PENGAJIAN AM STPM SMK SULTAN BADLISHAH
Cikgu Fuzah
Sunday, 12 August 2012
PERHATIAN : 6 RENDAH
Kepada semua pelajar 6 rendah, sila beri perhatian tajuk-tajuk esei dalam blog ini. Ianya sangat bermanfaat untuk test anda!
Saturday, 4 August 2012
BERITA:RASUAH
SPRM: Pegawai awam makin berani lapor rasuah
Skala gaji yang rendah dan kos sara hidup yang tinggi bukanlah merupakan faktor utama berlakunya rasuah di kalangan kakitangan kumpulan sokongan perkhidmatan awam, menurut kajian yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sebaliknya kajian itu mendapati amalan rasuah lebih berpunca akibat kelemahan dalam diri individu sendiri seperti sikap tamak, ingin cepat kaya, berbelanja melebihi pendapatan dan mengamalkan gaya hidup mewah.
Selain itu, kelemahan dalaman sesebuah organisasi akibat kepimpinan yang lemah, sistem dan prosedur yang tidak telus, kerenah birokrasi serta kuasa budi bicara yang luas menyebabkan ruang dan peluang rasuah semakin terbuka.
Apakah benar wujudnya peningkatan kes-kes rasuah di kalangan penjawat awam?
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahaya berkata berdasarkan perangkaan tangkapan ke atas penjawat awam bagi tahun 2007, 2008 dan 2009, kes-kes rasuah yang melibatkan golongan itu didapati semakin menurun.
Beliau berkata ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa tahap integriti serta kesedaran penjawat awam terhadap kesalahan rasuah semakin meningkat.
Pada 2007, katanya, daripada sejumlah 591 orang yang ditangkap atas kesalahan rasuah, seramai 303 atau 51 peratus daripada mereka adalah penjawat awam.
Bilangan itu menurun pada tahun 2008, iaitu hanya 282 orang atau 47 peratus berbanding keseluruhan tangkapan sebanyak 605 orang.
80 tampil setiap tahun
Penurunan jelas ketara dalam tahun 2009 apabila hanya 194 penjawat awam yang ditangkap iaitu 39 peratus daripada jumlah tangkapan seramai 500 orang.
Daripada segi perangkaan jumlah pertuduhan kes-kes rasuah terhadap penjawat awam juga menunjukkan trend penurunan yang ketara bagi tempoh tiga tahun kebelakangan ini.
Pada 2007, terdapat 133 pertuduhan ke atas penjawat awam, menurun kepada 104 pertuduhan dalam tahun 2008 dan menurun lagi kepada hanya 90 pertuduhan dalam tahun 2009.
Ini jelas memperlihatkan bahawa tahap kesedaran penjawat awam terhadap kesalahan rasuah dan tanggungjawab memerangi jenayah itu semakin meningkat.
Faktor-faktor yang membawa kepada peningkatan itu adalah berasaskan kepada program-program yang diperkenalkan kerajaan termasuk aktiviti kesedaran yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.
Selain itu, pelaksanaan Modul Pencegahan Rasuah dalam kursus-kursus induksi dan kenaikan pangkat pegawai-pegawai awam, dasar-dasar semasa kerajaan termasuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan serta penubuhan Jawatankuasa Tadbir Urus Terbaik (JKTU).
Di atas peningkatan dalam tahap kesedaran ini, pegawai-pegawai awam sendiri telah berani tampil melaporkan tawaran rasuah sehingga membawa kepada tangkapan ke atas pemberi-pemberi rasuah, kata Ahmad Khusairi.
Ahmad Khusairi berkata sebagai contoh pada 2007, seramai 89 penjawat awam tampil melaporkan tawaran rasuah, 81 orang (2008) dan 79 orang pada tahun lepas.
Kempen antirasuah besar-besaran
Beliau berkata sepanjang tiga bulan tahun ini, seramai 14 penjawat awam telah tampil membuat aduan terhadap tawaran rasuah.
"Ini menunjukkan satu trend yang amat membanggakan di mana tahap integriti yang dilaung-laungkan kerajaan selama ini telah semakin menjadi kenyataan," katanya.
Selaras dengan perkembangan ini juga, beliau berkata SPRM akan melaksanakan kempen anti-rasuah secara besar-besaran bagi menangkap pemberi-pemberi rasuah yang cuba menawarkan suapan rasuah kepada penjawat awam.
Pegawai awam juga sentiasa diingatkan mengenai kewajipan mereka melaporkan apa-apa suapan rasuah sebagaimana yang diperuntukkan mengikut Seksyen 25(1) Akta SPRM.
Jika gagal berbuat demikian boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya, kata Ahmad Khusairi.
Sehubungan itu, beliau berkata SPRM memberi amaran tegas kepada orang ramai agar menjauhi amalan menyogok kakitangan awam.
"Sekiranya tertangkap, hukuman berat pasti menanti anda termasuk dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi," katanya.
Secara kesimpulannya, rasuah adalah nadi kepada kebinasaan sesuatu bangsa dan amalan tidak bermoral itu adalah "ibu" kepada kejatuhan sesebuah negara.
Selaras dengan aspirasi SPRM untuk meningkatkan keyakinan dan memperbaiki persepsi masyarakat Malaysia dan antarabangsa ke atas keberkesanan SPRM dalam pencegahan rasuah berasaskan prinsip ketelusan, kebebasan dan profesionalisme marilah semua masyarakat bersatu melakukan perubahan dan memerangi jenayah
rasuah.

Kelewatan dalam perkhidmatan boleh sebabkan rasuah
Kelewatan dalam perkhidmatan boleh sebabkan rasuah: Tun Mahathir
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kelewatan dalam melaksanakan sesuatu perkhidmatan oleh kerajaan boleh menyebabkan berlaku rasuah.
Justeru kata beliau, semua jabatan kerajaan harus menetapkan jangka waktu bagi pegawainya menyiapkan sesuatu tugas, kerana tempoh masa yang diambil akan menentukan sama ada tugas itu dilaksana dengan baik atau tidak.
"Jangan ada kelewatan. Saya takut kelewatan akan menyebabkan rasuah. Jika suatu perkara boleh dilaksana dalam satu hari, pastikan perkara itu siap dalam sehari. Jika tidak, panggil pegawai itu dan tanya mengapa dia tidak boleh lakukan dalam sehari," katanya pada jamuan tengah hari bersama Tun Dr Mahathir Mohamad sempena Persidangan Digital Kebangsaan 2012, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec) Datuk Badlisham Ghazali mengenai perkhidmatan yang diidamkan beliau selaku orang awam di negara ini.
Dr Mahathir juga menasihati semua penjawat awam agar mencintai negara ini lebih daripada diri sendiri.
"Apabila anda mencintai negara anda, anda akan memberi perkhidmatan yang baik. Tetapi jika anda (lebih) cintai diri sendiri, anda cuma fikir apa yang aku dapat daripada ini, (dan) anda akan menyeleweng. Justeru sayangilah negara anda lebih daripada diri sendiri," katanya.
