengan pertahanan ketenteraan bezanya ia di dunia siber dan seperti pertahanan kententeraan, kerjasama atau 'alliance' antara negara penting dalam mengukuhkan pertahanan siber negara itu.
Penubuhan Global Cyber Security Alliance (GCSA) diumumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada 23 Ogos lepas adalah langkah bijak kerajaan dalam mengukuhkan pertahan siber Malaysia.
"Seperti dilaporkan dalam akhbar matlamat GCSA ialah mengukuhkan keselamatan siber bagi mengekang ancaman penggodam melalui perkongsian maklumat di kalangan negara anggota," katanya.
Dr Ramlan berkata dengan kerjasama itu keselamatan siber dalam kalangan negara anggota dapat dipertingkatkan dan seterusnya dapat mencegah jenayah itu 'berjangkit' antara negara anggota.
ENAM IMPAK GCSA
Pengukuhan pertahanan siber negara adalah impak pertama daripada enam impak penubuhan GCSA dan impak kedua, lebih banyak operasi penguatkuasaan undang-undang berkaitan jenayah siber diadakan dalam kalangan negara anggota.
Beliau berkata impak ketiga ialah perkongsian 'good practice' dan maklumat berkaitan teknik dan metodologi baru dalam mencegah jenayah siber.
Dr Ramlan berkata penubuhan GCSA juga mampu meningkatkan kecekapan, kepantasan dan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang melibatkan negara luar yang memerlukan kerja forensik digital, iaitu impak keempat.
"Dalam kes tertentu bahan bukti digital mungkin perlu diperoleh daripada negara luar maka kerjasama dari kalangan negara anggota mahupun bukan anggota adalah penting," katanya.
Beliau berkata impak kelima peningkatan kesedaran dan pemahaman tentang kesan jenayah siber dalam kalangan semua lapisan masyarakat termasuk organisasi kerajaan dan syarikat perniagaan.
Katanya impak keenam memberikan amaran atau melakukan tindakan yang bersesuaian kepada negara dikenalpasti menjadi sumber kepada jenayah siber.
KERJASAMA LEBIH MELUAS
Dr Ramlan berpendapat GCSA perlu mengadakan kerjasama dengan organisasi yang mempunyai matlamat sama seperti The International Cyber Security Alliance (ICSPA) bagi memperluas usaha membanteras jenayah siber secara global.
"Saya mencadangkan kerjasama ini kerana kedua-duanya mempunyai matlamat sama meningkatkan keselamatan siber dan kerjasama itu mampu mengiatkan usaha perkongsian ilmu dan kepakaran ICT di kalangan anggota GCSA dan ICSPA," katanya.
Beliau berkata perkongsian ilmu dan kepakaran itu memainkan peranan penting sebagai pemangkin memajukan sektor ICT dalam kalangan negara anggota khususnya Malaysia.
Katanya, ICSPA yang ditubuhkan pada 5 Julai tahun ini dianggotai lebih 20 negara Eropah, Amerika Syarikat dan organisasi perniagaan seluruh dunia.
"Jenayah siber adalah masalah global maka usaha harus dibuat untuk membuka keanggotaan kepada seberapa banyak mungkin negara di dunia ini sama ada negara maju seperti Amerika Syarikat atau negara Eropah mahupun negara membangun," katanya.
TIADA KEBOCORAN MAKLUMAT
Pensyarah Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Aziz Deraman berkata kebocoran maklumat seperti dibimbangi orang ramai tidak seharusnya berlaku antara anggota GCSA.
"Ini kerana perkongsian maklumat biasanya diasaskan berdasarkan perjanjian atau etika tertentu. Maklumat keselamatan yang dikongsi pula biasanya bertumpu kepada maklumat penjenayah siber. Data biasanya tidak melibatkan data negara tertentu," katanya.
Beliau berkata GCSA sememangnya memperoleh faedah sekiranya disertai negara maju bagaimanapun Malaysia perlu menerajui GCSA dan kawalan GCSA perlu berada di tangan Malaysia.
