Friday, 20 July 2012


MASALAH SOSIAL (MEREMPIT)




Definisi Rempit

Rempit ialah sekumpulan penunggang motosikal yang menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya sama ada membahayakan dirinya sendiri mahupun pengguna jalan raya yang lain. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, rempit bermaksud menyesah atau memukul sesuatu contohnya dengan menggunakan rotan. Sebutan rempit itu sendiri sebenarnya adalah berasal daripada perkataan rampit iaitu menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya (litar).

Masalah sosial seperti aktiviti pelumba haram adalah penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai ‘mat rempit’ bukanlah merupakan sesuatu isu yang baru memandangkan gejala ini wujud sekian lamanya dijalan raya di negara kita. Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motor kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia pada masa sekarang. Minah rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan atau teman wanita Mat Rempit.

 
Punca-punca merempit

Sama ada kita sedar atau tidak masalah remaja merempit ini sebenarnya berpunca dari pelbagai masalah tidak kira dalaman mahupun luaran remaja itu sendiri.Malah kajian menunjukkan bahawa 87 peratus mat rempit adalah dari golongan remaja yang berusia 14 tahun hingga 25 tahun,ini adalah berdasarkan kajian oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama pusat pengajian psikologi dan pembangunan Malaysia.Bosan adalah faktor utama mengapa mereka melakukan kegiatan sedemikian dan ia menunjukkan peratusan sebanyak 48.1 peratus.Golongan remaja ini juga memberi tanggapan bahawa mereka dapat menghilangkan rasa bosan dengan melakukan aktiviti merempit ini dan mampu untuk menggunakan masa lapang ini dengan aktiviti merempit tanpa memikirkan kesan yang akan mereka hadapi.Pelakuan dan masalah merempit ini adalah melibatkan pengguna jalan raya yang lain malah ia lebih membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Punca lain yang menyebabkan wujudnya masalah merempit ini adalah perasaan ingin tahu dan ingin mencuba dalam kalangan remaja.Seperti yang kita semua maklum para remaja adalah golongan yang paling berisiko dan mudah terpengaruh dengan perkara yang negatif.Oleh disebabkan desakan dan perasaan remaja yang suka memcuba dan tidak takut menghadapi risiko yang bakal mereka tempohi,para remaja sanggup dan berani melakukan apa sahaja malah mereka tidak memikirkan pelbagai kesan buruk yang akan timbul disebabkan oleh sikap mereka ini.Perasaan ingin mencuba ini akan menghalang fikiran waras para remaja untuk memikirkan kebaikan dan keburukan yang akan dialaminya sekiranya mereka terlibat dengan aktiviti merempit ini malahan mereka mudah seronok apabila melakukan aksi-aksi merempit.Media massa juga boleh mempengaruhi para remaja untuk melakukan aksi berbahaya contohnya wujudnya filem-filem aksi seperti rempit,bohsia dan samseng jalanan yang mana para remaja cuba untuk melakukan aksi-aksi seperti didalam filem tersebut.Kerana wujudnya perasaan ingin tahu dalam diri remaja inilah yang menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan aksi yang dipaparkan di media massa.

Selain itu juga remaja terpengaruh dengan rakan-rakan juga dapat dikenal pasti kenapa berlakunya masalah rempit.Remaja selalunya mempunyai sikap yang mana akan mengikut sahaja sikap dan tingkahlaku rakan-rakan sebaya mereka,contohnya remaja yang berkawan dengan golongan mat rempit maka mereka juga akan melakukan aktiviti merempit ini kerana mereka akan dianggap ketinggalan kerana tidak melakukan aktiviti yang sama seperti rakan-rakan yang lain.Para remaja juga mudah untuk meniru apa yang dilakukan oleh rakan sebaya mereka dan jika mereka memilih untuk meniru aksi rakan-rakan mereka untuk merempit ini mereka tidak memikirkan bahawa perkara tersebut adalah salah dan ia menganggap perkara itu betul ekoran rakan-rakannya melakukan aktiviti sedemikian.

Punca yang menyebabkan berlakunya gejala rempit ini juga adalah kerana gaya hidup dan taraf pendidikan remaja itu sendiri.Kebanyakkan remaja yang terlibat dengan lumba haram ini adalah dari golongan yang berpendidikan rendah malah pemikiran mereka juga sempit ini kerana kita dapat lihat dengan jelas risiko yang mereka hadapi jika mereka melakukan kegiatan merempit ini.Mereka tidak memikirkan bahawa terlalu banyak kesan negatif yang akan mereka perolehi disamping itu juga mereka akan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.Remaja yang terlibat ini juga adalah golongan remaja dibawah umur dimana mereka masih lagi memerlukan bimbingan dan pengawasan dari ibubapa mereka.Selalunya juga mereka yang terlibat ini adalah masih diperingkat sekolah menengah.