Kepada satu lagi soalan daripada wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengenai masalah suruhanjaya itu dalam mendapatkan maklumat daripada agensi lain untuk tujuan siasatan, beliau berkata maklumat dalam kerajaan bukan sentiasa boleh dikongsi dengan mudah.
"Mesti ada klasifikasi maklumat yang mana boleh dikongsi dan yang mana tidak. Kebanyakan negara ada klasifikasi maklumat yang tidak boleh dikongsi dengan sesiapa.
"Akan tetapi dalam kes di antara agensi kerajaan, kalau ada keperluan untuk perkongsian maklumat maka perlu jelas maklumat mana yang boleh dikongsi kerana tidak semua boleh dikongsi memandangkan perbuatan sedemikian boleh menimbulkan masalah kepada ramai orang," katanya. - Bernama

ARTIKEL:RASUAH
Memerangi Rasuah Perlu Komitmen Semua Sektor |
Utusan Malaysia |
Oleh MOHD. AYOP ABD. RAZID |
SEPERTI najis dadah, rasuah juga musuh utama negara yang wajib diperangi. Dalam konteks ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai tanggungjawab yang cukup besar dan mencabar dalam memerangi rasuah di negara ini. Rasuah boleh berlaku di mana-mana sahaja, tidak kira dalam agensi kerajaan mahupun swasta. Rasuah ada pemberi dan penerimanya. Ia tidak akan berlaku jika salah satu pihak menolak amalan yang menjijikkan itu. Kaedah memberi rasuah juga pelbagai dan semakin licik sifatnya. Justeru, ia bukan perkara yang mudah bagi SPRM untuk membendungnya. Namun, dengan iltizam dan kekentalan semangat yang tinggi, SPRM bersedia mendepani segala cabaran dan rintangan untuk menjadikan Malaysia negara yang bebas dan bersih daripada gejala rasuah. Melalui aspirasi dan slogan SPRM 2010, iaitu 'Bersama Lakukan Perubahan, Perangi Rasuah' yang dilancarkan oleh Ketua Pesuruhjaya, Datuk Abu Kassim Mohamed sempena ulang tahun pertama penubuhannya pada 9 Mac lalu, ia telah meningkatkan kesedaran di kalangan penjawat awam dan masyarakat tentang kesan dan bahaya rasuah. SPRM ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2009 bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Pada 26 April lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah merasmikan kempen 'Hindar Menerima, Perangi Pemberi Rasuah'. Kempen itu bertujuan mencetuskan motivasi dan meningkatkan integriti penjawat awam dengan menolak amalan rasuah, di samping melakukan perubahan minda ke arah pencapaian agenda transformasi negara. Seperti yang disebut Mohd Sidek, mesej dan matlamat kempen itu adalah mudah, iaitu penjawat awam tidak boleh dirasuah. Kempen itu juga bertujuan menyedarkan orang awam bahawa pemberi rasuah juga tidak terlepas daripada tindakan undang-undang. Dalam ucapan perasmian kempen tersebut, beliau menyebut bahawa pelaksanaan dan kejayaan kempen ini banyak bergantung kepada komitmen dan kerjasama semua ketua agensi. Kesedaran yang tinggi di kalangan pegawai dan anggota perkhidmatan awam mengenai 'najis' dan jenayah rasuah akan menjadikan mereka lebih tegas dan berani menolak pujukan serta godaan pemberi rasuah. Peningkatan tahap integriti ini amat selari dengan komitmen kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu mewujudkan sebuah pentadbiran yang 'mendahulukan rakyat' dan 'mengutamakan pencapaian' seperti yang terkandung dalam gagasan '1Malaysia'. Justeru, usaha memerangi rasuah menjadi agenda utama pentadbiran beliau supaya aspirasi dan kehendak rakyat benar-benar menjadi kenyataan. Ini terbukti apabila usaha membanteras rasuah turut dijadikan salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diberikan perhatian penting di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP). Warga perkhidmatan awam dikehendaki memberi fokus kepada penyampaian perkhidmatan yang efisien dan efektif dengan menampilkan nilai etika kerja dan tahap integriti yang tinggi. GTP yang telah dilancarkan oleh Najib pada 28 Januari lalu bertujuan membawa perubahan perkhidmatan awam ke arah menyediakan perkhidmatan yang melangkaui jangkaan semua segmen rakyat dan pelanggan. Ini membuktikan bahawa gagasan '1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' adalah gagasan serius yang menuntut warga perkhidmatan awam melakukan transformasi minda, etika kerja dan kaedah penyampaian perkhidmatan bagi mendukung agenda dan aspirasi negara. Sektor perkhidmatan awam hari ini lebih menjurus kepada memudah dan mempercepat urusan pelanggan, sama ada urusan orang ramai ataupun sektor swasta tanpa banyak proses dan prosedur serta kerenah birokrasi. Cara ini didapati berupaya membendung berleluasanya amalan rasuah dalam perkhidmatan yang diberikan. Penubuhan Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (Pemudah) telah berjaya membentuk kerjasama sektor awam dan sektor swasta. Melalui Pemudah, banyak proses dan prosedur lapuk dan menyukarkan telah dapat dihapuskan atau dikurangkan. Hasilnya, tempoh masa kelulusan sesuatu permohonan itu dipendekkan apabila berurusan di jabatan dan agensi kerajaan. Keputusan perniagaan seperti pemberian kontrak, perolehan, dan sebagainya dapat dilakukan dengan lebih efisien tanpa melalui 'jalan belakang'. Hakikatnya, banyak kemajuan sudah dirasai oleh mereka yang berurusan dengan sektor awam hari ini. Misalnya, pendaftaran perniagaan boleh selesai dalam tempoh tiga hari, permohonan pasport selesai dalam tempoh dua jam dan pendaftaran hartanah dilakukan dalam tempoh dua hari. Begitu juga dengan penggunaan MyID untuk semua urusan individu dengan pelbagai agensi kerajaan amat memudahkan kerana kita perlu mengingati satu nombor sahaja. Penggunaan MyCOID untuk semua urusan perniagaan telah menjadikan kerajaan lebih mesra perniagaan. Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) turut dimanfaatkan oleh kerajaan melalui talian dalam banyak urusan. Melalui Internet, pembayaran dan transaksi boleh dilaksanakan pada bila-bila masa dan di mana-mana. Kini, terdapat 1,277 perkhidmatan dalam talian di pelbagai agensi perkhidmatan awam bagi memudahkan urusan orang ramai menggunakannya. Kesimpulan, pelbagai pembaharuan yang dilakukan dalam perkhidmatan awam itu mampu menutup ruang dan peluang berlakunya rasuah di kalangan penjawat awam. Rakyat kini semakin yakin dengan agensi kerajaan, terutamanya agensi pengawalseliaan dan penguatkuasaan. Melalui peningkatan integriti ini, maka hasrat kerajaan untuk mempertingkat daya saing negara di persada antarabangsa akan menjadi realiti. |
RASUAH
ANCAMAN RASUAH DAN CABARAN MENANGGANINYA
Oleh MOHAMAD YUSOFF AKOPE
(SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA-SPRM)
PENDAHULUAN
Integriti atau Keutuhan merupakan satu istilah keramat yang menjulang nama sesebuah tamaddun peradaban manusia dahulu kala sehingga disegani dan disanjungi sehingga kini. Tamaddun Greek, Rom, Parsi, Turki, Empayar-Empayar Kerajaan Islam, Kerajaan Kesultanan Melaka antara contoh terdekat, berkembang pesat atas asas yang kukuh iaitu ketinggian integriti institusi-institusi pemerintahannya dan budaya hidup masyarakat yang berteraskan nilai murni yang tinggi. Kejatuhan tamaddun berkenaan juga kerana masalah krisis integriti.