Katanya dalam pembangunan produk ICT, GCSA mampu menjadi satu agensi jaminan kualiti produk yang dihasilkan Malaysia khususnya berkaitan keselamatan data dan perisian.
Pensyarah FSKTM UPM Prof Madya Dr S Shamala berkata GCSA mampu memberi perlindungan kepada individu yang menggunakan jaringan komputer pada tahap amat menyeluruh dengan perkongsian maklumat antara negara anggotanya.
"Ini boleh diterangkan dengan telefon bimbit, dulu bila kad prepaid tidak didaftar kita ada banyak masalah, bila kerajaan menguatkuasakan pendaftaran kita dapat mengesan dengan mudah siapa menyalahguna perkhidmatan itu, pendaftaran itu satu bentuk perkongsian maklumat keselamatan," katanya.
ARTIKEL JENAYAH SIBER
Jerat jenayah siber
LAPORAN terkini dikeluarkan pihak CyberSecurity menunjukkan kadar jenayah siber di negara ini meningkat sehingga 88 peratus pada tahun lalu berbanding hanya 8.090 kes pada tahun sebelumnya. Itu kes yang dilaporkan. Mungkin banyak lagi yang tidak dilaporkan dan jika diamati pasti jumlah berkenaan amat membimbangkan semua pihak.
Ibu bapa tidak tahu 25 peratus kanak-kanak dan remaja berbual dengan orang yang tidak dikenali dan hanya empat daripada 10 ibu bapa saja yang mengetahui apa yang dicari anak di internet. - Aminah Abdul Rahman, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)Paling membimbangkan, isu jenayah siber mengheret pelbagai peringkat usia, termasuk kanak-kanak dan remaja ke kancah berkenaan sehingga boleh meruntuhkan integriti generasi muda jika tidak dikekang.
Kira-kira 90 peratus daripada 8.5 juta kanak-kanak dan remaja berusia lima hingga 18 tahun terdedah dengan gejala negatif dunia siber manakala 94 peratus pengguna internet di Malaysia adalah remaja.
Malah, laporan di akhbar tempatan, kebanyakan kes jenayah siber membabitkan remaja sekolah menengah hingga ke peringkat universiti sedang mereka sepatutnya mengetahui mengenai nilai kendiri yang perlu ada untuk melindungi diri daripada jenayah itu.
Ibu bapa mungkin tidak menduga perkara itu dan menganggap anak mereka bebas gejala terbabit. Namun, natijahnya amat menggerunkan kerana ia berkaitan akhlak remaja generasi kini yang sewajarnya ditatang dengan baik untuk mewarisi pemimpin, pada masa depan.
Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata bentuk kekeluargaan yang ada di negara ini menyumbang kepada corak integriti yang wujud kini terutama mengenai kebebasan menggunakan kemudahan siber.
Katanya, kepelbagaian bentuk perhubungan melalui dalam talian yang wujud hari ini seperti Facebook (fb), Twitter, Myspace, Youtube dan Yahoo menjadikan Malaysia adalah pengguna kelima tertinggi di Asia Pasifik.
“Ada pelbagai sebab kenapa mereka melayari internet. Antara alasan lazim untuk mendapat maklumat, pendidikan, berkomunikasi, urus niaga membabitkan kewangan, ada juga yang melakukan e-transaksi kerajaan, membeli-belah serta melakukan perkhidmatan awam.
“Sehubungan itu, ibu bapa perlu peka dan tahu apa dilakukan anak ketika mereka melayari internet kerana pelbagai sumber maklumat sama ada negatif atau positif boleh diperoleh dengan mudah,” katanya ketika menyampaikan kertas kerja Keibubapaan Efektif Dalam Menangani Media Baru pada Seminar Pemerkasaan Integriti Keluarga, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah IIM, Tan Sri Datuk Setia Ambrin Buang dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie.