Antara punca lain yang menyebabkan berlakunya gejala ini ialah kurangnya pengawasan dari ibubapa dan ibubapa itu sendiri tidak mengambil cakna tentang aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak mereka.Malah anak-anak yang bersekolah ini diberi motosikal oleh ibubapa mereka untuk kegunaan untuk kesekolah sebaliknya anak-anak mengambil kesempatan dengan melakukan aktiviti merempit dimalam hari dan ibubapa mereka tidak mengetahui apa yang telah anak mereka lakukan pada sebelah malam.Ibubapa pulla tidak mempersoalkan kemana anak mereka pergi dan aktiviti yang anak-anak mereka lakukan tanpa pengetahuan mereka.

Statistik Rempit

Remaja merempit untuk mencari keseronggang dan
Langkah-langkah pencegahan

Aksi mat rempit yang merajai jalan raya dengan aksi berbahaya terus menghantui orang ramai. Pelbagai persoalan di minda masyarakat. Antaranya termasuklah adakah gejala yang semakin menjengah ke kawasan kampung ini sukar dihapuskan sebagaimana sukarnya pihak berkuasa menangani gejala penagihan dadah? Andaian ini tidak boleh dipandang mudah kerana selepas pelbagai usaha dilakukan, isu mat rempit tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan berakhir. Sebaliknya, isu ini semakin berleluasa sehingga melibatkan jenayah yang lebih berat terutamanya kes ragut, rogol, dan samun secara berkumpulan.
Oleh itu, suatu pendekatan yang kolektif dan berkesan perlu diambil untuk mengekang gejala yang menjadi ancaman serius kepada keselamatan awam ini. Akta Pengangkutan Jalan dan Jabatan Pengangkutan Jalan harus dipinda untuk diberi kuasa menahan mat rempit. Pindaan tersebut wajar dilaksanakan segera bagi membolehkan hukuman yang lebih tegas dikenakan terhadap samseng jalanan. Golongan itu juga semakin berani memperlekeh undang-undang dan mencabar pihak berkuasa, termasuk cubaan merempuh sekatan jalan raya. Pelajar berumur 15 hingga 19 tahun merupakan pelajar yang kandas dalam pelajaran atau telah berhenti sekolah, perlu ditahan di sekolah juvana, Sekolah Henry Gurney jika didapati bersalah untuk suatu tempoh ditetapkan. Mereka hendaklah dihukum membuat kerja-kerja amal sehingga 100 jam dan motosikal dirampas. Samseng jalan raya atau 'Mat Rempit' mungkin akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu hukuman penjara mandatori setelah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda. Bagaimanapun hukuman itu hanya untuk remaja yang berumur atas 18 tahun manakala yang berumur bawah 18 tahun, mereka tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-kanak.

Golongan ini harus diperangi habis-habisan dengan melipatgandakan usaha menambah bilangan anggota peguat kuasa. Dengan itu, operasi pembanterasan secara besar-besaran seharusnya dilakukan secara konsisten dan bukan hanya suatu langkah pencegahan bermusim. Kebiasannya sekatan jalan raya hanya dilakukan ketika hujung minggu sahaja. Namun, gejala rempit sekarang tidak hanya bertumpu kepada hari minggu sahaja, malahan pada hari-hari lain juga. Gejala ini harus ditangani oleh sebuah jawatankuasa khas yang dibentuk oleh kerajaan supaya tampak kesungguhan pihak berkuasa untuk tidak bertolak ansur dalam hal keselamatan awam. Ketegasan pihak berkuasa ini sekurang-kurangnya menimbulkan rasa gerun dalam kalangan mat rempit untuk menguasai jalan raya atau berhimpun dalam satu kumpulan besar. Gejala mat rempit ini dapat diatasi jika semua pihak bekerjasama dengan agensi penguat kuasa untuk merancang program bercorak pendidikan. Program itu dilaksanakan secara sistematik, tersusun, dan bersepadu untuk membawa golongan ini ke pangkal jalan. Selain kecelaruan dalam pembawaan diri, gejala merempit ini juga banyak didorong oleh sikap ibu bapa yang terlalu memberi muka kepada anak-anak yang masih di bawah umur. Mereka seolah-olah bersikap lepas tangan dalam mengawal pergerakan anak-anak di luar rumah. Atas kealpaan itu, ibu bapa wajar dikenakan denda di bawah peruntukan undang-undang tertentu kerana membiarkan anak-anak memiliki dan menunggang motosikal tanpa lessen. Untuk menambahkan keberkesanan tindakan tersebut, kerajaan harus menetapkan bahawa had umur untuk mendapatkan lessen motosikal dilanjutkan daripada 16 tahun kepada 21 tahun. Sememangnya, isu yang berkaitan dengan kegiatan samseng jalanan itu sudah berlanjutan sekian lama. Oleh sebab itu, pihak berkuasa perlu bertindak lebih agresif terhadap golongan mat rempit. Apatah lagi, sikap kita yang terlalu bertimbang rasa dan kasihan kepada golongan inilah yang menyebabkan mereka mengambil kesempatan untuk meneruskan kegiatan yang tidak bermoral ini.