Integriti ditakrifkan oleh Dewan Bahasa sebagai Kejujuran. Manakala Oxford Dictionary merumuskan integriti sebagai HONESTY, WHOLENESS, SOUNDNESS, QUALITY OF BEING HONEST.
Maka dengan itu, keutuhan menuntut kepada ketinggian budi pekerti dan nilai murni. Keutuhan pengurusan pula merujuk kepada kualiti diri setiap individu yang berada dalam sistem sesebuah organisasi, samada ia seorang pemimpin atau seorang pekerja bawahan. Tidak mungkin sesebuah organisasi boleh mengecapi pencapaian terbaik tanpa kualiti yang ada pada setiap diri individu yang mendokongnya. Perkara inilah yang tersirat di sebalik
konsep TQM yang menegaskan “Qualiti Performance Come Only From Quality People”, . Pekerja berkualiti bukan sekadar “do the right thing, at the rihgt time, at all the time” tetapi memiliki maruah dan nilai diri yang tinggi dengan ciri-ciri seperti adil, jujur, amanah, benar, telus dan bersyukur.
1.4. Namun kini dunia dilanda dengan isu-isu yang menyentuh integriti samada terhadap individu mahupun sistem pentadbiran sesebuah negara. Antara isu integriti ialah masalah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Malaysia tidak terkecuali dari gejala rasuah. Sistem pentadbiran kerajaan kini dilanda rasuah di semua sektor. Tentunya Perkhidmatan Awam Malaysia juga tidak terkecuali malah menjadi fokus perbincangan masyarakat tempatan dan antarabangsa.
2. RASUAH DI MALAYSIA
2.1. PERSEPSI ANTARABANGSA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA
Transparency International iaitu satu badan NGO yang prihatin terhadap rasuah di peringkat antarabangsa telah mengeluarkan corruption perception index (CPI). Index rasuah terhadap Malaysia yang dikeluarkan sejak dari tahun 1995 menunjukkan kedudukan Malaysia tidak berubah dalam tempoh 5 tahun yang lepas iaitu dari 5.28 (1995), 5.32 (1996), 5.01 (1997), 5.3 (1998) dan 5.1 (1999)
Sebaliknya negara seperti Denmark dan Hong Kong umpamanya menunjukkan peningkatan mata dalam index tersebut dari tahun ke tahun. Contohnya Denmark, dari mata 9.33 (1996) kepada mata 10 (1999). Hong Kong dari mata 7.01(1996) kepada 7.7 (1999) dan Singapora dari mata 8.80 (1996) kepada 9.1 (1999) (mata 10 merupakan tahap tertinggi dalam CPI yang bermaksud negara tersebut bebas daripada rasuah dan sebaliknya semakin rendah mata semakin tinggi rasuah dalam negara berkenaan).
Kajian SPRM

Berdasarkan perangkaan BPR dalam tempoh 20 tahun kebelakangan (1978 – 1997), menunjukkan kadar rasuah meningkat dan membimbangkan.
2.2.1. Maklumat
Jumlah maklumat dalam tahun 1978 adalah 6,139 tetapi telah meningkat kepada 10,096 pada tahun 1997 atau pertambahan 64.5%, iaitu peningkatan purata 3.2% setahun.
Siasatan Terbuka
Jumlah siasatan terbuka pula menunjukkan peningkatan sebanyak 143 kes atau 40.9% dalam tempoh yang sama, iaitu 350 siasatan dalam tahun 1977, meningkat kepada 493 siasatan dalam tahun 1997. Secara purata, bilangan kes siasatan telah meningkat sebanyak 2.0% setahun.
2.2.3. Tangkapan
Dari segi tangkapan, perangkaan 10 tahun pertama (1978-1987) seramai 1,949 orang, berbanding dengan jumlah tangkapan bagi tempoh 10 tahun kedua (1988-1997) di mana seramai 3,298 orang. Perangkaan ini menunjukkan peningkatan tangkapan sebanyak 1,349 atau 69.2%.
2.2.4. Laporan BPR (Tatatertib)
Berhubung dengan Laporan BPR (Tatatertib) terhadap pegawai awam, perangkaan bagi 10 tahun pertama (1978-1987) ialah sebanyak 987 laporan berbanding dengan jumlah laporan sebanyak 1,369 bagi tempoh 10 tahun kedua (1988 -1997), menunjukkan peningkatan sebanyak 382 atau 38.7%.
Kajian ahli-ahli kriminologi mendapati daripada 10 jenayah yang dilakukan hanya satu kes sahaja yang dilaporkan.
3. TAKRIF RASUAH
Perkataan “rasuah” berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi “al-risywah”. Dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Dalam masyarakat tempatan telah wujud beberapa simpulan bahasa yang memberi makna rasuah seperti “tumbuk rusuk” dan “makan suap”. Sejajar dengan perubahan masa dan peredaran zaman, istilah-istilah baru telah digunakan bagi menggambarkan pengertian rasuah seperti “wang kopi”, “undercounter payment” dan “duit pelincir.”
Dalam pengertian sosiologi pula, rasuah dianggap sebagai suatu perlakuan yang bertentangan atau menyeleweng daripada corak atau standard perlakuan kehidupan yang menjadi kebiasaan, yang tidak syak lagi bertentangan dengan nilai-nilai moral dan akhlak serta kod etika yang baik.
Dalam sebuah kamus yang terkenal, Webster’s Third New International Dictionary (1961) mendefinisikan rasuah
sebagai:
“ an inducement [as if a public official] by means of improper considerations (as bribery) to commit a violation of duty.”
M.McMullan - Theory of Corruption (Article) mendefinasikan rasuah sebagai ‘Seorang pegawai kerajaan adalah melakukan rasuah apabila beliau menerima wang atau apa-apa (barangan atau perkhidmatan) bernilai wang kerana melakukan sesuatu yang berkaitan urusan tugasnya, iaitu mengabaikan tanggungjawabnya atau tidak mematuhi panduan yang ditetapkan atas alasan yang tidak wajar’ (a public officer is corrupt if he accepts money or money’s worth for doing something that he is under duty to do anyway, that he is under a duty not to do, or to exercise a legitimate discretion for improper reasons).