Seminar itu bertujuan membincangkan mengenai pengaruh internet terhadap peneguhan integriti di kalangan generasi muda dengan tema ‘Anak-anak Berintegriti: Jaminan Kesejahteraan Keluarga dan Negara’ dianjurkan bersama Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan LPPKN.
Aminah berkata, 70 peratus ibu bapa tidak sedar anak mereka terdedah kepada pornografi dan 1/3 ibu bapa pula tidak tahu mengenai media sosial yang digunakan anak mereka setiap hari.
“Remaja dan kanak-kanak menghabiskan masa 4.5 jam sehari melayari internet dengan remaja lelaki mendahului remaja perempuan berhubung penggunaan bahan porno di internet. Ibu bapa tidak tahu anak mereka mengguna purata, 19 jam seminggu untuk membuat carian di internet.
“Kajian menunjukkan wujud kesan negatif daripada bentuk media baru ini. Ibu bapa tidak tahu 25 peratus kanak-kanak dan remaja berbual dengan orang yang tidak dikenali dan hanya empat daripada 10 ibu bapa saja yang mengetahui apa yang dicari anak di internet,” katanya.
Sehubungan itu, Aminah menegaskan, pelbagai usaha dilakukan pihak kerajaan bagi membendung gejala keruntuhan moral disebabkan media baru, pada masa sama mengukuhkan integriti dan jati diri remaja serta kanak-kanak di negara ini.
“Modul dirangka kerajaan membabitkan gembleng tenaga banyak pihak seperti ibu bapa dan pihak pentadbir. LPPKN sendiri menerusi program berbentuk kekeluargaan menekankan pembabitan ibu bapa untuk mengatasi gejala negatif ini.
“Antara program diadakan berasaskan Kemahiran Keibubapaan dan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Remaja (PKRS), manakala elemen dalam modul adalah seperti mengawal kendiri remaja supaya tidak terpengaruh dengan unsur negatif dalam internet,” katanya.
Matlamat lain kempen berkenaan memberi kesedaran berhubung penggunaan internet yang selamat kepada pelajar, guru dan ibu bapa, selain beri maklumat lanjut berkenaan isu teknologi serta sosial berkaitan internet.
“Pelajar dan guru patut tahu cara gunakan internet dengan betul termasuk perlindungan dalam penggunaan internet. Penekanan secara holistik berdasarkan prinsip dan nilai murni membantu remaja dan kanak-kanak meneroka alam siber dengan lebih selamat,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Datin Dr Sapora Sipon, berkata internet menyediakan memberi manfaat pengguna terhadap kemudahan kemudahan jaringan yang tersedia, namun jika disalahkan gunakan akan mendatangkan kesan negatif dan menjejaskan integriti diri.
Katanya, ia menjadi media sosial dalam talian, berinteraksi, berbincang dan menciptakan isi meliputi blog, jejaring sosial, wiki, forum dan dunia virtual.
“Andreas Kaplan dan Michael Haenlein mendefinisikan media sosial sebagai satu kelompok aplikasi berasas internet membangun di atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0. Ia memungkinkan penciptaan dan pertukaran kandungan - pengguna - penjana,” katanya pada membentangkan kertas kerja bertajuk Media Sosial: Kebaikan atau keburukan, Perspektif Integriti.
Sapora bersetuju ejen ‘perhubungan’ yang paling kerap digunakan pengguna internet pelbagai usia ialah seperti forum internet, weblog, blog sosial, microblogging, wiki, podcast, foto atau gambar, video dan jumlah akaun pengguna facebook di Malaysia pula hampir mencecah 10 juta.
Dalam erti kata lain, setiap satu daripada tiga rakyat di negara ini mempunyai akaun fb, lantaran bayangkan betapa jaringan perhubungan yang meluas ini di seluruh dunia terbentuk.
Bagaimanapun, tidak semua bijak menapis baik dan buruk, malah ada antaranya
dengan mudah memberi maklumat diri atau peribadi kepada rakan di alam maya tidak dikenali.