Selain itu, kerajaan juga perlu menimbangkan untuk mewujudkan satu lagi litar lumba yang strategik iaitu di Bukit Jalil selain mengenakan tindakan tegas kepada mereka yang terlibat dengan perlumbaan haram. Pembinaan litar lumba di Bukit Jalil berhampiran Kuala Lumpur mungkin mampu mengurangkan aktiviti perlumbaan motosikal haram di jalan raya ibu kota. Sekiranya kerajaan sudah menyediakan tempat untuk mereka melakukan aktiviti dan kalau mereka masih lagi berlumba haram di luar, kenakan sahaja tindakan tegas terhadap mereka. Tindakan merampas motosikal bukanlah satu tindakan yang baik, sebaliknya akan mengundang jenayah lain iaitu mencuri motosikal. Ini kerana, kebanyakan mereka ini datang daripada golongan keluarga bermasalah serta hidup dalam kemiskinan. Tindakan undang-undang yang lebih ketat harus meliputi pembatalan lesen memandu serta-merta dan pengharaman pembelian motosikal bagi mereka yang disabitkan kesalahan. Pendekatan lembut dan pendektan keras harus diambil bagi menangani isu mat rempit. Tiada istilah kompromi dalam membendung gejala mat rempit ini. Sebagai anggota dalam masyarakat, setiap dari kita harus memainkan peranan masing-masing dalam membendung isu dan gejala ini.


KESAN BURUK AKIBAT MEREMPIT

Hari ini isu mat rempit semakin hangat diperkatakan sama ada media massa atau media cetak. Mat rempit ini bukan sekadar merempit sahaja tetapi mereka ini juga turut terlibat dalam masalah-masalah sosial seperti berjudi, mengambil minuman keras, memukul dan sebagainya. Walaupun merempit ini mendatangkan banyak kesan buruk pada diri seseorang individu itu dan juga orang disekelilingnya namun mat rempit tetap tidak sedar dan tiada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa isu mat rempit ini akan ada penyelesaiannya.

Antara kesan-kesan yang timbul dari gejala merempit ini ialah, gejala merempit ini ialah Meningkatkan masalah keruntuhan moral atau akhlak dalam kalangan remaja. selain itu masalah merempit ini juga akan menyebabkan wujud pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan seperti yang berlaku pada hari ini, hilang sifat beradab, seks bebas dan lain-lain. Namun, perkara yang paling menyedihkan apabila kita bercakap mengenai mat rempit ini ialah ianya terdiri daripada orang islam terutamanya kaum melayu yang kita tahu sejak kecil lagi telah disemai dengan adat serta kesopanan dalam diri.



Selain itu, budaya merempit ini juga dapat meningkatkan kemalangan jalan raya. Kemalangan ini selalunya berpunca daripada sikap cuai dan cara menunggang motosikal yang melulu oleh penunggang yang merempit. Sikap menunggang yang tidak ada etika dalam kalangan mat rempit ini menyebabkan sebahagian daripada pemandu kita takut ketika memandu di jalanraya kerana mereka takut akan menjadi mangsa kemalangan yang berpunca daripada mat rempit ini.



Masalah merempit ini juga akan menyebabkan meningkatnya masalah jenayah seperti merogol, merompak, samun, curi motosikal dan sebagainya. Merempit seolah-olah menjadi satu pesta bagi budak-budak muda iaitu golongan remaja untuk melakukan kegiatan-kegiatan tidak bermoral ini.