Jacob Van Kleveren dalam artikalnya “the Concept Of Corruption” mengatakan ‘Penjawat Awam menyalahguna kuasanya untuk mendapat pendapatan tambahan daripada orang awam’ (a civil servant abuses his authourity in order to obtain an extra income from the public ) adalah melakukan rasuah.
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed (di petik dari Kertas Kerja Prof. Madya Dr. Syed Arabi Idid: Pencegahan Rasuah Dari Perspektif Komunikasi) mengatakan ‘Umumnya, rasuah difahami sebagai memberi sesuatu supaya seseorang akan menyalahgunakan kuasanya dan bertindak memihak kepada pemberi’ (generally, corruption is understood as giving something so that he will abuse his power and act favouring the giver ) dan beliau juga mengatakan rasuah lebih dikenali sebagai amalan yang membolehkan seseorang memperolehi ganjaran melalui cara-cara yang tidak halal ( Corruption is better known as a practice which enables someone to obtain remuneration through illegitimate mean).
McKee M.H., dalam The Transparency International Source Book 1996 mengatakan rasuah:
“…involves behavior on the part of officials in the public sector, whether politicians or civil servants, in which they improperly and unlawfully enrich themselves, or those close to them, by the misuse of power entrusted to them.”
4. BENTUK KESALAHAN RASUAH
Secara umumnya bentuk kesalahan rasuah yang sering dilakukan mencakupi perlakuan-perlakuan yang boleh dikelaskan dalam tiga kategori berikut:
4.1 Menerima dan Memberi Sogokan sama ada secara :
Rasuah Spontan
Sogokan berbentuk spontan ini biasanya melibatkan mereka yang tidak mengenali antara satu sama lain dan biasanya perbuatan ini berlaku tanpa dirancang. Sebagai contoh, pegawai penguatkuasa undang-undang jalan raya yang meminta "kertas biru" supaya boleh melepaskan seorang pemandu yang melanggar had laju.
Rasuah Bersindiket
Sogokan dalam bentuk ini berlaku selalunya setelah ada persetujuan bersama. Biasanya pemberi dan penerima telah saling kenal mengenali. Perbuatan jenayah mereka ini telah dirancang terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada dikesan oleh orang lain. Contoh, pegawai penguatkuasa undang-undang menerima rasuah secara bulanan daripada taukeh syarikat pengangkutan, Contoh lain ialah kes Lesen terbang dan lesen gerenti lulus.
4.2 Menyalahgunakan kuasa atau kedudukan
4.2.1. Satu lagi jenis kesalahan yang membimbangkan ialah kesalahan menyalahgunakan kuasa, iaitu menggunakan kedudukan atau jawatan rasmi untuk kepentingan diri. Kesalahan menyalahgunakan kuasa ini dilakukan oleh Anggota Pentadbiran, Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dan juga pegawai awam. Kesalahan ini diperuntukkan di bawah seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997 iaitu kerana menggunakan kedudukan awamnya bagi mendapatkan suapan, seperti yang ditafsirkan dalam seksyen 2 APR 1997. Contohnya memberikan projek perumahan atau tanah kepada sanak saudara terdekat tanpa mengistiharkan kepentingan.
4.2.2.Seksyen 15 ini sebenarnya adalah ubahsuai dari seksyen 2 Ordinan Dharurat No. 22 Tahun 1970 yang masih terpakai sekarang. Di bawah Ordinan 22, seseorang itu adalah bersalah jika terlibat dengan corrupt practice. Corrupt practice bermaksud menggunakan kedudukannya untuk faedah kewangan atau faedah-faedah lain bagi diri sendiri, saudara-mara atau sahabat handainya (using his position for his pecuniary or other advantage) .
4.2.3.Terdapat anggapan di bawah seksyen 15(2) Akta ini yang menyatakan, sesiapa yang membuat sesuatu keputusan atau apa-apa tindakan di mana dirinya, saudara atau sekutu mempunyai kepentingan adalah dianggapkan telah menggunakan kedudukannya untuk mendapat suapan.
4.3 Mengemukakan Dokumen Palsu
Kesalahan ini adalah sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997. Secara ringkasnya seksyen ini bermaksud, mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipalnya, suatu dokumen yang diketahuinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipalnya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengelirukan prinsipalnya.Contohnya tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran bayaran penginapan dan perbatuan yang palsu; butir-butir resit bayaran atau invoice bekalan yang palsu; dan seumpamanya.
5. SEBAB-SEBAB BERLAKU RASUAH
5.1. Rasuah berlaku kerana wujud tiga unsur utama iaitu kuasa, kelemahan dalaman dan peluang:
Kuasa
Memiliki kuasa melalui pelantikan jawatan
Kuasa Pentadbiran melalui pilihanraya
Kelemahan Dalaman
Kawalan Dalam Organisasi
Kawalan Diri - Moral dan Etika (Keimanan)
Peluang
Menggunakan peluang atau kesempatan yang ada untuk kepentingan diri ketika memiliki kuasa dan tiada kawalan dalaman.
5.2. Disamping itu, beberapa faktor berkaitan juga telah dikenalpasti menjurus kepada perlakuan rasuah:
a. Faktor Kelemahan Individu
Sikap ingin hidup mewah melebihi punca pendapatan rasmi
Perasaan tamak untuk membuat harta dan cepat kaya
Sikap suka berjudi dan berhutang serta boros.
Faktor Sosial dan Kebudayaan
Kemerosotan penghayatan nilai murni dan etika
Keadaan masyarakat yang buta huruf
Amalan tradisi seperti pemberian ang-pow dan buah tangan
Keperluan perkhidmatan asas dan sosial melebihi kemudahan yang sedia ada seperti penambahan aksesori kenderaan yang berlebihan dan sering melancong.
Faktor Kepimpinan dan Pentadbiran
Kelemahan pemimpin sesuatu organisasi
Melambatkan-lambatkan urusan pejabat
Overgrown bureaucracy
Terlampau banyak penurunan kuasa.
Faktor Pembangunan Ekonomi dan Modenisasi
Perlaksanaan projek-projek pembangunan tanpa kawalan
Tekanan modesasi untuk hidup berlumba-lumba.
Faktor Politik
Mencari kekayaan melalui politik
Menyalahgunakan kuasa dan nepotisme.
6. KESAN-KESAN RASUAH
Rasuah dan penyalahgunaan kuasa memberi pelbagai kesan. Antara kesan-kesan yang dikenalpasti ialah :
Ketidakadilan Sosial
Jenayah rasuah juga secara jelas mengakibatkan ketidakadilan sosial, yang mana berlaku penindasan ke atas golongan miskin dan menafikan hak golongan tertentu. Mereka yang miskin dan tidak berpengaruh akan lebih tertindas kerana tidak mampu membuat bayaran rasuah dan dinafikan hak-hak mereka sebagai warganegara.