“Ada dedahkan alamat rumah, beri butir akaun termasuklah sebarang maklumat yang tidak sepatutnya dikongsi dengan orang yang tidak dikenali.
“Kebaikan blog menjadi tempat perbincangan di ruang komen dari pelbagai lokasi di seluruh dunia ialah ia melatih kemahiran menulis walaupun pelbagai bahasa. Melatih seni kemahiran reka digital, terutama mereka blog, kod atau ‘blog skin.’ Bahkan blog juga menjadi tempat menyampaikan idea, gagasan atau tugasan,” katanya.
Cuma, ibu bapa perlu memantau anak supaya kemudahan yang dijana daripada internet itu diguna dengan tujuan bermanfaat bukan terjerat dengan pelbagai masalah keruntuhan sosial.
Katanya, internet sering dijadikan medan menyampai maklumat palsu, fakta salah dan berunsur fitnah, memburuk-burukkan seseorang seperti tokoh politik atau selebriti, menyebarkan maklumat tidak berguna untuk mendapatkan keuntungan besar daripada iklan di blog.
“Penggunaan internet juga menggalakkan penyamaran dengan tidak memaparkan nama dan wajah sebenar, menyebarkan maklumat lucah, imej porno, fail digital berkaitan maklumat palsu, fakta salah dan berunsur fitnah.
“Bahkan ada memaparkan aib keluarga dengan menulis rasa tidak puas hati di laman fb atau blog dan sepatutnya dielakkan,” katanya.
PENTING:GAGASAN 1 MALAYSIA
1MALAYSIA-Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
1. PENGENALAN
• Cabaran globalisasi yang melanda
seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun strategi
masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi
mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat
Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bergerak seiring
sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah
mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju,
selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.
• Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang
lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus
globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana
Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan Gagasan 1Malaysia
yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Konsep
ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan
yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
• Gagasan 1Malaysia ber tujuan
memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini
sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang
bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Gagasan ini juga, jika dihayati
sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih
aman dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.
2. DEFINISI
• Gagasan 1Malaysia menurut penjelasan
YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: “Kita berdiri, kita berfikir dan
bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan
berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;
Ini bukan bererti kita mengetepikan
dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu
dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan
Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita
keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak
sekian lama”.
2.1 Berdasarkan penjelasan di atas,
dapat dirumuskan kesimpulan berikut :
• Gagasan 1Malaysia menuntut setiap
warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing.
“Kita berdiri, berfikir dan bertindak
sebagai bangsa Malaysia” memberi maksud bahawa rakyat daripada pelbagai kaum
dan agama perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga
perlu melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.
• Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh,
diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga
diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang
menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain,
mereka dituntut melakukan perkara yang sama.
• Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan
melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.
• Nilai tambah dan pembaharuan dalam
Gagasan 1Malaysia. “Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua
kumpulan etnik dalam negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan
negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak
kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil
kaum masing-masing.
• Melalui Gagasan 1Malaysia, YAB
Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum
masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain. Pen-dekatan
mendekati rakyat, memahami masalah mereka dan bersikap mesra rakyat adalah
perkara utama ditekankan oleh YAB Perdana Menteri kepada kepimpinan parti dan
perkhidmatan awam.
3. PERBEZAAN ANTARA GAGASAN 1MALAYSIA
DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA
Berpandukan definisi yang
dinyatakan,Gagasan 1Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:
1Malaysia adalah gagasan bagi
mengharmonikan rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa mengubah identiti
kaum-kaum tersebut. Konsep Malaysian Malaysia pula adalah satu dasar yang mahu
menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud itu. Keadilan yang
dicanangkan dalam konsep Malaysian Malaysia diambil secara membuta tuli dengan
mengambil konsep kesamarataan versi total.
Di samping menjaga kepentingan semua
kaum, Gagasan 1Malaysia juga me-nekankan soal integrasi dan pewujudan bangsa
Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada
kesamarataan hak tanpa me-ngambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.
Perpaduan yang digambarkan oleh Gagasan
1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara
etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.
Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan
menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti
etnik setiap kaum di Malaysia, dan meng-anggapnya sebagai satu aset atau
kelebihan yang patut dibanggakan.
1Malaysia menekankan sikap penerimaan
dalam kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan
kaum yang lain seadanya agar kita dapat hidup bersama dalam keadaan saling
menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
4. GAGASAN 1MALAYSIA
• Gagasan 1Malaysia bukanlah satu wawasan
atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Gagasan 1Malaysia “Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan
pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalan-kan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab
demi kepentingan rakyat.
• Menjadi asas kepada semua ini adalah
prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum
akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah
mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza.
Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang
memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap
dilaksanakan.
• 1Malaysia adalah penerusan agenda membina
negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan dengan
membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang
utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan
dengan lebih lancar.
• Maksud Rakyat Didahulukan dalam Gagasan 1Malaysia ialah merujuk kepada 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah disasarkan oleh kerajaan dalam konteks untuk membela dan meletakkan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan. NKRA tersebut ialah :
• Meluaskan akses pendidikan berkualiti
dan berkemampuan.
• Mengurangkan kadar jenayah.
• Memerangi rasuah.
• Meningkatkan taraf hidup rakyat ber-pendapatan rendah.
• Meningkatkan taraf hidup rakyat ber-pendapatan rendah.
• Memperkasa prasarana luar bandar dan
pendalaman.
• Menambah baik pengangkutan awam.
• Sementara bagi maksud Pencapaian
Diutamakan pula merujuk kepada komitmen
kerajaan dalam meletakkan sasaran terhadap pancapaian bagi setiap NKRA.
5. HUBUNGAN GAGASAN 1MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU
• Perkaitan antara Gagasan 1Malaysia
dan dasar-dasar negara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri.
Beliau menegaskan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,
adalah kesinambungan daripada dasar-dasar yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin
terdahulu.
• Gagasan ini bukanlah suatu perkara
baru. Sebaliknya 1Malaysia merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan.
Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah
dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
• Usaha-usaha membangunkan rakyat dan
negara telah disambung oleh Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri
mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat
dan negara.
6. MATLAMAT
• 1Malaysia bermatlamat untuk mengekal
dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan
Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan
terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.
• Perpaduan sememangnya telah membentuk
teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak
kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat
perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.
• Untuk mencapai kemajuan bagi negara,
rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk
sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila
perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih
lancar.
7. HURAIAN
7. HURAIAN
• 1Malaysia membawa aspirasi untuk
meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan hubungan rakyat Malaysia dapat
menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam
semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati, keikhlasan dan sikap
saling mempercayai antara kaum.
• 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan
rakyat yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat jujur, kebolehan, bercakap
benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab
kepada negara.
• 1Malaysia memerlukan pemimpin yang
bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan
komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur
strategi, menilai prestasi dan menepati
masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
• Malaysia juga memerlukan pemimpin
yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta
mengetepikan kepentingan peribadi demi negara. Pemimpin yang bekerja dengan
penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh
semua lapisan masyarakat.
• Kesungguhan dan komitmen terhadap
tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai
sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk
melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi
kepentingan dan kemajuan negara.
• Semua kaum perlu mengutamakan
kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan
kelompok sendiri. Malaysia merupakan sebuah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta
fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Setiap ahli dalam masyarakat atau kaum tidak akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan mendapat pembelaan kerajaan yang sewajarnya.

• 1Malaysia adalah pemangkin kepada pewujudan negara bangsa yang dapat melahirkan rakyat yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan antara satu sama lain. Keupayaan membina negara
bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
• Justeru pemimpin dan rakyat perlu
saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya berprestasi
tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan,
kebijaksanaan dan budaya inovasi.