Selian itu. gejala merempit yang semakin berleluasa ini juga memberikan kesan kepada pasukan keselamatan dan Negara. Contohnya isu merempit yang semakin hari semakin meruncing ini akan menyebabkan imej pasukan tercemar. Masyarakat seolah-olah memandang pihak berkuasa tidak menjalankan tugas mereka walaupun terdapat banyak langkah yang telah pihak mereka ambil untuk membanteras masalah merempit ini. Mat rempit ini juga seolah-olah bermain dengan undang-undang dan mencabar undanag-undang. Mat rempit ini juga menjejaskan imej Negara terutamanya di mata pelancong yang datang melancong ke Negara kita ini.



Masalah merempit ini juga akan menyebabkan pembaziran masa dan pendapatan Negara untuk mengatasinya. Sebagai contoh, kerajaan terpaksa menjalankan pelbagai kempen penguatkuasaan undang-undang dan program-program khas bagi mengatasi masalah merempit ini.



Gejala merempit ini juga turut menggangu ketemteraman awam. Sebagai contoh mat rempit yang menjalankan aktiviti merempit di sekitar kawasan perumahan awam akan mengganggu ketenteraman penduduk di situ. Bunyi bising yang terlaku kuat dari enjin motosikal mat rempit ini juga boleh menyebabkan berlakunya masalah pencemaran bunyi.

TAMBAHAN MAKLUMAT:PEMERDAGANGAN ORANG


JENAYAH PERDAGANGAN MANUSIA (PUNCA, KESAN & LANGKAH)

PENDAHULUAN:

·         merupakan antara jenayah tertua

·         dianggap sebagai suatu industri universal

·         tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi

·         Laporan Perdagangan Manusia (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat menganggarkan, kegiatan perdagangan manusia di negara itu melibatkan keuntungan antara AS$1 bilion hingga AS$3 bilion (RM3. 5 bilion hingga RM10.5 bilion) setahun.

·         Dianggarkan sekitar 600,000 hingga 800,000 orang menjadi mangsa sindiket perdagangan manusia dengan sekitar 14,500 hingga 17, 500 daripadanya diperdagangkan di AS setahun

·         Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Khusus Membanteras Dadah dan Jenayah (UNODC) menganggap perdagangan manusia sebagai industri jenayah yang menjana keuntungan sekitar AS$5 bilion hingga AS$9 bilion (RM17.5 bilion hingga RM31.5 bilion) setahun

·         Isu perdagangan manusia kini menjadi antara fenomena yang mengancam kebanyakan negara termasuk Malaysia

·         Perangkaan rasmi memperlihatkan kira-kira 2.7 juta manusia diseludup di seluruh dunia setiap tahun dengan 80 peratus daripadanya membabitkan wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran dan sebagainya.

PUNCA:

1.     Kemiskinan/ kesempitan hidup

2.     Terpengaruh tawaran kerja

3.     Kurang didikan moral/agama

4.     Materialistik

5.     Penguatkuasaan undang-undang yang lemah

6.     Taraf pendidikan mangsa

KESAN:

1.     Imej negara terjejas

2.     Masalah sosial meningkat

3.     Penyakit berjangkit

4.     Penindasan

LANGKAH:

1. memperketat pelbagai aspek termasuk dari segi kemasukan pelancong asing serta mengawal semua 262 pintu masuk ke sempadan negara yang dipercayai juga boleh menyumbang kepada jenayah perdagangan manusia - kementerian berkenaan mengadakan kerjasama dengan badan antarabangsa seperti melatih anggota keselamatan untuk menangani pelbagai kemungkinan kemasukan warga asing bagi tujuan tertentu
melatih penguat kuasa, pendakwa raya, hakim dan majistret mengenai pelbagai perkara termasuk Akta Antipemerdagangan Orang 2007 supaya mereka bersiap sedia berdepan isu terbabit - menyelaraskan sistem data maklumat kemasukan mengemaskinikan rekod keluar masuk di pintu sempadan terutama di lapangan terbang, pelabuhan, dan pintu sempadan antara sangat diperlukan bagi menggembleng usaha membasmi jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini.