Meninggikan kos hidup
Para peniaga yang memberikan rasuah terpaksa meninggikan harga barangan dan perkhidmatan bagi menampung kos tambahan ini. Ini boleh menyebabkan inflasi dan kos hidup meningkat. Kajian mendapati rasuah menyebabkan peningkatan harga barang dan perkhidmatan antara 10% hingga 20%. Kesan rasuah terhadap ekonomi telah dijelaskan oleh Dieter Frisch, bekas Director-General of Development at the European Commision di mana beliau mengatakan:
“corruption raises the cost of goods and services; it increases the debt of the country (and carries with it recurring debt-servicing cost in the future; it leads to lowing of standards, as sub-standards goods are provided and inappropriate or unnecessary technology is acquired; and its result in project choices being made based more on capital (because it is more rewarding for the perperator of corruption) than on manpower, which would be more useful for development.
Membahayakan nyawa
Pemaju dan kontraktor yang memberi sogokan kepada mereka yang terlibat terpaksa mengurangkan kualiti bahan binaan dan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Ini akan menyebabkan bangunan atau jalan raya yang boleh membahayakan nyawa orang ramai.
Mengancam keselamatan negara
Membocorkan rahsia kerajaan, penjualan senjata api secara haram, membiarkan kebanjiran pendatang asing tanpa izin kerana menerima rasuah boleh mengancam keselamatan negara.
Kelemahan Penguatkuasaan Undang-undang
Kerana rasuah, penguatkuasaan peraturan dan undang-undang dilaksanakan secara tidak adil dan pilih kasih atau selective enforcement dan double standard berlaku. Yang menjadi mangsa adalah mereka yang tidak mampu memberi sogokan.
6.6. Pengaliran Keluar Modal
Wang yang diperolehi secara rasuah selalunya disimpan di bank pesisir pantai bagi mengelakkan daripada dikesan. Keadaan ini menyebabkan banyak wang mengalir keluar. P. E. Pedersen dalam artikelnya bertajuk The Search for the Smoking Gun (Euromoney, September 1996, muka surat 49) mengatakan sehingga US$30 billion bantuan yang diberikan kepada Africa berakhir dalam akaun-akaun individu tertentu di Bank Swiss. Jumlah ini adalah dua kali ganda Keluaran Dalam Negara Kasar tahunan bagi negara-negara Ghana, Kenya dan Uganda disatukan.
6.7. Mempengaruhi Dasar Pembangunan
Akibat jenayah rasuah, keputusan untuk pelaburan dan pembangunan akan lebih dipengaruhi oleh keuntungan peribadi pihak-pihak atau individu tertentu daripada kepentingan dan keperluan masyarakat.
6.8. Mempengaruhi Kadar Pelaburan dan Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Jenayah rasuah juga memberi kesan kepada kadar pelaburan dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar. Paolo Mauro, ahli ekonomi IMF mendapati bahawa "rasuah mempunyai kaitan negatif yang kuat dengan pertumbuhan kadar pelaburan, tanpa mengira keadaan red tape yang dihadapi. Model Mauro ini menunjukkan bahawa satu sisihan piawai (standard deviation) pembaikan dalam "indeks rasuah" akan menunjukkan kepada peningkatan sebanyak 2.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Menjual Maruah Diri :pegawai atau pemimpin yang menerima rasuah sebenarnya menjual kuasa dan juga menggadai maruah diri kepada pemberi rasuah.
7. LARANGAN-LARANGAN MELAKUKAN RASUAH
7.1 Perundangan
Akta Pencegahan Rasuah 1997 menetapkan pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang perantaraan/orang tengah adalah melakukan kesalahan di bawah akta ini. Kesalahan-kesalahan rasuah juga terdapat dalam Kanun Kesiksaan, Akta Kesalahan Piliharaya, 1954 dan Akta Kastam, 1967.
7.2. Hukum Islam Terhadap Rasuah
Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :-
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”.
(Surah Al-Baqarah: 188)
Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya:-
“Dikutuk (dilaknat oleh Allah) orang yang memberi dan menerima sogokan (rasuah) dalam hukum”.
(Riwayat Imam At-Tarmizi)
AJARAN CHRISTIAN
Jesus said to tax collectors, “Collect no more than the amount presribed for you.”
And to soldiers
“Do not extort money from anyone … be satisfied with your wages.”
Zacchaeus, a chief tax collector, said to Jesus after inviting him home, “If I have defrauded anuone … I will pay back four times as much ”.
And Jesus replied, “ Today salvation has come to this house … For the Son of Man came to seek out and to save the lost ”
Confucian
Confucius, about – 500 CE
“debated whether an emphasis on virtue would make officials too benevolent and hence corrupt.”
Hsiao Ching, - 145 CE parts of an Imperial edict
“Anyone arresting or informing on a person guilty of bribery would be given the bribe received by the accused”
“Some officials … make a business of presents and bribes.”
Wang an Shih, about 1050 CE
“attribute corruption to bad men and bad laws and referred to a multitute of minute and harassing prohibition.
(Confucius, as desribed in Syed Hussein Alatas, “Corruption: Its Nature, Causes and Function,” Aldershot, Hong Kong (ect) Avebury, 1990, page 54 ;
Hsiao Ching, Syed Hussein Alatas, op cit, page 44 – quoting Pan Ku, “The History of the Former Han Dynasty, Vol. 1, translated Homer M Dubs, Baltimore, Waverly press, 1988, page 306;
Wang an Shih, quoted by Syed Hussein Alatas, op cit, pages 72-74).
The teachings of Buddha –
About – 585 CE
“If an important minister neglects his duties, works for his duties, works for his own profit or accepts bribes, it will cause a rapid decay of public morals. People will cheat one another … take advantage of the poor, and there will be no justice for anyone.”
“ … only flatterers will find government position, and they will enrich themselves with no thought for the sufferings of the people”
“Unjust officials are the thieves of people’s happiness … they defraud both ruler and people and are the cause of the nation’s troubles.”
(Buddha. “The teaching of Buddha”, Tokyo, Bukkyo Dendo Kyokai, 630th revised edition, 1990, pages 468, 470.)
Hindu Writings
Men who are appointed by king to protect his subjects generally become hypocrites who take the property of others, and he must protect those subjects from them.
The king should banish and confiscate all the property of those evil-minded men who take the money from parties to lawsuits.
Law of Manu. About 600 CE (in written form probably later) . Chapter 7, sections 123, 124, translated by Wendy Doniger and Brian K Smith, London, Penguin Classics, 1991, page 14 (indebted to Syed Hussein Alatas, op cit, page 14, for locating reference)
Ancient Greece
Plato’s “Law”, about – 300 CE
“The servants of the nations are to render their service without taking any present…
The disobedient shall, if convicted, die without ceremony”
8. USAHA-USAHA PENCEGAHAN RASUAH
Sebenarnya kerajaan memandang berat terhadap masalah rasuah dan telah mengambil langkah-langkah bagi mebanteras gejala rasuah di Malaysia. Antara langkah-langkah yang diambil ialah :
Memperkemaskan Undang-Undang Pencegahan Rasuah iaitu dengan menggubal Akta Pencegahan Rasuah 1997 - Akta ini sebenarnya adalah gabungan dari tiga undang-undang rasuah yang terpakai sebelum ini iaitu Akta Pencegahan Rasuah 1961, Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 dan Ordinan (kuasa-Kuasa Perlu) Dharurat, No. 22 Tahun 1970. Empat perubahan ketara dalam akta ini ialah mengadakan peruntukan kesalahan-kesalahan baru, tambahan kuasa kepada pendakwaraya dan BPR, perubahan dari segi kaedah undang-undang (prinsiples of the law) dan juga dari segi undang-undang keterangan. Selain daripada itu menambah hukuman penjara mandatori 14 hari dan tidak lebih 20 tahun. Selain daripada itu ia juga boleh dikenakan denda tidak kurang dari 5 kali nilai suapan rasuah atau RM10,000 mana yang lebih tinggi.