8. ASPEK-ASPEK UTAMA 1MALAYSIA
• 1Malaysia yang digagaskan akan
terlaksana dalam dua aspek utama seperti berikut:
8.1 Aspek Pertama – Penerapan
Teras-Teras Perpaduan
• Menerapkan teras-teras perpaduan
sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah
komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan
rakyat berbilang kaum.
• Teras Perpaduan ini disandarkan
kepada tiga prinsip dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu:
PRINSIP PENERIMAAN
PRINSIP PENERIMAAN
PRINSIP KENEGARAAN
PRINSIP KEADILAN SOSIAL
8.1.1 Prinsip Penerimaan
• 1Malaysia menekankan sikap penerimaan
dalam kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan
kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling
menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
• Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan di mana penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan ikhlas tanpa ada unsur paksaan.
• Manakala toleransi pula berlaku
kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa di mana ia berlaku apabila
sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.
8.1.2 Prinsip Kenegaraan
• Konsep perpaduan, semangat
nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan dahulu lagi oleh
pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang
dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambathan
berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British
untuk Tanah Melayu.
• Tun Abdul Razak pula mengilhamkan
Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya adalah untuk
menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini
• Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’.
• Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’.
• Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi pula membawakan Wawasan 2020 dan konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
• Prinsip-prinsip Kenegaraan berasaskan
kepada dua perkara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Perlembagaan Persekutuan
• Seperti yang dijelaskan sebelum ini,
Gagasan 1Malaysia sesungguhnya sangat berbeza dengan konsep Malaysian Malaysia.
Ini kerana konsep 1Malaysia tidak sekali-kali akan menyimpang daripada kamus
Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang negara sama ada secara tersurat
mahupun secara tersirat.
• Malahan Gagasan 1Malaysia akan terus
kekal menjunjung kesemua peruntukan teras, seperti yang telah disebutkan di
dalam Perkara 3, Perkara 4, Perkara 152, Perkara 153, Bahagian 2 dan Bahagian
3.
• Antara perkara teras yang tercatat
dalam Perlembagaan Persekutuan ialah Perkara 3, (1) yang menyebutkan bahawa
Agama Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
• Bagi Perkara 4, Perlembagaan memberi
penegasan mengenai perkara Undang-undang Persekutuan di mana perkara (1)
menjelaskan bahawa Perlembagaan ini merupakan undang-undang utama Persekutuan
dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan berlawanan
dengan Perlembagaan ini, maka ia terbatal dengan sendirinya.
• Perkara 152 (1) merujuk kepada Bahasa
Kebangsaan Persekutuan ialah Bahasa
Malaysia dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang
diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen.
• Seperti yang telah disebutkan dalam
Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 153 Fasal 1 “Adalah menjadi
tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu
dan Bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan sah kaum-kaum lain
mengikut peruntukan Perkara ini”.
• Malah, jika kaum-kaum lain menghayati dengan mendalam mengenai keistimewaan hak orang Melayu seperti yang telah didokumenkan sejak dahulu lagi, maka tidak akan wujud perasaan negatif di dalam diri.
• Oleh yang demikian, usahlah mana-mana
pihak berasa khuatir atau bimbang kerana Gagasan 1Malaysia ini tidak
akan sekali-kali terpesong dari apa yang telah dipersetujui dan dimuafakatkan oleh kepimpinan negara pada suatu ketika dahulu.
akan sekali-kali terpesong dari apa yang telah dipersetujui dan dimuafakatkan oleh kepimpinan negara pada suatu ketika dahulu.
• Sebagai makluman, Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 merupakan undang-undang yang tertinggi di Malaysia dan mengandungi sebanyak 15 Bahagian dan 183 Perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua
dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Malaysia tahun 1957.
Rukun Negara
• Ia merupakan ideologi kebangsaan
Malaysia yang dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan
perpaduan dan ketenteraman negara.
• Ia juga satu susunan cara ataupun
prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan
norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara untuk mencapai
perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia.
• Ideologi negara ini menggariskan lima
prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk
mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang
berbilang kaum dan agama untuk dijadikan sebagai pedoman yang merupakan kunci
kepada pembentukan masyarakat pelbagai kaum di Negara yang berintegriti.