2. menjalinkan kerjasama dengan negara jiran- Malaysia dan Australia baru-baru ini juga telah bersepakat untuk meningkatkan kerjasama bagi membanteras sindiket penyeludupan manusia melalui kaedah diplomatik dan operasi yang lebih berkesan- negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan lain-lain juga wajar mewujudkan kerjasama serantau, perkongsian bijak terutamanya kekuatan teknologi, komunikasi dan jaringan keselamatan - kerjasama menerusi pertukaran maklumat dalam usaha menangani isu ini terutama dari aspek bentuk serta kaedah penyeludupan dan negara mana yang dijadikan tempat transit utama penyeludupan manusia - Kerjasama di peringkat sempadan perairan negara - menjalankan operasi rondaan secara berjadual dan intensif oleh pasukan keselamatan Malaysia dengan negara-negara jiran – berkongsi maklumat tentang taktik, lokasi, dan negara pembekal – berusaha mengenal pasti ‘lubang-lubang tikus’

3. Kempen kesedaran untuk membasmi jenayah perdagangan manusia di kalangan masyarakat juga dipergiatkan

4. Membanteras gejala rasuah yang masih menghantui badan-badan penguat kuasa setiap negara – jabatan-jabatan yang masih menjadi kambing hitam seperti imigresen, kastam, polis marin, RELA dan organisasi yang sama di negara-negara jiran – amalan rasuah merupakan tindakan duri dalam daging terhadap keselamatan sesebuah negara.

Isu Penting STPM:PEMERDAGANGAN ORANG



Pemerdagangan Manusia :
Kesan Dan Langkah Mengatasi

Salah satu kesan aktiviti pemerdagangan manusia adalah mencemarkan imej negara di mata dunia. Pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan masalah tersebut.

Aktiviti pemerdagangan manusia bermaksud segala bentuk eksploitasi sama ada untuk tujuan seks, kerja paksa, perhambaan bahkan turut melibatkan pemindahan organ manusia. Aktiviti ini mendatangkan pelbagai kesan negatif dan pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan aktiviti ini.

Kesan
1. Mencemarkan imej negara di mata dunia
Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu permerdagangan manusia mencemarkan imej negara di mata dunia.
Menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang.
Negara dianggaap sebagai sarang jenayah.

2. Mengancam keselamatan dan keamanan negara
Jenayah yang semakin berleluasa mengancam keselamatan terutamanya wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran , pusat hiburan dan rumah urut dan sebagainya.
Sindiket atau mereka yang terlibat juga melakukan aktiviti jenayah lain untuk mengumpulkan kekayaan.

3. Menjejaskan hubungan diplomatik antara negara
Penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara Negara.
Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat

4. Peningkatan masalah sosial
Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat
seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya.
Penularan penyakit berjangkit
Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya kembali menular dalam kalangan masyarakat

Langkah-langkah
1. Penguatkuasaan undang-undang
Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000
Akta Antipermerdagangan Orang 2007

2. Memperketat kemasukan pelancong asing serta mengawal pintu masuk sempadan dengan lebih teliti
Kawalan kemasukan pelancong asing . Menutup peluang penyeludupan manusia berlaku
Kawalan menggunakan Akta Imigresen untuk mengesan kemasukan secara haram.

3. Koordinasi antara kementerian
Penguatkuasaan yang bersepadu antara kementerian dapat membantu mengurangkan aktiviti ini. Contohnya koordinasi antara Kementerian Pelancongan dan Kementerian Dalam Negeri bagi membersihkan imej Negara.

Aktiviti ini perlu dibanteras untuk memelihara ketenteraman dan keselamatan negara.



Tuesday, 17 July 2012

SENTIASA BERSEDIA MENGHADAPI PEPERIKSAAN!