Meluaskan fungsi BPR sebagaimana dalam peruntukan Seksyen 8 APR 1997 iaitu dipertanggunjawabkan di bawah undang-undang untuk meneliti amalan, sistem dan prosedur kerja badan awam bagi mengurangkan ruang dan peluang perlakuan rasuah. Dalam pelaksanaan kajian ini BPR boleh mengarah, menasihati dan membantu ketua-ketua badan awam ke arah pembaikan sistem dan prosedur kerja yang lebih berkesan bagi mengurang kemungkinan berlakunya rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
Melancarkan Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia melalui penubuhan dan fungsi Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Pentadbiran Kerajaan (JKP) di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah. Semua Menteri Besar, Ketua Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-ketua Jabatan dan agensi kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan daerah dikehendaki menubuhkan JKP masing-masing. Objektifnya ialah untuk mengwujudkan pentadbiran Kerajaan dan Perkhidmatan Awam yang cekap, berdisiplin serta integriti paling tinggi dengan mempertingkatkan amalan nilai-nilai murni serta mengatasi masalah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. Terdapat lapan (8) Terma Rujukannya bagi jawatankuasa berkenaan mengambil perhatian dalam mencapai objektif tersebut iaitu:
Perundangan
Sistem dan Prosedur
Nilai-Nilai Murni
Kod Etika
Pengiktirafan
Tindakan Pengesanan dan Punitif
Kawalan Dalaman
Tindakan Pemulihan
Di samping usaha besar itu, BPR juga di pertanggung jawabkan di bawah undang-undang (butiran f dan g,seksyen 8, APR 1997 supaya menjalankan aktiviti yang boleh mendidik orang ramai untuk menentang rasuah; dan mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah.
MASALAH DALAM MEMERANGI RASUAH
Ciri Rasuah Yang Unik - Perbuatan rasuah merupakan suatu perlakuan jenayah yang unik kerana dalam kebanyakan keadaan pelaku dan mangsanya, sebenarnya adalah dua pihak yang berkepentingan (interested party). Dengan sebab itu, perlakuan jenayah rasuah sukar dikesan.
Faham Materialistik Yang Semakin Menebal - Terlalu menumpukan perhatian terhadap pembangunan dan mengutamakan keuntungan dan kurang memberi perhatian kepada aspek-aspek nilai muni, kawalan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.
Pegangan Agama / Nilai Murni Semakin Longgar – Tekanan hidup untuk berlumba-lumba mengumpul kekayaan daripada pembangunan yang pesat menyebabkan manusia lupa daratan dan melihat agama dan nilai murni tidak releven lagi dan lama kelamaan sensitiviti terhadap ajaran agama dan nilai murni semakin kurang. “The end Justified The Mean” menjadi pegangan dan cara hidup mereka.
Ikatan Sosial Yang Rapuh - hubungan sesama individu lebih bersifat materialistik atau ukuran benda, kepentingan perniagaan dan kekayaan. Hubungan kejiranan semakin renggang, rasa tanggungjawab terhadap orang lain yang tiada hubungan sudah malap. Makan tindakan yang diambil tidak diambil hirau risikonya kepada orang lain, persekitaran, masa depan bangsa, agama dan negara.
Penguatkuasaan Undang-Undang Terbatas - Ciri rasuah yang unik menyukarkan mereka yang melakukan jenayah rasuah di bawa ke pengadilan. Jika pun dibawa, masalah-masalah lain pula yang timbul seperti saksi enggan bekerjasama, keterangan tidak mencukupi dan seumpamanya.
Iltizam Kepimpinan Yang Lemah - Tidak ramai pemimpin yang sanggup bercakap melarang pengikut dari amalan rasuah. Apatah lagi untuk bergiat aktif mencegah jenayah rasuah. Mungkin kerana kurang kredibiliti atau takut dipulaukan. Keadaan ini bukan sahaja berlaku dalam kepimpinan jabatan atau organisasi kerajaan sahaja tapi juga dikalangan pimpinan NGO dan kepimpinan Politik negara.
CABARAN MENANGANI GEJALA RASUAH
Apabila kita berbicara mengenai keutuhan atau integriti dalam Perkhidmatan Awam, gejala rasuah, penyelewengan, salahgunakuasa dan salahlaku jenayah seperti pecah amanah adalah antara anasir buruk atau elemen negatif yang tidak boleh dipandang ringan atau dipandang remeh. Masalah rasuah, penyelewengan, dan salahgunakuasa tersebut perlu ditangani segera dan secara bersungguh-sungguh, dengan pendekatan yang terancang, bersepadu, bersistematik dan menyeluruh. Antara cabaran yang perlu dihadapi untuk mebanteras gejala rasuah:-
Menggerakan Kesedaran Rakyat supaya anti rasuah dan penyelewengan. Semua pihak, kursusnya semua peringkat kepimpinan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan seharusnya memainkan peranan yang aktif untuk menyedarkan rakyat mengikut keupayaan dan bidang kuasa atau bidang pengaruh yang ada.
Meningkatkan Mutu Perkhidmatan Awam - Dari segi mekanismanya sudah pun ada iaitu dengan penubuhan JKP disemua peringkat pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Apa yang dibimbangkan ialah samada ia akan berfungsi dengan baik atau tidak. Sekali lagi ia bergantung kepada daya usaha dan kegigihan ketua-ketua organisasi berkenaan.
Negara Tanpa Rasuah – sebagaimana dalam cabaran ke empat Wawasan 2020, iaitu mengwujudkan masyarakat yang penoh bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dengan nilai agama, kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi. Mungkinkah tercapai jika rasuah tidak dibenteras.
LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH
11.1. PERANAN PEMIMPIN DAN KETUA JABATAN
a) Melahirkan Budaya Organisasi Cemerlang
Isu-isu disiplin dan masalah moral dan akhlak di kalangan warga organisasi seharusnya ditangani secara tegas dan bijaksana. Nilai-nilai murni sebagaimana disarankan oleh Konvensyen JKP iaitu nilai teras dan kembangan hendaklah disemaikan dan bajai supaya ia subur menjiwai setiap warga organisasi. Kesebokan dengan projek-projek pembangunan hendaknya tidak menjadi alasan untuk lari dari tanggungjawab ini. Menggerakan JKP merupakan satu cabaran untuk melahirkan Budaya Kerja Cemerlang yang perlu dilakukan oleh ketua-ketua organisasi.
b) Pemimpin sebagai "role model"
Dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat, fungsi kepimpinan itu amat besar dan mutlak sekali. Pemimpin adalah merupakan role model dan "motor penggerak" untuk mencapai tujuan kewujudannya. Berjaya atau tidaknya sesebuah organisasi atau masyarakat dalam mencapai tujuan mereka, sebahagian besarnya ditentukan oleh cara-cara pemimpin dalam membimbing orang-orang yang dipimpinnya. Seseorang ketua atau pemimpin itu perlulah menjadi role model bagi warga organisasi yang diterajuinya. Jika sifat keperibadian dan nilai integriti yang tinggi menjadi asas kepimpinan, maka nilai-nilai yang sama dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, berkesan dan berterusan di kalangan anggota-anggotanya.