8.1.3 Prinsip Keadilan Sosial
• Semua rakyat Malaysia akan terbela
dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil
kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu,
dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan
pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.
• Melalui Gagasan 1Malaysia, setiap
wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan
khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.
• Namun begitu, Gagasan 1Malaysia yang
mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah landasan bagi mana-mana pihak untuk
membuat tuntutan yang keterlaluan.
8.2 PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI
8.2 PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI
• Ketiga-tiga Teras Perpaduan ini
didokongi oleh nilai-nilai murni termasuk nilai-nilai berikut:
KESEDERHANAAN RENDAH HATI (TAWADHUK’)
BERBUDI BAHASA HORMAT-MENGHORMATI
8.2.1 KESEDERHANAAN
• Rakyat yang tergolong dalam kategori
ini termasuklah mereka yang sederhana dari segi pertuturan, berbelanja,
berpakaian, makan minum, serta sederhana dari segi aspek bekerja dan berehat.
• Bagi pertuturan, sabda Rasulullah
telah menjelaskan bahawa “Bercakaplah menurut tingkat kecerdasan pendengar” •
Sementara sederhana dalam bekerja dan berehat bermaksud sentiasa menganggap
kerja itu adalah suatu ibadah dan melakukannya demi untuk membantu rakyat.
8.2.2 RENDAH HATI (TAWADHUK’)
• Untuk maju, sifat rendah hati juga
perlu diamalkan dalam diri setiap rakyat. Sifat sedia untuk mendengar, tidak
sombong, tidak ego dan tidak bongkak perlu diterapkan dalam diri kerana
sesungguhnya Masyarakat Malaysia menghargai orang yang merendah diri atau
Tawadhuk.
8.2.3 BERBUDI BAHASA
• Sentiasalah amalkan sifat berbudi
bahasa dengan siapa jua sekalipun tanpa mengira status, kaum dan agama.
• Setiap tutur kata harus dijaga, tingkah laku harus tertib dan sentiasa bersopan santun ketika berinteraksi.
• Setiap tutur kata harus dijaga, tingkah laku harus tertib dan sentiasa bersopan santun ketika berinteraksi.
8.2.4 HORMAT-MENGHORMATI
• Setiap perbezaan yang ada di negara
ini tidak kira perbezaan kaum, agama, budaya dan kepercayaan haruslah dihormati
dan dihargai kerana itulah antara faktor yang menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang unik di mata dunia.
• Selain itu, hormatilah juga dengan
sejarah dan perjanjian yang berlaku pada satu ketika dahulu kerana tanpa
sejarah, tidak mungkin kita akan berada pada tahap kemodenan yang kita sedang
alami sekarang.
8.3 Aspek Kedua - Penerapan Nilai-Nilai
Aspirasi
• Nilai-nilai aspirasi yang digagaskan
dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat
progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara
maju.
• Nilai-nilai aspirasi ini akan
membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing
dalam persekitaran global dan ini seterusnya akan membantu melonjakkan
kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.
• Terdapat lapan nilai yang diterapkan
oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam Gagasan 1Malaysia.
Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan
fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara.
Lapan nilai tersebut adalah :
BUDAYA BERPRESTASI TINGGI
BUDAYA BERPRESTASI TINGGI
BUDAYA KETEPATAN
BUDAYA ILMU
INTEGRITI
KETABAHAN
KESETIAAN
KEBIJAKSANAAN
BUDAYA INOVASI
8.3.1 BUDAYA BERPRESTASI TINGGI
• Sifat memastikan setiap perkara dan
setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa atau
“acuh tak acuh” tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.
• Tidak boleh wujud budaya
‘lebih-kurang’ iaitu sesuatu perkara dilakukan hanya setakat yang termampu
tetapi bukan yang terbaik.
• Setiap perkara yang dijalankan
haruslah mencapai tahap terbaik dan bertaraf dunia serta kepimpinan yang
dijalankan adalah berasaskan prestasi.