kepentingan paya bakau

Kepentingan Hutan Paya Bakau Paya bakau merupakan hutan semulajadi di kawasan pasang surut air laut . Mempunyai tanah berlumpur serta bersifat malar hijau sepanjang tahun, paya bakau merupakan antara ekosistem yang penting bagi kawasan pinggir pantai. Paya bakau merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Mungkin tsunami 2004 yang melanda Banda Acheh dapat dikurangkan jika kawasan pinggir pantainya dipenuhi dengan hutan paya bakau,yang mampu menyerap tekanan dan kuasa tsunami yang hebat itu. Namun itulah ketentuan dan ujian Allah. Jom kita lihat kepentingan hutan paya pakau. Habitat Dan Ekologi Hidupan Marin dan Fauna lain Sifat hutannya yang agak padat serta malar hijau sepanjang tahun sangat sesuai bagi hidupan laut. Sifat tananya yang berlumpur dengan akar bakau yang berselirat dan timbul itu merupakan habitat hidupan marin pinggir pantai seperti ikan, ketam, udang, kerang dan pelbagai jenis siput.Keadaannya yang sentiasa berair sangat sesuai bagi ekologi hidupan marin. Malahan terdapatnya hidupan lain seperti monyet dan burung yang turut mendiami kawasan paya bakau. Malahan paya bakau juga merupakan tempat pembiakan burung penghijarah yang biasanya datang jauh dari hemisfera uata atau selatan, demi mengelakkan musim sejuk di tempat asal mereka Penampan tsunami dan angin kencang Hutan pakau bakau boeh mempengaruhi pergerakan angin dari laut. dengan litupan dikawasan pinggir pantai angin yang kencang boleh dikurangkan dengan adanya paya bakau. Paya bakau juga boleh mengurangkan tekanan gelombang lautan yang hanya disedari kepentingannya selepas tsunami tahun 2004. Malaysia juga tidak terlepas dengan tsunami tersebut yang membadai kawasan laut negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia yang telah mengorbankan 68 nyawa, serta ratusan ribu yang lain diseluruh dunia termasuklah paling ramai di Indonesia.Paya bakau berperanan sebagai benteng semulajadi yang menghalang hempasan tsunami ke kawasan yang lebih jauh. Penambak laut Semulajadi Paya bakau dengan sifat akarnya yang timbul boleh memerangkap tanih dan lumpur.proses enapan akan berlaku yang membolehkan semua sisa lumpur terperangkap dan enapan yang berterusan akan memperluaskan kawasan paya bakau, semakin lama semakin besar .Ini membolehkan kawasan daratan bertambah.namun ambil masa sedikit kerana enapan mengambil masa yang panjang sebagai penambak laut. Kayu bakau pelbagai kegunaan domestik dan perindustrian Kayu bakau memang sudah popuar sebagai bahan binaan, kayu arang, kayu api, menyamak kulit haiwan . Sifatnya yang tahan serangan serangga perosak, tahan perut dan kulat membolehkan kayu bakau digunakan sebagai cerucuk. Cerucuk merupakan bahan asas, atau tapak bagi tiang rumah atau bangunan, yang ditanam, sebelum lapisan atas cerucuk dilapisi simen dan besi untuk menaikkan tiang. Malahan bagi jenis Rhizophora dan Brugiera boleh digunakan untuk membuat bot jika cukup umur dan matang. Hutan Bakau untuk eko pelancongan Hutan paya bakau merupakan aset pelancongan negara. Industri pelancongan berasaskan ekologi alam sekitar, merupakan konsep yang sangat popular di seluruh dunia. Pelancongan dari barat dan Jepun terutamanya suka kepada keindahan alam semulajadi. Paya bakau mampu menjadi pilihan pelancongan kerana keindahan serta sifatnya sebagai habitat hidupan marin serta fauna seperti burung penghijrah. Malahan terdapatnya juga serangga unik seperti kelip-kelip yang pastinya akan menjadi pilihan pelancong. PENGENALAN: Bumi adalah sebuah planet yang amat unik dalam cakerawala ini, bukan sahaja dari segi hidupannya bahkan cara hidupan itu berinteraksi dengan alam sekitarnya. Walaupun keadaan persekitarannya yang melampau, masih ada hidupan yang mampu beradaptasi dengan persekitarannya dari gurun yang panas hinggalah ke kutub yang terlampau sejuknya. Begitu jugalah hutan paya bakau yang hidup di keadaan berlumpur dan berair masin. Hutan paya bakau boleh ditemui di sempadan antara laut dan daratan. Hutan ini merupakan sebahagian daripada hutan tropika. Ianya tumbuh dengan subur di kawasan tropika dan sub-tropika antara 30oU dan 30oS latitudnya. Dijumpai di seluruh benua kecuali