Dalam buku The Tao of Leadership, di zaman Dinasti Han China, pengaruh pemimpin dikatakan sebagai mempunyai ripple effect iaitu:
“Your behavior influences others through a ripple effect. A ripple effect works because everyone influences everyone else. Powerful people are powerful influences... Remember that your influence begins with you and ripples outward. So be sure that your influence is both potent and wholesome.”
Sabda Rasullullah s.a.w.:
“Mana-mana pemimpin yang menguruskan urusan umat Islam sedangkan dia tidak mengambil berat dan tidak memperdulikan mereka, nescaya ia tidak akan masuk syurga bersama mereka.”
(Riwayat Muslim)
11.2. Peranan Individu (Pekerja)
a) Keazaman untuk menghindarkan diri dari terjerumus dalam kancah rasuah dan penyelewengan diri hendaklah sentiasa ada dalam setiap diri individu samada ia seorang pekerja biasa atau pemimpin dalam sesebuah jabatan. Bagi maksud ini renungilah petikan-petikan berikut:-
Allah s.w.t. berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan rasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya).”
Al-Anfal ayat 27,
Sabda Rasulullah s.a.w.;
“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah, dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji." (Riwayat Muslim)
“Amanah itu membawa rezeki dan khianat itu menyebabkan kefakiran (kemiskinan dan kehinaan).
(Riwayat al-Dailami)
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Manusia yang paling dukacita (kerana azab) dihari Kiamat ialah seseorang yang berusaha mencari harta (kekayaan) secara tidak halal, maka harta itu akan membawanya ke Neraka.”
(Riwayat al-Bukhari)
Atas kesedaran itu, diharap setiap individu yang menjadi penjawat awam bolehlah berperanan mencegah rasuah yang antaranya dalah seperti berikut:-
Berpegang kepada prinsip agama dan nilai murni;
Tegas berlandaskan undang-undang dan peraturan ketika membuat keputusan;
Bebaskan diri daripada hutang berlebihan dan bina gaya hidup yang sepadan dengan pendapatan;
Utamakan perkhidmatan dari kepentingan diri
Teliti dalam setiap urusan
Ikhlas bekerja tanpa harapkan balasan
Segera membuat laporan percubaan meyogok
Muhasabah diri.
12. PENUTUP
Rasuah adalah suatu gejala dan jenayah yang amat berbahaya. Ia wujud akibat perilaku manusia yang tipis imannya, rendah asas akhlak, dhaif akal-budi, tamak, pilih kasih, dorongan nafsu dan cita-cita melulu demi kepentingan peribadi yang secara rakus mengumpul kekayaan material dan merebut pangkat atau kedudukan melalui jalan tidak sah. Justeru itulah, semua pihak khususnya penjawat awam seharusnya perlu prihatin untuk terus membanteras dan memerangi jenayah rasuah secara apa jua yang boleh dan termampu samada melalui perundangan, peraturan dan pendidikan. Dengan cara ini sahaja bukan sahaja keutuhan Perkhidmatan Awam dapat dipertahankan, malahan negara akan bebas dari gejala rasuah.

PENTING:RASUAH
Perkhidmatan Awam Dan Rasuah:
Lantaran itu, analisis ini berpendapat bahawa rasuah hanya boleh dihapuskan menerusi tiga kaedah utama. Pertama, menerusi sistem perundangan yang tegas, penguatkuasaan undang-undang yang berkesan, dan penalti undang-undang yang berat.
Bagaimanapun, pastikan pihak penguatkuasa undang-undang itu sendiri tidak terlibat dengan rasuah. Benveniste (1997:119) yang menitikberatkan masalah ini menegaskan ”rasuah hanya akan terhapus jika pihak berkuasa yang bertanggungjawab membanteras rasuah tidak boleh dirasuah oleh sesiapa. Situasi seperti ini wujud jika badan berkuasa berkenaan mempunyai komitmen kepada ideologi perjuangan negara dan komitmen kepada profesionalisme kerjaya.”Kedua, rasuah boleh dihapuskan menerusi pelaksanaan dasar, konsep serta program anti-rasuah yang berterusan, program yang menerima iltizam politik yang jujur, serta program yang digandingi oleh strategi penjernihan minda menerusi ajaran agama dan pemupukan norma-norma masyarakat yang positif. Ini penting kerana sasaran utama program, konsep dan dasar anti-rasuah adalah individu dalam perkhidmatan awam dan swasta.
Dalam konteks ini, Caiden et. al. (2001:253) menegaskan, ”warga perkhidmatan awam perlu mengamalkan sistem etika dan tanggungjawab moral yang murni. Mereka boleh mengamalkannya jika mereka menginsafi bahawa mereka berkhidmat untuk negara dan kesejahteraan rakyat. Amalan ini sangat diutamakan dalam negara yang demokratik kerana jika tidak, warga perkhidmatan awam akan dituduh mengamalkan birokrasi ala-Nazi yang mengorbankan kepentingan rakyat demi memenuhi matlamat birokrasi yang kejam.”
Dobel (1999:95) pula menyatakan ”jika penjawat awam tidak menjunjung nilai-nilai demokrasi, mereka akan dijebak dilema moral. Jika mereka hanya menentingkan keselesaan peribadi, mereka akan berleluasa tanpa mengambilkira hak-hak rakyat serta integriti perlembagaan negaranya.”
Ketiga, jenayah rasuah boleh dihapuskan menerusi kebangkitan serta kewujudan masyarakat sivil yang berani bersuara dan bertindak secara berwibawa dalam soal-soal anti-rasuah. Hakikat ini signifiken kerana di kebanyakan negara, jenayah rasuah berleluasa sebab rakyat jelatanya tidak peduli, takut atau berasa terancam jika mereka berbicara tentang rasuah.
Johnston (2007:197) menegaskan, “penyertaan masyarakat sivil diperlukan dalam pembanterasan rasuah kerana jenayah ini adalah sistemik. Oleh sebab itulah reformasi menghapuskan rasuah perlukan dukungan minat serta tenaga masyarakat.”
Kesemua pra-syarat di atas wujud di Malaysia. Negara ini mempunyai institusi serta undang-undang anti-rasuah yang berwibawa. Tetapi, kredibiliti penguatkuasaan yang lahir daripada institusi dan undang-undang itu masih diragui dan dipertikaikan oleh rakyat.