• Pengamalan budaya cemerlang dan
berprestasi tinggi akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian
yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung
setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.
• Budaya ini perlu dilaksanakan secara
berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian
atau kemajuan.
8.3.2 BUDAYA KETEPATAN
• Sebagai rakyat sebuah negara yang
berhasrat mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan
budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam
melaksanakan semua tugas dan kewajipan.
• Perkhidmatan yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada kualiti yang bagus dan perlu dijalankan secara berterusan.
• Perkhidmatan yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada kualiti yang bagus dan perlu dijalankan secara berterusan.
• Ketepatan juga bermaksud setiap
perkara termasuk tindakan, komunikasi, janji, masa dan ukuran haruslah
dilaksanakan dengan tepat.
8.3.3 BUDAYA ILMU
• Sesebuah negara hanya akan
benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang
tinggi.
Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk
sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu
sepanjang hayat. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat
yang berpendidikan
dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.
dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.
• Negara perlu memiliki masyarakat yang
mengutamakan pendidikan dan penge-tahuan dari segala-galanya.
• Budaya membaca berupaya melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu dan mem-punyai minda yang sentiasa terbuka.
8.3.4 INTEGRITI
• Rakyat Malaysia perlu memiliki
integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar
bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak.
• Integriti merangkumi sifat-sifat
amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan
tanggungjawab.
• Berusaha memperbaiki kesilapan dan setiap perkara serta tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi men-dapatkan hasil yang sempurna.
• Menerima kritikan dan teguran dengan
hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak.
Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk
membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan.
• Mengetepikan kepentingan peribadi
dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepen-tingan negara perlu diletakkan
mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan
kelompok tertentu perlu dijauhi.
8.3.5 KETABAHAN
• Ketabahan dalam mengharungi masalah
dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah
mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta
semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi.
• Penggemblengan semangat bekerja
keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah
ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.
• Ketabahan dalam menghadapi per-ubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.
• Sikap mudah mengalah, kecewa dan
menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya.
• Semangat juang yang tinggi dan
berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan
negara.
8.3.6 KESETIAAN
• Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara, prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi.
Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.
• Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta.
• Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan. Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.
• Perhubungan dan ikatan yang kukuh
melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan
sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.
• Kesetiaan perlu disertai dengan
ke-upayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang kerana kesetiaan atau
perhubungan yang membuta-tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai.
8.3.7 KEBIJAKSANAAN
• Cara berhadapan dengan sebarang
masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara
yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.
• Nilai ini juga perlu diikuti dengan
kebijaksanaan membuat sesuatu keputusan dengan tepat, tahu membezakan yang baik
dan buruk, memiliki pemikiran dan pandangan yang tepat, bijak meletak sesuatu
kena pada tempatnya serta tidak mudah terpengaruh dengan nafsu dan kepentingan
sendiri.
• Untuk memiliki nilai ini, beberapa
ciri perlu dimiliki antaranya mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, cerdik,
tetap dengan pendirian, memiliki kemahiran mendengar, berdisiplin dalam
berfikir serta sentiasa siap sedia tanpa perlu terburu-buru.
8.3.8 BUDAYA INOVASI
• Nilai ini adalah kesediaan kita
sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua
lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai
individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing.
• Kita mesti berani berubah demi kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.
9. KESIMPULAN
• Konsep 1Malaysia akan membawa
aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia
dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun
Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah pe-rasaan
hormat-menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu
memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan
kepentingan negara.
• Semua kaum perlu menganggap bahawa
mereka adalah bangsa Malaysia di mana
segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
• Nilai-nilai murni ini diharap dapat
menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus
kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui Gagasan 1Malaysia ini tidak
akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua
rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju
dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.
• Pembinaan negara bangsa bagi sebuah
negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era
globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja
maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan
dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada
perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
• Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu
mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan
kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)