Eropah, Artik dan Antartik tetapi kawasan yang paling kaya adalah di sekitar Asia iaitu dari India, Bangladesh hinggalah ke Asia Tenggara. Di Semenanjung Malaysia seluas 106,104 ha hutan paya bakau boleh dijumpai tetapi hanya 1.8% sahaja yang masih kekal keasliannya. Dari jumlah itu sebahagian besarnya berada di Perak (43,506 ha), Johor (24,747 ha), Selangor (15,202 ha), Pahang (11,502 ha) dan Kedah (8,034 ha). Hutan ini adalah satu ekosistem yang unik dari segi flora dan faunanya serta amat penting kepada manusia. Ekosistem bakau adalah penting kerana bersifat dinamis yang sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa dan dari musim ke musim. Mengikut Hamilton dan Snedaker (1984) “Ekosistem hutan bakau adalah komuniti yang hidup di kawasan antara pasang-surut laut dan tahan daripada air masin di zon pinggir pantai atau dikenali sebagai zon litoral.” Komuniti utama bakau ialah keluarga Rhizophora (pokok bakau kurap dan bakau minyak), keluarga Avicennia (pokok api-api), keluarga Sonneratia (pokok perapat, gedahu dan berembang) dan juga Bruguiera (pokok berus, tumu dan mata buaya). Bentukan bakau merupakan ekosistem yang menjangkau persekitaran di pinggir pantai yang terlindung dan menganjur jauh ke pedalaman di sepanjang muara sungai.Taburan dan jenis pokok bakau yang hidup di zon litoral adalah tidak seragam 5.2 Komponen biotik dan abiotik dalam ekosistem hutan paya bakau. 5.2.1 KOMPONEN BIOTIK: • Selain tiga jenis pokok bakau yang utama yang mendominasi komponen biotik dalam ekosistem hutan bakau terdapat juga hidupan-hidupan lain yang menghuninya. • Antara jenis komponen biotik ialah ketam bakau,siput Belitung,kepah tiram,ikan belacak dan lain-lain haiwan kurstasea,moluska serta serangga. 5.2.2 KOMPONEN ABIOTIK: • Komponen bukan hidupan meliputi air payau udara(oksigen), tanah seperti lumpur , selut dan pasir yang terhasil dari mendapan oleh ombak dan sungai. • Zon hutan bakau dianggap sebagai “zon makanan” bago kepelbagaian spesis dan ia amat kaya dengan bahan nutrient yang datangnya dari sumber sungai dan laut. 5.3 Rantaian dan siratan makanan dalam ekosistem hutan paya bakau Ekosistem hutan paya bakau mempunyai rantaian dan siratan makanannya yang tersendiri. Ia melibatkan tumbuhan di daratan dan juga organisma yang hidup di dalam air dan daratan (dua alam). Pokok bakau merupakan pengeluar makanan utama dalam ekosistem hutan paya bakau. Pokok bakau membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis setelah mendapat tenaga daripa matahari. Daun, bunga dan buah pokok bakau menjadi sumber makanan kepada organisma herbivor di daratan seperti ulat, serangga, burung dan haiwan primat seperti monyet dan lutong cikong. Namun begitu rantaian makanan ini tidak berterusan di daratan, ia akan diteruskan pula oleh hidupan dua alam di daratan yang menghuni hutan paya ini. Hidupan dua alam ini mendapat sumber makanan daripada dedaun dan buah pokok bakau yang gugur dan jatuh ke tanah. Selain itu juga ia datang daripada najis haiwan-haiwan primat. Apabila serasah daun bakau ini jatuh ke dalam air maka ia akan diuraikan oleh mikrorganisma seperti bakteria dan fungi untuk menjadi nutrien. Nutrien-nutrien tersebut menjadi sumber makanan pengguna primer dalam ekosistem seperti ketam,cacing dan udang. Seterusnya pengguna-pengguna primer ini akan menjadi sumber makanan kepada pengguna-pengguna sekunder yang lain yang lebih besar seperti ikan. Selain itu ikan-ikan yang besar dan juga pengguna-pengguna primer boleh menjadi sumber makanan kepada pengguna-pengguna tertier yang bertindak sebagai karnivor di dalam ekosistem bakau seperti memerang, biawak dan ular. Akhirnya hasil-hasil perkumuhan pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier akan diuraikan pula oleh mirorganisma yang lain untuk menjadi bahan nutrien yang baru. Oleh sebab itu bahan nutrien dalam ekosistem bakau sentiasa berkitar dan berterusan. Selain daripada hidupan di atas, zooplankton juga memainkan peranan yang penting dalam rantaian makanan ekosistem bakau ini. Ia menjadi perhubungan antara pengeluaran primer dengan pengeluaran tertier. Zooplankton menjadi makanan larva. 