Malaysia mempunyai dasar, konsep serta program anti-rasuah yang dilaksanakan secara berterusan. Tetapi, sesetengah program berkenaan terlalu dibelenggu oleh kewujudan institusi birokrasi yang tidak fokus terhadap misi membanteras rasuah. Pada waktu yang sama, program-program keagamaan dan ketatanegaraan yang disasarkan khusus terhadap aspek anti-rasuah juga masih berkurangan.
Akhir sekali, Malaysia mempunyai pelbagai pertubuhan masyarakat sivil untuk menjana minat serta tumpuan umum kepada kegiatan membanteras dan membenci rasuah. Bagaimanapun, sebilangan pertubuhan ini jelas terikat kepada parti-parti politik tertentu. Oleh sebab itu, suara dan tindakan organisasi ini lebih disorot daripada perpektif politik. Itulah sebabnya suara dan tindakan mereka hanya menerima respons yang sinis daripada pemerintah.
Oleh sebab itu, Kerajaan Malaysia tidak perlu menjadikan pentadbiran awam yang cekap sebagai indikator untuk mengukur tahap rasuah di kalangan warga perkhidmatan awam ataupun pemimpin kerajaan. Sebaliknya, di samping kewujudan dan pematuhan kepada seluruh peraturan, arahan, prosidur dan undang-undang untuk meningkatkan mutu, kecekapan, dan sikap membenci rasuah, kerajaan perlu memberikan emfasis secara konsisten kepada usaha penjernihan minda dan pengukuhan iman dan moral menerusi pendekatan agama dan ketatanegaraan.
Seterusnya, kewujudan organisasi masyarakat sivil yang anti-rasuah dan bebas daripada naungan atau kongkongan politik perlu digalakkan. Moga-moga dengan cara ini rasuah dapat diminimumkan dan lama kelamaan berjaya dihapuskan.
Dengan itu, pentadbiran awam yang cekap adalah tidak bebas dari rasuah. Tetapi, pentadbiran awam yang cekap dan mempunyai warganya yang jijik dan benci kepada rasuah adalah ideal uuntuk membebaskan organisasi berkenaan, kerajaan dan negara daripada belenggu gejala rasuah.
MAKLUMAT TAMBAHAN:PATI
PENDATANG ASING TANPA IZIN
Kini, negara Malaysia sedang mengalami
kemelut ekoran kedatangan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang semakin ramai.
PATI telah memilih Malaysia sebagai tempat tumpuan mereka untuk mencari rezeki
dan jalan penyelesaian bagi mengubah kehidupan dengan berhijrah dari negara
mereka sendiri. Menurut kamus dewan edisi keempat, pendatang asing tanpa izin
(PATI) dapat didefinisikan sebagai orang yang bukan warganegara Malaysia tetapi
telah masuk ke Malaysia sama ada secara pendaftaran mahupun secara haram.
Kebanyakan PATI yang datang ke Malaysia ialah orang yang datang dari negara luar
seperti Myanmar, India , Indonesia dan sebagainya.
Kedatangan pendatang asing juga
mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara
haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan
sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan
kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan.
Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara
pada masa akan datang juga terbantut. Imej negara kita juga terjejas kerana ini
menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak
seimbang.
Kebanjiran pendatang asing tanpa izin
juga turut menyebabkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor khususnya sektor
pembuatan dimonopoli oleh pendatang tersebut. Tidak dinafikan migrasi pendatang
asing ini ke negara kita adalah berpunca daripada kurang peluang pekerjaan di
negara mereka. Kesanggupan mereka untuk bekerja di negara ini terbukti apabila
banyak sektor pembinaan yang menawarkan mereka pekerjaan sebagai buruh binaan
yang memenatkan. Walaupun begitu, seperti kata peribahasa, "Alah bisa tegal
biasa", kesusahan tersebut tidak menghalang mereka untuk terus bekerja, tidak
sama seperti rakyat negara ini yang tidak tahan dengan pekerjaan berat tersebut.
Penyakit-penyakit berbahaya juga akan
merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan
kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak
antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan
mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit
kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah
menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula.
Salah satu langkah utama menangani
kedatangan pendatang asing ialah mengehadkan pergantungan kepada buruh asing.
Melalui kaedah baru pengambilan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu
mengikut negara sumber yang diluluskan kerajaan, kita berharap selepas ini pihak
berkuasa akan mampu memantau kehadiran dan pergerakan warga asing di negara ini.
Jelasnya, pihak ejen dan majikan yang mengambil pekerja asing perlu memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan. Tanggungjawab mereka adalah untuk
mengingatkan para pekerja asing di bawah jagaan mereka tentang sistem budaya
bermasyarakat dan mematuhi undang-undang negara ini kerana di mana bumi dipijak,
di situ langit dijunjung.
Masalah yang turut melibatkan hubungan
antara dua negara ini seharusnya diselesaikan secara diplomatik antara
kedua-duanya, misalnya negara Indonesia perlu menyokong dan mempersetujui
tindakan kerajaan Malaysia untuk menghantar sebilangan besar rakyat negara
tersebut yang tidak memiliki permit pekerjaan yang sah di negara ini tanpa
mengenakan tindakan berat kepada mereka. Negara Indonesia juga perlu menerima
keputusan jika Malaysia terpaksa mengenakan hukuman kepada sebahagian rakyat
negara jiran yang berkeras untuk tidak menyerah diri pada tarikh yang
ditetapkan. Kerjasama antara kedua-dua pihak ini pasti akan mengurangkan masalah
kebanjiran pendatang asing tanpa izin ke negara ini, seterusnya hubungan
diplomatik antara kedua-dua buah negara juga tidak akan terjejas.
Pelbagai usaha dan tindakan tegas telah
diambil oleh pihak berkuasa, misalnya pihak imigresen yang mengetatkan
pengawasan di sempadan negara dan tidak kurang juga tindakan kerajaan untuk
mengembalikan sebilangan besar pendatang asing yang tiada permit ke negara
mereka. Ekoran daripada tindakan tersebut, usaha pendatang asing tanpa izin yang
berniat untuk datang ke negara ini dapat dibanteras. Oleh hal yang demikian,
usaha itu haruslah diteruskan agar keamanan dapat dikekalkan di negara
kita.
Kesimpulannya, kita memang memerlukan
tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran mereka, terutamanya
golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani masalah
ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya
sendiri. Masalah ini sudah tentu akan menjadi lebih serius jika tidak ditangani
segera. Selain itu kerjasama antara pihak berkuasa tempatan serta pihak kerajaan
kita dengan kerajaan negara jiran perlu ditingkatkan agar masalah rasuah dalam
kalangan pihak berkuasa tidak berlaku. Hal ini perlu dibanteras agar tidak
memburukkan keadaan lagi. Jika masalah tersebut dapat ditangani, sudah tentu hal
ini tidak akan menjejaskan hubungan diplomatik antara negara yang sudah sekian
lama terjalin.
Subscribe to:
Posts (Atom)