5.4 Kepentingan ekosistem hutan paya bakau 5.4.1 Menstabilkan muara sungai dan pesisir pantai. Pokok-pokok bakau yang berakar ceracak dan tumbuh dengan padat dapat mengurangkan pengaliran sadimen (bahan enapan) dari kawasan muara dan pantai.Ini seterusnya berupaya untuk mengekalkan ekosistem muara sungai dalam jangka masa yang panjang. 5.4.2 Zon penampan semula jadi untuk mengurangkan atau mencegah hakisan pantai oleh ombak,angin dan arus. Kanopinya yang tebal dan padat dan sistem akar yang timbul di permukaan menjadi penampan semula jadi yang paling baik untuk mengurangkan kuasa hakisan oleh ombak pasang dan surut. 5.4.3 Penampisan bahan pencemar. Hutan paya bakau berupaya menyerap bahan pencemar seperti sebatian nitrogen dan sebatian fosforus.Ini mengurangkan pembiakan alga dan bakteria E.Coli seterusnya menambahkan kandugan oksigen terlarut(DO) didalam air yang menjadi sumber pernafasan utama hidupan didalam air dalam ekosistem ini. 5.4.4 Menjadi habitat pelbagai jenis habitat air dan daratan. Fungsi hutan bakau menjadi sebagai tempat perlindungan dan pembiakan pelbagai jenis udang,ketam,kepah,tiram,ikan,biawak,kera dan sebagainya.Ada bukti yang menunjukkan bahawa hutan paya bakau ini menjadi habitat kekal bagi spesis-spesis tertentu yang meneruskan kitar hidupnya di kawasan ekosistem tersebut tanpa berpindah ke tempat lain.Ini kerana hutan paya bakau membekalkan sumber makanan yang banyak. 5.4.5 Mengekalkan keseimbangan oksigen dengan karbon dioksida setempat. Tumbuhan bakau yang menghijau menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen menerusi proses fotosintesisnya. Dengan itu pokok bakau sebenarnya bertindak sebagai pembekal oksigen utama untuk hidupan di dalamnya. 5.4.6 Kepentingan ekosistem bakau kepada manusia: a) Sumber kayu arang dan kayu api seperti pokok bakau minyak dan bakau kurap. b) Bahan binaan seperti pancang kayu dan cerucuk dalam pembinaan benteng dan jambatan,membuat dermaga dan tiang rumah khususnya dikawasan pantai.ini kerana sifat pokok bakau yang keras dan tahan air masin. c) Sumber perubatan seperti ubat sakit kerongkong dari bakau minyak dan ubat tahan muntah dari bakau perepat. d) Sumber makanan yang menghasilkan pendapatan tambahan kepada nelayan pantai dari tangkapan pelbagai jenis ikan,ketam nipah, kerang dan sebagainya. e) Pada masa kini ekosistem hutan bakau telah diubah menjadi kolam-kolam ternakan akuakultur seperti ternakan ikan kerapu dan udang harimau. f) Hutan bakau dikekalkan dalam keadaan semulajadi sebagai tarikan pelancong dengan mewartakannya sebagai Taman Negara.Oleh sebab itu ekosistem bakau berfungsi sebagai “ekopelancongan” dan khazanah semulajadi utama negara. 5.4 Masalah ancaman kepupusan hutan paya bakau: Ø Hakisan • Hakisan berlaku biasanya berpunca daripada ombak kuat. • Hakisan juga akan merencatkan pertumbyhan bakau dan mungkin akan menyebabakan kepupusan. • Hakisan ini akan memendakkan laut dan flora dan fauna yang sedia ada juga turut terjejas. Ø Tumpahan Minyak • Hal ini akan menyebabakan hidupan alam air akan mengalami ancaman untuk terus hidup dan membiak dalam habitatnya. • Kepupusan hutan bakau mungkin akan terjadi kerana tumpahan minyak akan menyebabakan akar bakau tidak dapat bernafas dan pokok bakau akan mati. • Tumbuhan bakau tidak dapat melancarkan pertumbuhan benihnya yang tersebar secara semulajadi melalui air. Ø Sampah Sarap • Sampah sarap yang terbina daripada aktiviti tidak bermoral sama ada daripada penduduk setempat atau daripada orang awam akan membuat persekitaran bakau terjejas. • Ini akan menyebabkan habitat hidupan air yang kecil seperti belacak dan ketam kebab akan musnah. 6. Cadangan Langkah Mengekalkan Hutan Paya Bakau Ø Membina benting pemecah ombak untuk menghalang tanah daripada terhakis. Ø Menyediakan lebih banyak tong sampah di sekitar kawasan untuk memudahkan para pengunjung membuang sampah supaya tidak berlaku pembuangan sampah merata-rata.Hal ini sekali gus dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Ø Pihak-pihak yang berkenaan seperti NGO boleh mengadakan kempen-kempen penanaman semula pokok bakau secara besar-besaran.Membina pelampung untuk menghalang minyak daripada masuk ke kawasan pokok bakau.